BAB 5

57 7 0
                                    

     Gembira rasa hati apabila keluarga tersebut dapat disatukan semula.Kami telah membeli sebuah rumah yang sederhana sahaja untuk mereka diami dan juga tempat kerja yang sesuai dengan si suami supaya mereka dapat lari dari konco-konco mafia buat sementara waktu.Nombor telefon sudah diberi begitu juga dengan amaran.Nombor itu hanya boleh ditelefon ketika waktu-waktu penting.Telefon itu juga perlu sentiasa dicas agar senang jika mempunyai apa-apa masalah.Kamera telah dipasang ditelefon tersebut dan tentulah,aku yang memerhati.Buat sementara waktu ini,masih tiada apa-apa lagi yang berlaku.Namun kedudukan sekarang bukan lagi ditahap selesa.Tahapnya sudah meningkat dari selesa ke berhati-hati.

Aku mencapai telefon pintarku.Nombor seseorang didail.Sudah 2 minggu tidak mendengar khabarnya."Assalamualaikum,mama."aku memberi salam sejurus sahaja mama mengangkat.Jawab salam mama amat melegakan hatiku apabila nada yang dikenakan ceria sekali."Kakak okay belajar?"tanya mama.Aku tersenyum tawar seketika sebelum mengatakan semuanya baik-baik sahaja."Bila kakak nak cuti? Sudah berapa bulan kat sana."pertanyaan mama membuat aku terkaku seketika."Tengoklah,ma.Cuti-cuti ni tak boleh suka-suka hati mohon.Oxford,ma."kataku dengan nada serba salah.Terdengar keluhan disebalik talian.Sabar ya,ma.Sikit sahaja lagi.

"By the way,mama dah dapat barang yang kakak beli?"aku cuba tukar topik perbualan."Sudah.Cantik bajunya."kata mama.Gaun berwarna hijau tua aku belikan untuk mama.Sejujurnya,aku membelinya semasa mengikuti Rane ke majlis lelong di hotel Shang Ri La.Mama tidak bertanya dimana aku membelinya.Mungkin ingat aku membelinya di UK.Biarlah.Yang penting,aku tidak menipu.Kan?

"Kakak,mama tengah masak ni.Nanti kita sambung,ya?"kata mama.Kedengaran seperti bunyi sesuatu ditumis."Rindu masakan mama.Sampai terbau-bau.Iyalah.Assalamualaikum."kataku lalu mematikan telefon setelah mama menjawab semula salamku.Keluhan aku lepaskan.Bahuku disentuh dan wajah Nena muncul di tepi sambil melihat rakaman CCTV di hadapanku."Sabarlah,tho.Plan nak balik seminggu dah cancel sebab sekarang ni kene berhati-hati."kata Nena dan aku hanya mengangguk mendengarkan itu.Sebelum ini,kami sudah merancang bahawa selepas sahaja kami ke Thailand,kami ingin bercuti seminggu.Namun ia terbantut gara-gara si suami mangsa,Ghani menyuruh kami berhati-hati.

Iqah masuk ke dalam bilikku bersama yang lain sambil membawa kerusi."Kenapa sekarang ni bilik aku jadi bilik mesyuarat?"tanyaku apabila semua mengambil tempat masing-masing."Kau mana boleh tinggalkan kamera sekarang ni."kata Keyh dan aku hanya mengeluh yang entah kali ke berapa untuk hari ini.Susahlah kalau mahu curi-curi rehat,buang masa ke sana ke sini daripada menghadap skrin komputer 24/7.

"Aku rasa,aku nak besarkan lagi markas ni."kata Farah."Kau nak tambah apa?"tanya Syah."Kau ingat tak dalam cerita Blackpanter? Yang adik dia tu ada satu alat pastu boleh bawak kereta? Aku nak buat benda tu.Tapi tidaklah sebiji.Hanya untuk menggodam sistem di dalam kereta sahaja.So,aku boleh lah tolong Lyn dan Lyn tak payahlah keluar memandangkan aku dah dapat lesen P."cadangan Farah mengundang kejutan kami."IQ kau sekarang berapa tho? Boleh pulak kau terfikir nak buat benda tu."tanya Syah lagi.Iyalah,baru lepasan SPM kot.Nak buat benda tu,bukannya senang.Yang dalam cerita itu pun,hanya sekadar edit."Nanti-nanti.Korang memang nak sekat kebebasan aku ke apa?"tanya aku dengan nada tak puas hati.Sudahlah tidak boleh curi tulang,sekarang,tidak boleh keluar pula.

"Sekarang,kita perlu lebih berhati-hati.Kalau mafia boleh culik keluarga mereka,sah-sah diorang boleh culik keluarga kita.Kau tak rasa ke diorang sekarang ni sedang memerhati? Mereka tu mafia weyh,bukan gangster kampung sebelah."kata Keyh dan sekali lagi aku mengeluh.Aku buka cermin mataku lalu mencampakkannya di atas meja.Aku memicit perlahan dahiku.3 hari tidak tidur memberikan kesan pada kepala namun tidak pula rasa mengantuk itu muncul.Aku hanya mengangguk tanda setuju demi keluarga.

Keyh datang memelukku sambil menepuk perlahan belakangku dan akhirnya aku berada di dalam pelukan yang lain.Mereka tahu,diantara ahli kumpulan ini,kerja aku yang lebih memenatkan.Terkurung di dalam bilik seperti orang yang kemurungan.Mata hanya mampu menghadap skrin komputer yang menyebabkan kadar rabunku meningkat setiap beberapa bulan.Badan yang hanya mampu melekat di kerusi urut.Sekali sekala hanya berjoging dan buat beberapa aktiviti senaman di sudut bilik yang terdapat beberpa perlatan gym.Makan tak lalu,kadang-kadang mandi pun tidak.Inilah aktiviti seketul Eizlyn yang tidak menentu.

Panggilan telefon menguraikan pelukan kami.Terlihat nama Ghani di skrin telefon.Tanpa melengahkan masa,aku terus mengangkatnya dan memasang pembesar suara."If you destroy our plans again,they will die."terdengar suara lelaki dihujung talian.Aku mengambil satu alat yang akan mengubah suaraku menjadi garau supaya mereka tidak dapat mengetahui identitiku."Who are you?"salam tak ada,main terjah sahaja."You want to know who I am? I guess you know where are we.Come here as soon as possible."katanya.Aku lihat skrin komputer dan membuka CCTV rumah Ghani.

Tiada orang.

Jadi aku cuba mencari di beberapa buah tempat lagi sehinggalah satu kamera semut di rumah usang di mana tempat kami menjumpai morfin itu aku buka.Terlihat keluarga Ghani tertangkap semula.Kurang asam,mereka baru sahaja ingin memulakan hidup baru.Aku mematikan talian sebelum memusingkan kerusi urutku menghadap yang lain.

"Jangan pergi.Mereka ramai."kata Keyh mengundang kerutan dahi kami."Habis tu?"tanya Nena.Keyh mengambil telefon dan alat penukar suara.Keyh mendail nombor seseorang."Hello,polis..."itu dia,Keyh melibatkan polis dalam hal ini.Kami tidak membantah kerana kami tahu Keyh pasti punya rancangan.Usai menelefon polis,kami hanya menunggu.Aku mengawal seekor semut ke atas siling supaya lebih jelas dan nyata.Nena keluar dari bilik untuk menguruskan nombor telefon yang digunakan tadi.Tidak boleh tinggalkan walau satu maklumat walaupun satu sebelum terlambat.

Setelah 15 minit menunggu,akhirnya polis tiba.Konco-konco mafia cuba mempertahankan diri.Sudah seperti filem aksi tanpa pengarah.Nena bergegas masuk semula ke dalam bilik apabila terdengar siren polis di dalam skrin berbunyi.Tiga orang yang bertugas menjaga keluarga Ghani mengeluarkan jarum suntik berisi cecair berwarna merah lalu mengacukannya dileher mangsa.Perbuatan itu mengejutkan kami.Tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku jika ia masuk ke tubuh mereka.

"Farah,Nena dengan Syah ikut aku."kata Keyh lalu bergegas keluar dari bilik.Aku memberi kunci keretaku pada Farah."Yes! Dapat tengok live."kata Syah dan mengundang tawa Nena sebelum keluar dari bilik.Hana masuk ke dalam makmalnya untuk mencari maklumat tentang apa-apa cecair berwarna merah manakala aku dan Iqah hanya melihat skrin komputer.Pihak polis hanya mampu mengacu pistol pada mereka bertiga.

"Sebelum simpang rumah tu,ada lagi satu simpang.Masuk yang tu dan parking dekat situ."arahku dan Farah hanya akur.Keadaan yang gelap menyusahkan lagi pandangan jadi aku tukarkan effect kamera dari original ke termal yang menukarkan warna objek mengikut suhu.Suhu manusia yang tinggi menjadikan warna mereka keorenan.Keyh pergi ke atap rumah yang harapnya kukuh untuk menampungnya buat sementara waktu.

Keyh mengetuk atap rumah membuatkan manusia-manusia di dalam rumah terkaku.Keyh membaling batu ke tempat lain untuk mengalih perhatian.Nena dan Syah berada di sebalik ruang pintu-yang-tiada-pintu dan mengacu pemanah pada dua orang konco-konco mafia yang sedang memegang pasangan suami isteri.Anak panah mereka terkena di bahu konco-konco itu membuatkan mereka melepaskan pasangan suami isteri tersebut bersama suntikan.Perlahan-lahan mata mereka kuyu akibat ubat tidur dengan dos yang terlampau tinggi di hujung pemanah.

Nena memanah pula lelaki yang sedang memegang si anak lalu pihak polis menahan mereka dan melepaskan ikatan ahli keluarga tersebut.Nena,Keyh dan Syah bergegas semula ke kereta tanpa pengetahuan pihak polis.Farah memandu ke stesen minyak berdekatan atas arahan aku.Pihak polis keluar daripada rumah apabila selesai menahan konco-konco mafia itu.Tapi yang bodohnya pihak polis ini,semuanya pulang ke pejabat.Jadi Farah memandu semula ke rumah usang itu untuk mendapatkan sample cecair merah itu.Cecair dikurangkan 1 ml daripada setiap suntikan supaya pihak polis tidak dapat syak dengan begitu cepat sekiranya kami hanya mengambil sample dari satu suntikan sahaja.Mereka bergegas pulang ke rumah setelah selesai.

BERSAMBUNG...

The Silent Case -Detective- [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now