Farah,Keyh,Hana,Nena dan Syah memulakan operasi mereka menceroboh balai polis.Farah menunggu di KFC tingkat atas sambil memantau mereka melalui CCTV balai polis.Hana dan Keyh masuk ke dalam dan melaporkan bahawa satu kes pembunuhan telah terjadi di sekitar kawasan dan kebakaran mengukuhkan lagi alasan untuk mereka memakai topeng muka.Keyh berlakon rebah dan Hana meminta izin supaya dapat membawanya ke hospital.
Usai sahaja balai polis itu hampir tidak berpenghuni,Nena dan Syah masuk melalui atap bahagian belakang dan terus masuk ke kawasan dokumen dan bukti.15 minit masa yang diambil untuk mereka menukarkan bukti dan dokumen asli kepada yang palsu.Nena dan Syah bergegas keluar dan menuju ke luar KFC bersama Hana dan Keyh menunggu Farah.MPV Proton Exora yang telah diubahsuai meluncur laju menuju ke markas.
*****
"Dia ni antara orang bawahan ahli yang berpengaruh dalam geng mafia.Nama dia Khubai Duwalok.Orang panggil dia Khudu.Memang orang Thailand,tapi orang atasan dia Australian.Aku tak dapat cari apa-apa maklumat lagi pasal orang tu.Khudu ni kira tauke pengedar morfin dekat Thailand dan agak aktif juga bisnes dia.2016,dia dapat jual 10,000kg morfin dalam bentuk pill dan 5,000 suntikan.Anggaran dalam RM10 million setahun dalam kiraan kasar.Itu je yang aku dapat buat masa ni.Sekarang,aku tak tahu macam mana nak kenal pasti identiti mereka yang ada dalam lokap sekarang."kata Iqah merujuk kepada geng mafia dua hari lepas."Apa yang kau perlukan?"tanya Keyh."Cap jari ebih senang untuk mengenali mereka.Tapi susah untuk diambil.Tambahan pula mereka dalam pemantauan pihak polis."kata Iqah."Kau nak kitorang pergi sana balik?"tanya Syah dengan senyuman gembira terukir,kerja gila katakan.
"No need."dua patah perkataan daripada Keyh mematikan senyuman Syah."Kita baru je keluar dari situ.Nak masuk balik agak-agak dalam seminggu selepas."tambah Keyh lagi."Ini maklumat pasal pisau tu."Iqah mencampak sebilah pisau di dalam plastik yang dicuri mereka."Tak ada sebarang cap jari atas pisau ni jadi si pengguna bijak memakai sarung tangan kulit atau getah.Pisau ni tajam seperti baru digunakan atau sering di asah.Hanya satu tempat je yang jual pisau macam ni,The Dark Web."kata Iqah.
Dark Web merupakan satu laman web yang paling kejam dan mengerikan,18+ sudah semestinya.Pelbagai jenis perkara yang mereka lakukan seperti menjual dadah,barang-barang jenayah,video-video berunsur sex,mendera kanak-kanak dan pelbagai lagi perkara keji.Pernah juga aku ingin menggodamnya,kot-kot dapat tangkap terus si mafia-mafia ini.Tapi apakan daya,aku hanyalah seorang gadis yang hanya kuat di luar,lembut di dalam.Kami tidak sanggup melihat kanak-kanak menderita akibat didera disebabkan manusia-manusia kejam menyuruh si pelaku berbuat sedemikian.Si pelaku memakai topeng hitam dan membuat perkara-perkara yang disuruh oleh pengguna Dark Web melalui Message Board.Dipotong tangannya,dicungkil matanya,memang taklah kami ingin teruskan.Sekental-kental Syah,lutut dia pun terketar.Tunggu sahajalah sehingga berani (sampai bila seyh).
"Aku tak nak bukak binatang tu lagi!"bentak Syah."Kau pikir aku nak sangatlah? Tu pon aku terpaksa tengok.Bukak-bukak terus aku tukar kategori pergi dia punya kedai.Harga dia 200 USD siap kotak,tambah 50 USD untuk shipping.Tapi aku tak rasa dia akan ship sampai ke sini memandangkan kita ada KASTAM.Aku rasa dia beli ke negara lain dan gunakannya di sini."balas Iqah.Aku mengeluh sekuat hati aku dan kedengaran seperti mendengus dan bilik itu sunyi seketika.Terasa macam mati secara perlahan-lahan! Penat! Langsung tidak tidur,ngantuk pun tak,tong sampah penuh dengan tin-tin kopi,ubat tidur penuh tak bersentuh,cermin mata nak kene update power.
STRESS AKU MACAM NI!
Farah berlari anak menuju ke makmalnya dan datang semula membawa beberapa alat yang aku tidak tahu apa fungsinya.Benda itu disambungkan dengan komputer-komputer yang dulunya 5 skrin,kini sudah bertambah 10."Ni pengera.Aku ada letak pengesan sekat rumah usang tu.Kot-kot diorang datang lagi.Jadi tempat tu kau boleh pangkah buat sementara waktu.Yang kedua aku letak dekat hospital,bilik Ghani.Setiap doktor atau pihak polis yang keluar masuk akan berbunyi.Jadi kau tak perlu tunggu.Yang lain,aku selinap masuk dekat rumah-rumah keluarga kita.Aku keluar sekejap malam semalam lepas hantar diorang balik jadi itu pun kau boleh pangkah."kata Farah sambil mengurut perlahan bahuku dan aku balas dengan anggukan.
