10+

6K 72 8
                                    


"Kak Ngah. Ada apa yang sampai kita nak kena gerak terus harini?" Hasz yang sebaik sahaja bersua muka dengan kakaknya itu terus melontarkan pertanyaan.

Raut wajah Kak Ngah sedikit berubah. "Papa tulah. Makan tak ingat dunia. Dah sakit perut muntah-muntah. Makan campur lah tu. So mama suruh Kak Ngah drive ke klinik lepastu kita terus balik ke rumah."

"Kita kan baru je lagi kat sini." Keluh Hasz, kesal dari tadi masanya bersama Rasheed diganggu.

"Benda dah nak jadi. Kita tak boleh elak. Lagipun papa tu tak jaga makan sangat. Pantang nampak makanan banyak."

Hasz menunduk lemah. Dia yang awalnya benci untuk hadir ke majlis itu dan mula membuka hatinya setelah bertemu dengan Rasheed, kini dihampakan semula dengan keadaan sebegini.

"Adik, pegang tangan papa, bawa dia naik atas. Ibu nak kena kemas barang kita semua."

Puan Nor yang baru sahaja muncul bersama suaminya yang kelihatan pucat itu meminta bantuan anak bongsunya itu.

Hasz cepat-cepat membantu ayahnya. Dia memapah bahu ayahnya dan berjalan ke arah lif.

"Papa okay tak ni?"

Papanya hanya menggeleng.

"Dik. Papa nak muntah."

"Kejap Pa. Sikit lagi kita sampai ke bilik."

Pintu lif terbuka. Hasz terkejut tatkala seseorang muncul di hadapannya.

"Eh, H-Hasz bukan?" Lelaki itu mengerut dahinya.

"Oh, Hilmi?"

Hilmi ketawa kecil. "Yes. Hilmi. Ingat lagi ya."

"Eh, kenapa tu?" Wajahnya berubah tatkala melihat wajah pucat lelaki yang dipapah oleh Hasz.

Hasz memandang papanya.

"Biasalah makan banyak sangat. Kembung perut." Jawab Hasz sambil membantu papanya masuk ke dalam lif.

Hilmi tidak jadi keluar dari lif. Dia malah memberi ruang kepada Hasz untuk masuk bersama ayahnya.

"Tingkat berapa?"

"7." Balas Hasz sambil mengurut belakang papanya.

Butang lif ditekan.

"Selalu ke jadi macam ni?" Tanya Hilmi.

Hasz mengangguk. "Bila overeat macam nilah. Dah tua tak boleh makan banyak nanti macam nilah jadinya."

Hilmi mengangguk. "Takpe. Saya bantu bawa masuk ke hotel room."

Hasz membalasnya dengan anggukkan kecil. Hilmi lantas membantu memegang tangan Papa Hasz semasa melangkah keluar dari lif.

Papa Hasz dibantu untuk duduk di hujung katil.

"Papa jangan baring. Nanti kembung lagi rasa nak muntah." Nasihat Hasz sambil mencabut kasut bapanya.

Hilmi yang berada di ruangan itu mengambil sesuatu dalam sling bagnya. Barang itu dihulurkan kepada Hasz.

"Nah. Minyak angin dan ubat untuk bloated."

Hasz teragak-agak untuk mengambil ubat dan minyak angin dari tangan Hilmi. "Takpe ke?"

Hilmi ketawa kecil. "It's okay. Ada banyak lagi, dalam kereta pun saya ada spare. This ubat sangat bagus untuk bloated. Looks like your dad kembung perut tu."

Hasz melirik ke arah perut ayahnya yang membesar dek kekembungan. Dia mengangguk sebelum mengambil ubat dari tangan Hilmi.

Hilmi mengeluarkan sesuatu dari beg duitnya sebelum menghulurkan ia kepada Hasz.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 23, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

-Daddy-(18sx)(bxm)Where stories live. Discover now