MGIIP 45

5.7K 214 11
                                    

Sudah tiga bulan berlalu sejak Aileen pergi meninggalkan mereka. Sudah tiba masa seluruh pelajar yang mengambil peperiksaan SPM akan mendapat sijil mereka.

The Boyz dan The Girls duduk dikerusi ditengah dewan. Mereka menunggu pengetua menyampaikan ucapan.

Aireen dan Humaira yang paling benci akan ceramah terus menyumbang earphone ke telinga masing-masing.

Lucas yang baru sahaja sampai terus duduk disebelah Rayyan. The Boyz mengangkat kening melihat Lucas. Jejaka itu hanya tersenyum makna.

Setengah jam telah berlalu,bergema tepukan di dalam dewan tersebut. Muncul la wajah Guru Disiplin menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pengawas yang banyak membantu di dalam sekolah tersebut.

"Kau rasa kita dapat tak? "Bisik Humaira dengan perlahan

"Mesti lah! Kita pelajar contoh kott"ujar Aireen dengan bangga

"Aku harap dia ada! Diakan leader kita huh"keluh Humaira seketika

Aireen terdiam dan tak tahu ingin membalas apa. Mata mereka semua memandang ke hadapan.

"Baiklah saya akan menyerahkan sijil pelajar yang cemerlang dan patuh berdisplin! Dipersilakan Tengku Aireen Lai selaku penolong ketua pengawas! "Panggil Guru itu dengan kuat

Aireen melangkah dengan dingin. Tanpa senyuman dibibir. Dia mengambil sijil itu lalu turun dan menuju ke tempat duduk nya.

Entah dimana cemerlang dan berdisplin nya dia sedangkan dia lah yang selalu melanggar peraturan sekolah!

"Seterusnya saya menjemput Tengku Suzani Humaira, selaku pengawas yang paling menepati masa dan selalu beretika dalam waktu bekerja berikan tepukan! "Ujar Guru itu lagi dengan kuat

Bergema tepukan mereka. Humaira tersenyum apabila Zikri ingin mengambil gambarnya. Lalu dia pun turun dan menuju ke tempatnya.

"Saya juga akan memberikan sijil kepada satu-satunya Kumbang sekolah kita! Di jemput Tengku Lucas John! Seorang yang berkarisma dan tegas dalam kerja nya! "Ujar Guru itu dengan senyuman

Lucas melangkah ke atas dengan senyuman versi cair kepada pelajar perempuan. Semua disitu terlompat-lompat dan ada yang mengambil peluang menangkap gambar Lucas.

Dia menuju ke arah The Boyz sambil mengenyit mata kepada para gadis yang sedang menjerit kesukaan.

"Tahniah bro"ucap Rayyan lalu berjabat tangan dengan Lucas

"Thanks"ujar Lucas dengan senyuman kecil

"Sebenarnya ada lagi tapi saya tangguh dulu"ucap guru itu lalu beredar dari mikrofon

Mereka memandang sesama sendiri. Yang pasti sijil terakhir itu la sijil Aileen. Mereka hanya memandang sayu sahaja.

Sepatutnya masa sekarang mereka harus bersama tapi malang tidak sempurna persahabatan mereka.

Guru itu menyampaikan sijil SPM kepada semua pelajar. Hanya beberapa sahaja belum mendapat sijil itu. Aireen dan yang lain-lain dah gementar habis.

"Baiklah kita akan menjemput pelajar yang mendapat Straight A- dalam sijil SPM kali ini. Dijemput ahli The Boyz iaitu TENGKU RAYYAN RIZ, TENGKU IZ ZIKRI DAN TENGKU AD DANISH, Taniah diatas usaha mereka! "Pengetua terus memberikan tepukan kepada mereka bertiga.

The Boyz hanya tersenyum nipis. Syukur Alhamdulillah apa yang mereka dapat. Seterusnya pelajar yang mendapat Straight A.

"Kemudian berikan tepukan kepada dua orang puteri sekolah kita iaitu TENGKU AIREEN LAI dan TENGKU SUZANI HUMAIRA. Tahniah diucapkan kepada kamu berdua mendapat straight A tahniah diucapkan"ujar Pengetua dengan senyuman dibibir

[C] My Girl Is Ice Princess?!!Where stories live. Discover now