"Aku ada info sikit pasal telefon tu.Nombor Malaysia sudah semestinya.Guna SIM OneX jadi agak senang nak cari tempat dia beli SIM sebab kat Malaysia ni Cuma ada satu je Company OneX.Dekat KL,semestinya.Second,aku dapat detect suara dia.Nama dia Alex Cooper.Campuran British dan Kanada.Aku boleh agak dia ni salah seorang tahanan pihak polis.Sama macam yang Iqah cakap,Dia ni dibawah maffia berpengaruh dari Australia juga.Sama juga,tidak diketahui.Khudu tadi ditugaskan mengedar dadah,tapi Alex pula sebagai 'guardian' dalam kelompok dibawah lelaki Australian tu."ujar Nena.
"Jadi,kelompok yang kita 'bermain' ni,orang-orang Australian tu?"tanya aku."Mungkin."satu perkataan berunsur kepastian daripada Keyh."Kita settlekan dulu benda-benda kat Malaysia ini,baru kita ke sana."kata Keyh secara tidak langsung menjadi kata putus bagi mesyuarat-tak-terjangka tadi."Next plan??"tanya Syah."Kita rehat satu hari ni dulu.Masing-masing penatkan? Lyn,kau kene tidur.Reduce your stress,keep up your energy.Aku tak kesah kau nak tidur berapa lama.CCTV tu biar aku yang pantau esok.Dan esok juga aku fikirkan plan kita.Now,go and rest."kata-kata putus Keyh mengakhiri perbincangan pada malam itu.Seorang demi seorang keluar dari bilik untuk masuk tidur.Keyh membawa secawan air masak dan ubat tidur.2 biji pil aku telan dan terus berbaring di atas katil yang sekian lama tidakku lawat.
"Sweetdream,girl"
*****
"Kakak! Bila kakak nak balik? Eryna rindu kakak! Mama dengan papa pun rindu! Kakak dah tak sayang kami lagi ke? Janganlah tinggalkan kami.Kakak balik dengan selamat,ya? I love you!"
Lalu aku terjaga dari tidur.Air mata dipipi aku kesat perlahan.Suara adik bongsuku,Eryna masih terngiang dibenak fikiran.Nada suara 7 tahun itu amat-amat aku rindui.Dialah penemanku,dialah mangsa buliku,dialah diariku.Terlalu banyak perkara yang aku ingin kongsi dengan dia.Walaupun jauh jarak usia,aku tidak kisah.Asalkan apa yang aku pendam ini terluah.
"Lyn,kau okay?"tanya Iqah.Terlihat kesemua ahli berada dibilikku sekarang."Ada apa ni?"tanyaku."Polis.Diorang tengah cuba baiki balik CCTV balai polis yang kau godam.Nasib baik aku sempat putuskan."kata Nena.Aku segera duduk menghadap skrin-skrin komputer."Kau dah potong codding maklumat kita?"tanyaku dengan cemas."Codding apa?"tanya Nena bingung."Aku cuma potong communication."jelas Nena."WHAT?!!"ini teruk!! Bila-bila masa je polis boleh sampai bila dah dapat jejak sistem aku!! "Semua naik!! Sorokkan markas!!"arah aku dan kami semua tergopoh-gapah menyimpan peralatan masing-masing.
Lantai ruang tamu yang sudah berapa lama aku tak jejak akhirnya aku pijak."Semua buat macam biasa.Let's having a movie marathon untuk tutup kes kejap."kataku sambil menutup pintu yang menyembunyikan lif kami.Pintu dikunci dan langsir diikat kemas supaya tidak syak.Kesemua sistem sudah aku padam dan kini,kami duduk dihadapan TV yang juga sudah lama tidak terbuka dan menonton filem Harry Potter.
Sudah 2 filem sudah habis ditonton bermakna 5 jam sudah berlalu.Kini sudah masuk pertengahan filem ke-3,lalu pintu diketuk dari luar."Okay,semua bertenang."kata Keyh lalu membuka pintu."Ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"lakonan terkejut Keyh bermula apabila lencana polis dipaparkan didepan muka."Kami telah menjejak satu sistem dan ia berakhir di sini.Sila beri kerjasama kepada kami untuk periksa rumah adik."kata seorang abang polis."Sila-sila."pelawa Keyh.
"Keyh! Cepatlah! Hippogrif dah nak kene pan....cung..."Lakonanku bermula apabila 5 orang pegawai polis menjengah."Ada apa ni?"tanyaku."Entah.Sistem ape tah diorang cakap.Nasib baiklah mak ayah aku takde kat rumah."kata Keyh."Kacau ahh"kata Syah lalu Iqah menyikunya untuk nampak lebih normal.
"Boleh buka tak pintu ni?"tanya seorang pegawai polis tadi."Maaf,bang.Tu bilik stor pemilik lama sebelum keluarga saya pindah masuk.Jadi kunci pada tuan rumah tu."kata Keyh."WOAHHH!! TIME-TURNER WEYHH!!"kata kami serentak untuk nampak lebih tidak matang."Weyh!! Pause kejap!! Aku pun nak tengok!!"kata Keyh."Tidak mengapalah,dik.Di sini tiada apa-apa yang mencurigakan.Maaf mengganggu.Kami minta diri dulu."kata abang polis tadi lalu Keyh menghantar mereka ke depan pintu."Bye,abang polis!!"kata Farah lalu pintu ditutup.
Fuhhhhh....
Tanpa membuang masa,kami teruskan menonton sehingga filem yang terakhir.Sudah lama tidak merasai kehidupan normal.
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
The Silent Case -Detective- [COMPLETED]✔
Action"Aku akan balas dendam atas setiap yang kau dah lakukan pada keluarga aku.Hutang nyawa,dibalas nyawa!" Kau tunggu,MAFIA. ps:kebanyakkan info dalam ini adalah tidak benar Do VOMMENT...TQSM!!! ILY!!! MUAHHH!!!