5+

20.4K 199 16
                                    

"you got a fetish for my love, I push you out and you come right back.." -



--


"Hasz! Bangun nak!"

Hasz tidak memperdulikan ketukan pintu biliknya. Dia tidak mahu melayan ibunya. Sudah sehari dia tidak bertegur ibunya sejak kelmarin. Dia masih berasa ibunya tidak memahaminya dan sering memaksanya.

"Hasz. Please jangan buat ibu macam ni. Harini kita nak gerak Cameron Highlands sayang. Janganlah buat ibu macam ni."

Hasz masih terbaring diatas katilnya. Dia terus menekup kepalanya dengan bantal, menutup kedua telinganya.

"Hasz!"

Kini giliran papanya pula, Encik Bakar untuk memujuk anak jantannya itu.

"Hasz! Papa kata bukak pintu ni. Semua orang dah siap. Tinggal nak gerak je ni."

"ni papa apa bising bising ni? Tanya Kak Ngah, kakak kepada Hasz.

"Kak Ngah cuba pujuk Hasz ni. Umur dah meningkat pun masih merajuk macam budak kecik."

Kak Ngah terus mengetuk pintu bilik Hasz. "Hasz. Semua orang dah siap dah ni. Kau sorang je yang belum siap. Cepatlah. Nanti jalan jam."

Hasz hanya mengeluh kasar dalam biliknya.

Kak Ngah menggeleng sebelum menenangkan ibu dan ayahnya.

"ni papa dengan ibu masuk kereta dulu. Biar kak Ngah yang pujuk dia. Takpe nanti dia keluar punya okay. Papa, ibu pergi dekat kereta dulu okay."

Puan Nur mengeluh sebelum mengangguk. "tolong pujuk dia tau. Ibu risau lah. Serba salah pulak ibu dibuatnya."

Encik Bakar menggeleng. "entahlah papa pun tak tau kenapa sekarang ni papa tau Kak Ngah kena pastikan dia keluar. Kalau tak, kita pergi dulu nanti balik biar papa yang bagi dia hukuman." tegas Encik Bakar.

Selepas Kak Ngah melihat ibu dan ayahnya berjalan pergi, dia terus mengetuk pintu bilik adik lelakinya itu semula. "Hasz! Kau bukak pintu ni sekarang jugak sebelum kak Ngah pecahkan. Kau macam tak tau kak Ngah ada belt hitam taekwondo."

Hasz terus panik mendengarkan ugutan kakaknya itu. Dia cukup tahu skill kak Ngah yang menakutkan itu.

Hasz mengeluh kesal, mengalah akhirnya. "yalah! Kejap!"

Hasz terus bangkit dari katilnya meskipun hatinya rasa terpaksa. Dengan malas dia buka pintu biliknya.

"Kak Ngah nak apa?"

Kak Ngah terus tersenyum dihadapan adik bongsunya itu.

"kau kenapa Hasz? Marahkan ke ibu. Ibu tu mak kita tau. Ibu yang melahirkan kau. Kau nak jadi anak derhaka ke?"

"biarlah anak derhaka pun, biar disumpah jadi batu kan senang. Takdelah Hasz rasa serabut lagi."

Kak Ngah menggeleng sambil beristighfar. "dik. Kau dah kenapa. Kau kalau rasa stress, cerita kat Kak Ngah. Mana tahu Kak Ngah boleh bantu kurangkan rasa serabut tu ke."

Hasz melepaskan keluhan panjang sebelum berjalan kearah meja belajarnya. Tangannya terus disilangkan.

"entahlah Kak Ngah. Ibu tu ha. Dia tak habis habis nak kenenkan Hasz dengan Sarah, anak Uncle Rasheed tu. Masalahnya Hasz tak suka. Ibu siap kata dia nak berbincang dengan keluarga Sarah since keluarga kita baik dengan keluarga dia. Hasz tak boleb terima tu Kak Ngah. Ibu terlalu memaksa."

Kak Ngah terdiam sebelum berjalan menghampiri adik lelakinya itu. Bahunya diusap lembut. "Hasz. Hasz tahukan seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anak anak dia. Hasz tahukan ibu lakukan semua tu untuk kebaikan Hasz."

-Daddy-(18sx)(bxm)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang