BAB 6

41 7 0
                                    

     "Temazepam."satu perkataan daripada Hana membuatkan kami terkejut lebih-lebih lagi aku.Temazepam adalah sejenis ubat yang dikenakan bagi pesakit yang menhadapi insomnia tahap kritikal lebih daripada aku.Orang yang selalunya aktif dan tidak berasa penat akibat saraf jantung.Selalunya diberikan oleh pesakit mental yang terlalu hyper untuk memudahkannya cepat tidur dan memanjangkan waktu tidur.Aku juga mungkin akan menghadapi risiko yang sama jika penyakit ini berterusan.

"Setiap suntikan ada 5 biji temazepam yang dilarutkan dalam air."kata Hana lagi.Jadi,mereka mahu membunuh keluarga itu dalam tidur.Keluarga itu sekarang berada dalam pemantauan pihak polis di hospital.Petang ini,kami akan melawat mereka dan hanya menyamar sebagai rakan Mia,si anak.Kami tahu kami akan disoal jawab dan itu memudahkan kami untuk mengorek rahsia dari pihak polis berdasarkan siasatan ke atas konco-konco mafia yang telah ditahan.

Namun malang sekali,aku tidak dapat ikut.Hana ada bersama aku untuk menemani."Hati-hati.Kemungkinan doktor atau jururawat di sana juga berkerja untuk mafia."kata Hana.Sudah berapa banyak kali aku dengar perkataan 'hati-hati' untuk 3 hari ini.Yang lain hanya mampu menganggukkan kepala.Mereka keluar daripada markas dan menuju ke hospital.Masing-masing memakai gelang berloketkan salji yang mempunyai alat penyambung talian ke telefon aku yang telah disetkan pembesar suara.

Lampu isyarat aku godam supaya mempercepatkan pergerakan mereka sehinggalah sampai ke destinasi.Terlihat mereka menuju ke bilik keluarga Ghani yang dipantau oleh 2 orang pengawal.Mereka memulakan lakonan mereka dengan mula bergegas ke sana dalam keadaan muka yang cuak.Mereka di tahan oleh 2 orang pengawal tersebut dan sekumpulan pihak polis yang berpangkat detektif datang menyerbu mereka.Detektif-detektif dari Unit Siasatan Bersama telah membuka semula kes mafia ini.Mereka memasuki bilik keluarga Ghani setelah bersetuju mengikuti pihak Unit Siasatan Bersama ke balai.

Terlihat ketiga-tiga ahli keluarga itu berbaring di atas katil dengan lemah.Mia tersenyum melihat mereka datang melawat."Mia,ada apa-apa maklumat tak tentang lelaki-lelaki semalam?"tanya Iqah dengan perlahan.Mia menganggukkan kepalanya."Orang putih.Selepas diorang call korang,diorang call boss diorang."kata Mia dengan lemah."Diorang hanya panggil sir sahaja.Jadi Mia tak tahu apa nama dia.Diorang hanya cakap sekejap sahaja.Itu pun pasal keadaan kami dan kamu semua yang ingin selamatkan kami."jelas Mia lagi.Iqah hanya menganggukkan kepala."Mia,kalau pihak polis tanya tentang ini,kata sahaja yang Mia tak ingat dan jangan sesekali sebut pasal kami."kata Keyh dengan lembut tetapi tegas.Mia hanya mengangguk sambil mengukir senyuman.Mereka kemudiannya keluar dari bilik dan mengikuti Unit Siasatan Bersama ke balai.

Aku cuba menggodam CCTV di balai namun agak ketat sedikit.Jadi aku call Nena untuk menyelesaikan masalah tersebut.Terdengar Nena meminta izin ke tandas.Pintu dikuak menandakan Nena sedang memasuki sebuah bilik.Bunyi orang dibelasah ringan kedengaran lalu CCTV di balai dapat terpasang.Terlihat Nena dan Iqah berada di bilik rakaman CCTV.Nena mula mengakseskan kod untuk memotong sedikit rakaman dimana mereka memasuki bilik tersebut bagi menutupi jejak langkah mereka.Satu lagi akses kod dimasukkan untuk menghentikan rakaman selama sepuluh minit supaya tiada yang tahu mereka memasuki bilik itu apabila mereka keluar.

Nena mengangkat seorang pengawal bangla ke atas kerusi.Iqah menepuk-nepuk pipi pengawal itu menyebabkan pengawal itu terjaga.Seutas rantai dikeluarkan maka berlakulah hipnotis untuk membuatkan pengawal itu tidak sedar apa yang berlaku.Mereka kemudiannya keluar dari bilik rakaman dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.Nena mengeluarkan tisu dari poket berpura-pura mengelap tangannya dan Iqah hanya bermain telefon pintar hinggalah mereka tiba di ruang soal siasat.Ahli yang lain menunggu mereka barulah mereka masuk ke dalam setelah mengeluarkan alat-alat elektronik bagi tujuan keselamatan.Nasib sahaja mereka memakai gelang itu.Walaupun aku dan Hana tidak dapat berkomunikasi,tetapi kami masih lagi mampu mendengar.

