7+

15.8K 157 11
                                    

"is love not enough?"

--



Hasz yang sedang bersiap siap untuk majlis sambutan hari jadi bekas isteri Rasheed mula melepaskan keluhan kecil.

Dia mula termenung jauh mengingatkan saat bersama dengan Rasheed. Entah mengapa perasaannya tidak menentu malam ini. Hasz mengeleng sebelum merapikan tali leher yang sudah tersedia dilehernya.

"hasz, cepat sayang! Event dah nak start nanti. Kita sebagai tetamu kena pastikan kita datang awal. Nak nak tetamu yang hadir malam ni semua orang vvip."

Ibu Hasz yang baru sahaja selesai bersiap dan berdandan dihadapan cermin mula mendapatkan anak lelaki bongsunya itu.

Hasz mengangguk. "ibu dah siap?"

"Ni cubalah pakai tali leher tu kemas kemas sikit. Biar nampak formal nampak smart sikit. Kita nak present diri kita depan orang, kena sentiasa kemas, dan yang paling penting bersih faham?"

Hasz hanya membalas omelan ibunya dengan senyuman.

"ni nanti jumpa orang senyum. Biar nampak kita ni jenis orang yang baik. Supaya orang tengok nanti dorang suka dekat kita. Dengar tak ibu cakap apa."

Hasz menggeleng kecil, agak kesal dengan sikap ibunya. "ibu Hasz bukan budak kecil lagi. Hasz dah besar bu. Pandailah Hasz jaga diri, jaga keterampilan."

Puan Nor ketawa. "kamu tu dah besar tapi masih bawah tanggungjawab ibu. Selagi kamu masih dibawah tanggungan ibu, selagi tu ibu akan pastikan kamu sentiasa dalam keadaan baik baik."

Hasz terdiam. "apa apa jelah bu."

Hasz merasakan dirinya dikongkong selagi dia masih duduk didalam rumah ibu dan ayahnya."ni pergilah turun dulu. Papa dah turun awal. Katanya dia nak jumpa business partner dia dulu. Kamu pergilah bergaul cari kawan. Ibu nak bersiap sikit lagi. Nanti ibu turun dengan kak Ngah."

Hasz hanya mampu menahan diri dari melepaskan keluhan oanjang dihadapan ibunya. Dia tahu ibunya itu takkan pernah memgalah dan takkan mudah mengalah dalam perbualan mereka tentang masa depannya.

"kalau macam tu Hasz gerak dulu. Nanti jumpa ibu dengan Kak Ngah dekat sana jelah."

Hasz tidak menunggu lama. Dia meminta izin ibunya untuk bergerak awal, berharap dapat lari dari berada dengan ibunya yang mencabar kesabarannya.

Hasz terus bergerak kearah lif.

-

Hasz terkebil kebil mencari kelibat ayahnya didalam ruang dewan yang agak besar itu. Jantungnya mula berdegup cepat melihat jumlah manusia yang mula memenuhi ruangan itu.

Dia merasa kekok dan janggal untuk berada ditempat yang dipenuhi orang ramai itu.

"aduh! Mana papa ni? Ibu kata dah turun."

Hasz mengetap bibirnya sambil menyorokkan dirinya disebalik pasu bungan yang besar ditepi pintu dewan itu. Hasz tidak selesa dengan keadaannya yang bersendirian. Perasaan resah membuatnya berfikir untuk pergi sahaja dari situ.

Hasz mengambil keputusan untuk pergi ke tandas untuk memenangkan dirinya. Namun belum pun sempat dia melangkah, terlebih dahulu seseorang menyapanya.

"hai! Sorang je..?"

Hasz makin bertambah resah. Orang yang tidak dikenalinya mula menegurnya.

Hasz membalas dengan senyuman biasa. "tengah cari ayah saya. Dia ada kat dalam."

Lelaki dihadapannya itu ketawa kecil. "lah kalau macam tu kenapa tak masuk je."

Hasz menggeleng. "takpelah. Saya nak ambil angin luar dulu kot."

-Daddy-(18sx)(bxm)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang