BAB 3

79 7 0
                                    

     Kami sekarang berada di lapagan terbang Thailand untuk menjalankan misi.Nena sedang melakukan tugasnya untuk menggodam mesin pengimbas badan dan bagasi supaya kami tidak tertangkap.Satu beg khas untuk jalankan misi seperti pistol,pisau dan peralatan yang merbahaya lain tidak boleh ditangkap.Padah akibatnya nanti.

"Dah."

Bermula dari Hana,Farah,aku,Keyh,Iqah,Nena dan diakhiri dengan Syah,kami telah melaluinya dengan selamat sama seperti beg-beg kami.Rane tidak dapat ikut kerana perlu pulang ke Kanada untuk menyambung pelajaran.Semua kelengkapan kami di Thailand dibiayai oleh Rane.Kami masuk ke dalam kereta sewa yang telah ditempah Rane.Logo berbentuk salji yang berada di sudut cermin hadapan menandakan ia adalah milik kami sepanjang kami di sini.

Aku memandu kereta ini menuju ke sebuah penthouse mengikut alamat yang telah diberi oleh Rane.Penthouse yang mempunyai 2 tingkat itu kami tatap kagum.Tingkat bawah lengkap dengan alatan keperluan manakala tingkat atas pula seperti asrama.Tiada bilik namun lengkap 7 buah katil bersaiz single,3 bilik mandi,3 buah almari,2 meja solek dan balkoni yang agak besar.Tambahan pula rumah ini berhadapan dengan laut.Tekanan untuk menjalankan misi berkurangan sedikit apabila suasana di sini bertukar menjadi sebuah percutian yang indah.

"I LOVE YOU,RANE!!!"teriak Nena di bahagian balkoni mengundang tawaan kami.Aku baring seketika di atas katil sebelum aku buka komputer yang mempunyai 3 skrin satu keyboard untuk memerhati bangunan tempoh hari memandangkan esok merupakan hari bermulanya misi.Keyh menuju ke tempat aku untuk melihatnya juga.8 buah CCTV di sana aku godamnya dengan mudah.Satu CCTV yang merakam 2 orang gadis itu aku besarkan di skrin tengah.3 lelaki bertubuh sasa sambil memegang senapang bertugas menjaga mereka berdua.Nasi yang berterabur di atas lantai membuktikan bahawa 2 orang itu diberi makan dengan cara yang kasar.

"Bukak CCTV dibahagian pintu masuk."arah Keyh jadi aku akur dengan membesarkannya di skrin tengah menggantikan rakaman 2 orang gadis tadi.Ahli-ahli yang lain turut menuju ke arah kami dan Keyh terus menerus mengarahkan aku untuk membuka rakaman-rakaman ini untuk merancang strategi.Apabila rancangan sudah dirasakan lengkap,kami semua kembali membuat aktiviti masing-masing.Malam ini,kami perlu berpecah untuk melakukan tugas masing-masing.Aku,Keyh dan Iqah perlu pergi ke bangunan itu untuk memasang kamera semut manakala yang lain perlu ke kilang untuk menyiasat tentang dadah yang dijumpai tempoh hari.

"Jom makan.Aku lapar."kata Syah.Kami setuju dengan cadangan itu memandangkan perut belum diisi sejak tengah hari tadi.

*****

Aku,Keyh dan Iqah menyamar sebagai pelancong yang tersesat jalan dan menuju ke arah guard untuk bertanya arah.Keyh melakukan kerja itu bersama Farah manakala aku berlakon ala-ala budak yang kepenatan bercangkung membelakangi guard dan CCTV berdekatan.Tanpa mereka sedar,aku mengeluarkan sebalang kamera semut dan meletakkan mereka ke semak-samun.

"Thank you,sir!"ucapan terima kasih itu menandakan Keyh dan Farah sudah selesai bertanya.Aku terus bangun dan tersenyum puas."Finally!"kataku acah-acah seperti sudah menunggu lama agar tidak disyaki oleh guard itu.Kami menuju ke dalam kereta dan menuju ke kilang yang terletak 25km dari bangunan ini.Kami perlu bersedia awal supaya mereka yang berada di kilang dapat lari dengan mudah jika tertangkap.