"Baiklah.Krishanti,Amelia,Tiara,Amy dan Laila.Betul?"tanya pihak yang bertugas menguruskan soal siasat mereka.Mereka hanya mengangguk walaupun sebenarnya bukan.Farah telah mengakseskan kad pengenalan palsu bagi menutup identiti mereka.Soal siasat dimulakan apabila semua bukti-bukti yang dijumpai pihak polis 2 tahun lepas dikumpulkan diatas meja.

Dan lakonan pun bermula.

"Apa yang terjadi sebenarnya? Tak pasal-pasal kawan kami masuk hospital.Sudah 3 bulan dia tidak datang ke sekolah,rumah pun kosong.Kami risau."kata Iqah sambil menunjukkan riak risau."Sabar ya,dik.Kami akan buka semula kes ini dan akan cuba selesaikannya secepat yang mungkin."jawab abang polis itu dan ia mengundang tawaan sinis Hana disebelahku."Kes apa ni?"soal Keyh yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.Terlihat ahli-ahli Unit Siasatan Bersama dibilik yang berada disebalik cermin besar.

"Jangan beritahu."kata seorang lelaki yang sedang bercekak pinggang melihat mereka berlima di soal siasat."Maaf,saya tidak boleh beritahu."kata abang polis itu setelah menerima arahan."Kenapa kami tidak boleh tahu?! Kawan kami sedang mengalami masalah sehingga melibatkan nyawa! Takkan kami hanya melihat kawan kami menderita?!"Syah memulakan peranannya."Jangan beritahu."kata ahli Unit Bersama di belakang cermin tadi.Abang polis itu hanya mampu menggeleng setelah menerima arahan."Tolonglah,bang.Sekurang-kurangnya abang beritahulah kami.Kami tak sanggup tengok kawan kami dihospital itu,bang."rayu Farah.

"Haih.Beritahu jelah,Tuan.Mereka bukannya dapat membuat apa-apa."kata rakan setugas Unit Siasatan Bersama disebalik cermin."Heh,kita atau mereka yang tidak dapat membuat apa-apa sekarang ini?"tanyaku pada Hana dengan nada sinis."Ini kes mafia,dik.Tersangatlah bahaya.Sekarang,adik tengok gambar-gambar ini.Tahu apa-apa tak?"tanya abang polis itu sambil menunjukkan tiga keping gambar di atas meja.Aku zoom dengan lebih dekat untuk melihat gambar-gambar tersebut.Aku menekan kod screen shot di komputer untuk menyiasatnya dengan lebih mendalam.

*****

"Aku tak sangka aku boleh berlakon jadi bodoh macam tu."kata Syah sebaik sahaja mereka memasuki bilikku."Itulah,tanya soalan yang jawapannya kita sudah tahu.Dekat sekolah pun aku tak banyak tanya macam tu."kata Nena pula."Jatuh air muka aku."Farah menampar-nampar mukanya apabila mengingati soalan-soalan bodoh yang diajukan pada abang polis itu.Aku dan Hana hanya mampu gelak nipis melihat mereka.

"Kau nampak tak gambar tadi?"tanya Iqah kepadaku sambil menghulurkan air kopi wanda yang aku pesan dalam perjalanan pulang.Aku mengangguk lalu membuka gambar tadi.Gambar pertama adalah sebuah beg bimbit berlambangkan topi mafia,gambar kedua adalah isi kandungannya:beberapa bilah pisau yang diukir seperti yang selalu digunakan oleh ahli-ahli kongsi gelap manakala gambar ketiga merupakan gambar seorang lelaki.

"Lelaki dalam gambar ni adalah lelaki dalam bangunan lama kat Thailand hari tu."kataku lalu membuka rakaman CCTV minggu lepas."Iqah."panggil Keyh dan Iqah mengangguk lalu keluar dari bilik tanda memahami panggilan itu.Tugasnya adalah mencari maklumat tentang lelaki itu."Telefon yang mereka pakai semalam merupakan telefon pakai buang."tambah aku lagi.Kali ini Nena pula perlu melakukan tugasannya.Walaupun telefon itu jenis pakai buang,namun info dan data di dalamnya sudah digodam terus apabila menelefonku.Jadi maklumat dan data tersimpan dalam telefonku sekarang.

"Kita masih lagi perlukan pisau tu."kata Hana dan yang lain hanya mengangguk."Farah,kau buatkan pisau macam tu.Malam esok kita buat kerja gila.Ceroboh balai polis."kata Keyh."No problem!"akur Farah lalu keluar menuju ke biliknya."Yes!! Another kerja gila!"sorak Syah apabila satu lagi kerja gila bakal dilakukan.

BERSAMBUNG...

The Silent Case -Detective- [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now