MGIIP 41

4.6K 161 16
                                    

Fikiran Aileen kusut sekarang dengan unknown nombor lepastu dengan Rayyan yang sibuk memanjang.Dia cuba untuk menepis kan perasaan itu namun makin ditepis makin banyak hasutan.

Dia tak nak ambil keputusan terburu-buru. Dia percayakan Rayyan seratus peratus. Sebab itu dia hanya diamkan sahaja.

Aileen mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Rayyan di tasik mereka.Aileen cuba bersangka baik dan tidak mahu menimbulkan pergaduhan.

Malam itu Aileen menuju ke tasik di mana Rayyan berada. Bodyguard nya hanya menghantar dan berlalu pergi.

Aileen dengan senyuman dibibir dan tangannya memegang erat plastik yang berisi kek red velvet.Kek kesukaan si Rayyan.

Tetiba kaki nya terhenti bagai digam apabila melihat agenda dihadapannya tanpa disedari air mata jatuh menitik dipipi.

"Riz"ujar Aileen dengan suara bergetar

"Tengku Rayyan Riz!! "Bergema Suara Aileen disitu

Serta merta agenda tersebut terhenti. Terkejut bukan kepalang apabila Rayyan menyedari ketibaan Aileen. You know what! Rayyan sedang berpelukan dengan seorang perempuan dan hampir mencium perempuan itu.

Sungguh dia tidak menyangka, jadi selama ini yang sibuk hanya lah alasan semata-mata. Fikiran Aileen sudah berfikiran negatif.

"Kau penipu! Kau sial! "Jerit Aileen lalu membaling plastik tersebut.

Kakinya terus berlari meninggalkan Rayyan yang terpinga-pinga. Jejaka itu tidak dapat mentafsir kejadian itu kerana berlaku dengan pantas sekali.

"Aileen! "Panggil Rayyan lalu mengejar Aileen yang sudah berlari

"Aileen!"Panggil Rayyan lagi lalu menarik lembut tangan Aileen

"Kau nak apa sial"ujar Aileen dengan marah sambil meretap tangan dia dari tangan Rayyan

"Ini semua salah faham dear"pujuk Rayyan dengan lembut

"Salah faham kepala hotak kau! Kau sedap-sedap peluk perempuan tak guna tu lepastu hampir nak kiss apa benda tu Rayyan? "Marah Aileen dengan mengalir air mata

"No semua tu salah faham trust me"ujar Rayyan lalu cuba menarik lengan Aileen

"Don't touch me! Kalau kau rasa kau tak perlukan aku! Just leave me that's it Rayyan"mendatar Aileen berkata

"No aku takkan lepaskan kau Aileen no! "Bentak Rayyan dengan marah

"So? Get out for my life! We are over"ujar Aileen dengan marah

"Aileen please dengan penjelasan aku! Please Aileen! Aku sayang kau takkan aku nak curang dengan kau? Please sweetheart "rayu Rayyan lalu memegang erat lengan Aileen

"Aku dah kata jangan pegang aku! Kau tak faham ka hah! "Bentak Aileen lalu tangan nya laju ingin menampar Rayyan namun terhenti.

Dia tidak sanggup untuk menampar Rayyan. Jejaka yang telah buat hatinya berubah. Namun tidak disangka jejaka itu la jugak menghancurkan hatinya.

"Aileen"bergenang air mata Rayyan

Aileen terus meninggalkan Rayyan disitu. Dia melintas tanpa melihat ke kiri dan kanan.Tanpa dia sedari kereta proton laju menghala ke arahnya.

Aileen terkejut terkaku dan bagai kakinya digam untuk melarikan.

Rayyan terkejut itu terus berlari dan menolak Aileen ke bahu jalan.Malang tidak berbau Rayyan dirempuh dengan kereta itu sehingga melambung Rayyan ke atas dan kepalanya terhentak dibahu jalan.

[C] My Girl Is Ice Princess?!!Where stories live. Discover now