Hasz hanya mampu memandang kearah kenalan ayahnya yang sedang duduk disofa rumahnya.
"so Rasheed, mana anak anak kau? Dorang tak datang sekali ke?" tanya ayah Hasz, Encik Bakar.
Rasheed mengukirkan senyumannya. "macam biasalah Bakar, dorang mana nak ikut aku keluar mana mana. Masing masing sibuk dengan dunia masing masing. Dah besar ni susah lah nak control macam dulu."
Hasz meneguk minuman dihadapannya. "ni Hasz, cuba pergi tengok ibu. Tanya dah siap belum masaknya tu."
Hasz masih tidak lengkang matanya memandang makhluk dihadapannya itu. Makhluk yang pertama kali membuatnya tertarik untuk terus memandangnya.
Dari rambutnya yang pendek hampir kebotak, misainya yang tidak begitu lebat dan janggutnya yang kemas mekar dibawah bibirnya itu. Tubuh badannya yang sedikit berisi namun masih menampakkan lekuk tubuh badannya yang agak berotot disebalik baju fit yang dipakainya itu.
Hasz benar benar dalam dunianya namun lamunannya diganggu oleh ayahnya sendiri Encik Bakar.
"Hasz! Mengelamun pulak dia."
"eh papa. Sorry. Hasz terfikir jauh pulak."
Encik Bakar menggeleng sebelum mengarahkan anaknya semula.
"ni papa cakap, pergi tanya ibu, dah siap masak belum. Kalau dah boleh hidang ke tetamu."
Hasz tersenyum malu sambil menggaru kepalanya. "sorry ya papa. Okay."
Hasz bangkit dari sofa selepas mencuri pandang Rasheed.
Rasheed tersenyum melihat anak rakannya itu.
Sampai sahaja didapur Hasz melepaskan nafas panjang. "Fuhh! Nasib papa tak perasan aku tenung pakcik Rasheed tu."
Hasz tersenyum mengingatkan dirinya yang dari tadi tidak lepas matanya merenung lelaki itu. Entah dia sendiri tertanya tanya kenapa dia merasakan satu daya tarikan menariknya untuk merenungnya terus.
Hasz menggeleng sebelum berjalan kedalam dapurnya yang lebih besar untuk mencari ibunya.
--
Hasz membantu ibunya menghidangkan makanan dimeja makannya. Sambil itu jugalah dia tidak melepaskan peluang untuk mencuri pandang Rasheed semula.
"Hasz semuanya dah lengkap ke?" tanya Encik Bakar.
Hasz mengangguk.
Rasheed tersenyum memandang kearah Hasz membuat Hasz tak tentu arah. Pipinya terasa hangat sekali.
"terima kasih lah... Ni sapa nama? hasz?" tanya Rasheed.
Hasz tergamam mendengarkan lelaki itu memanggil namanya.
"aah nama dia Hasz. Nasib aku dapat anak yang rajin macam dia ni. Maklumlah anak perempuan aku dua dua belajar. Abang dia pulak dah kahwin. Tinggal anak bujang sorang jelah yang ada pun dekat rumah ni."
Rasheed mengangguk. "papa, ibu kata makanlah dulu dia nak solat dulu."
Encik Bakar mengangguk faham. "oh okay. Ni Rasheed jemput makan." terus dipelawanya Rasheed, rakannya itu.
Rasheed mengangguk kecil sebelum berjalan bersama Encik Bakar ke ruang makan.
Sampai sahaja dimeja makan, dia terua menarik kerusi dihadapannya.
Hasz yang mula merasakan jarak mereka semakin dekat mula berasa tidak selesa.
"ni Hasz, jum makan sekali."
![](https://img.wattpad.com/cover/162021473-288-k963620.jpg)
YOU ARE READING
-Daddy-(18sx)(bxm)
Teen Fiction"Baby I'm falling in love... So baby tell me.. Will you be my Daddy?" --- Hasz adalah seorang remaja yang baru melangkah masuk alam dewasa. Menerima dirinya bukanlah lelaki 'normal' seperti kebanyakannya, dia sudah siap bersedia untuk mencari pasan...