"Apa je benda yang kau tanya kat pak gat tu?"tanyaku kerana ia mengambil masa yang agak lama sehingga aku sempat mengawal beberapa kamera semut masuk ke dalam bangunan."Soalan bodoh.Tanya ini kat mana,tanya itu kat mana,tanya tempat tu ada apa dan macam-macam lagilah."jawab Iqah di tempat duduk belakang."Aku punyalah speaking macam-macam tapi pak gat siam tu tak faham.Last-last kena pakai isyarat tangan macam cakap dengan orang bisu."kata-kata Keyh mengundang tawaku."Patutlah lama"kataku sebelum fikiranku berfokus semula kepada pemanduan.

*****

-Nena's POV-

Aku,Hana dan Syah sedang mencuba memasuki kilang melalui bumbung manakala Farah berada di warung berhampiran sedang melihat rakaman CCTV.Keadaan atap kilang yang agak berkarat dan berlubang itu memudahkan lagi kerja kami untuk menyelinap masuk.Waktu menujukkan pukul 9:30 malam jadi mungkin hanya beberapa pekerja sahaja yang masih berada di sini.Perjalanan menuju ke tempat pengumpulan Morfin diketuai oleh Syah.

"Berhenti! Dalam 10 saat,3 orang bangla sedang menuju ke arah korang.Hentak kepala dia pastu menyamar.Senang sikit kerja."arah Farah dihujung talian.Seperti yang dikatakan,3 orang bangla kami hentak lalu menyarung kot putih milik mereka untuk menyamar.Sejujurnya,aku menyesal membuat kerja ini.Aura-aura bangla dari kot ini membuatkan aku rasa mual.Minyak pati apelah yang diorang pakai ni?

"Cepat tho...Aku nak habiskan benda ni secepat yang mungkin."kata Hana tidak tahan dengan pakaian yang dipakainya."Dekat depan ada satu pintu besi.Ada password.Nena,kau buat benda tu."kata Farah.Aku mendahului mereka menuju ke pintu besi yang disebutkan oleh Farah.Pita pelekat bersaiz besar aku lekapkan di bahagian nombor-nombor kod.Hanya nombor 0 yang mempunyai bekas cap jari jadi itu amat-amat memudahkan aku.Nombor 0 aku tekan sebanyak 4 kali maka terbukalah pintu besi itu.

Markas Morfin itu kami geledah dengan berhati-hati supaya tidak meninggalkan apa-apa kesan."Cepat,aku dah tak tahan dah ni"kata Syah.Aku pun tak tahan beb kalau pakai baju orang yang belum mandi dari pagi hari sampai sekarang tambahan pula entah basuh ke tak kot putih ni."Nena,pintu besi lagi."kata Hana di hujung sudut bilik ini.Aku menuju ke sana dan terlihat sebuah pintu besi bersaiz sederhana besar serta mempunyai pengimbas kod yang tiada apa-apa nombor mahupun huruf.Aku keluarkan sebuah alat berbentuk petak berfungsi sebagai penggodam sesuatu teknologi yang dihasilkan oleh Farah.Aku lekapkan ia di pengimbas kod tersebut.Lampu hijau menandakan ia berjaya digodam.

Terdapat beberapa jenis pil,jarum suntik dan cecair yang tidak aku kenali apakah ia berada di dalam sebuah peti sejuk beku.Hana mengambilnya dengan berhati-hati dan meletakkannya di dalam beg untuk mengkaji."Weyh,sini jap."panggil Syah lalu kami menuju ke arahnya yang sedang berada di dalam sebuah bilik kepunyaan manager kilang ini.Satu kotak yang mempunyai beberapa contact card kami periksa.Satu kad telah menarik tumpuan aku di mana logo topi mafia yang sama seperti yang ada pada beberapa bahan yang kami temui sebelum ini terdapat pada kad itu.Tanpa buang masa,aku terus memasukkannya ke dalam beg Hana.

"Cepat keluar.Pengawal sudah mahu meronda."arah Farah jadi kami keluar dari situ dengan cepat dan berhati-hati.Kot putih tadi kami campak pada pemiliknya lalu kami keluar dari kilang menuju ke warung.Terlihat Lyn,Keyh dan Iqah turut berada di situ.Kami memesan beberapa hidangan sampingan sebelum pulang ke penthouse.

BERSAMBUNG...

Time ni xde idea nk buat action ape...tapi at least berjaya jugalah...HAHAHA..TQSM SEBAB SUPPORT CITER YG LEPAS²!! ILY!! MUAHHH!!

The Silent Case -Detective- [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now