MGIIP 9

6.1K 237 11
                                    

Keesokan harinya, pelajaran di sekolah berjalan seperti biasa. Di dalam kelas jelas bunyi keriuhan.

Apatah lagi jikalau guru itu mesyuarat semakin meriah
nampaknya.

Semua pelajar mengambil kesempatan untuk berborak, ponteng kelas dan sebagainya.

"Ailis! "Jerit satu suara yang memasuki kelas tersebut

"Yow Lyna! Aku fikir kau tak datang? "Ujar Ailis dengan tersenyum comel

"Ehh mesti la aku datang. Kau ja tak nampak aku tadi! Seronok tengah ushar orang kan! "Sindir Lyna seraya duduk disebelah Ailis

"Alaaa jangan la marah! Apakata aku belanja kau pizza ker? "Pujuk Ailis sambil menongkat dagu lalu merenung ke arah Lyna

Lyna hanya menggeleng tanda tidak mahu.. Apa barang pizza? Belanja la aku KFC ker Mc Donald ker!..

"Habis tu baby aku nak apa?? Cer cakap?  Confirm aku beli punya! "Tanya Ailis lagi dengan senyuman nya

"Ceh nak rasuah aku la tu! "Ujar Lyna sambil mem rolling eyes

"Alaa nak rasuah pun kawan aku sendiri"balas Ailis dengan senyum

Dia memeluk lengan Lyna dengan manja sekali. Gadis disebelah nya hanya membuat tidak endah.

"Attention!"jerit suara garau yang menyapa halwa telinga Ailis

Terus Ailis melihat ke arah gerangan tersebut.Seketika matanya membulat apabila melihat rupa paras jejaka itu.

Matanya memandang figura tersebut. Badannya yang tegap lagikan sasa, rambutnya idaman Ailis dan matanya yang mempesona namun sayang tiada secalit senyuman diwajahnya...

Ralit dia memandang anak teruna orang sehingga kan jejaka itu merasakan seperti diperhatikan.

Lyna memandang ke arah Ailis sambil menepuk perlahan lengan gadis itu.

"Psst Ailis jaga sikit kelakuan kau tu! Yang terlebih membulat ni dah kenapa? "Tanya Lyna sambil ketawa

Ciss dia kenakan aku nampaknya.. Tapi kan kenapa aku tengok dia lain macam eh? Hehheeeh hensem!!

"Woii Ailis! Mengelamun woii! "Bisik Lyna apabila mendapati bahawa sahabatnya sedang mengelamun

Bisikkan itu sampai ditelinga jejaka tersebut.Terus jejaka tersebut melangkah ke arah mereka berdua tanpa senyuman.

"Ailis! Ya ampun budak ni! "Rengus Lyna dengan kuat

"Woi mengelamun! "Jerkah jejaka itu sambil menghentak tangannya

"Woi abang senior ku hensem! Eh? "Terlatah Ailis dibuatnya

Terus membulat mata jejaka itu..Dalam diam terselit satu senyuman. Dia merasakan gadis itu tampak polos dan comel.

"Erkkk"terkelu lidah Ailis berbicara

"Aku cakap kat depan! Kau boleh lagi mengelamun dekat belakang! Asal dah bermimpi kahwin dengan anak raja? Anak raja mana? "Sindir Jejaka itu bertubi-tubi

"Erkk ma..ma..ma.."tergagap Ailis apabila melihat mata jejaka itu tajam memandangnya

"Apa! Ma.. Ma.. Ma kau hah! Pergi berdiri di luar sekarang! "Tengking jejaka itu garau

"Ehh kenapa pulak?"terus Ailis bertanya

"Kau tanya aku kenapa? Yang tadi kau sedap mengelamun tu apa benda hah! "Marah jejaka itu lagi

Ramai pelajar itu tersenyum sinis ke arah Ailis.. Ada juga yang bersimpati namun sebaliknya dalam berdiam bertepuk suka ria..

"Apa ni nak suruh kawan aku diri luar? Mengelamun ja kan? Tu pun salah ka? "Bela Lyna apabila tidak berpuas hati

[C] My Girl Is Ice Princess?!!Where stories live. Discover now