→→→→→→→→→→→
Sudah tiga bulan berlalu dan begitu juga perkahwinan Aileen. Sudah masuk genap tiga bulan. Dalam tiga bulan banyak perkara berlaku namun pasangan itu bijak mengatasinya.
Setelah perkhawinan Aileen, Aireen dan Humaira telah pulang ke tempat asal mereka. Kedua-dua nya sudah mengandung.
Aireen hamil dalam 5 bulan dan Humaira 4 bulan sekejap sahaja masa berlalu.
Aileen baru sahaja pulang dari hospital lalu merebahkan badannya di atas sofa yang lembut itu. Rumah agam yang dulu meriah kini hanyalah tinggal suram.
Aileen meletakkan tangan di atas dahinya.Seringkali dia mengeluh.
Tetiba datang seorang wanita yang sudah dimamah usia namun wajahnya masih cantik seperti dulu.
"Kenapa mengeluh ni achik? Ada yang tak kena ker? "Tanya Puan Sri Aisyah dengan lembut
"Tak ada pa la mummy just penat sikit ja"jawab Aileen dengan perlahan
"Banyak sangat ker kerja tu? Bawa la berehat diri tu sikit Aileen"nasihat Puan Sri Aisyah sambil tangan mengusap perlahan rambut Aileen
"Boleh la tahan juga nama pun doktor pakar mummy, ermm mummy ada masak tak? Aileen lapar"rengek Aileen kecil
"Ada, mummy pergi panaskan lauk kejap. Ermm Rayyan tak balik ker? Lusa kan dah nak puasa"tanya Puan Sri Aisyah
"Tak, dia kerja sampai puasa kedua. Ermm"gumam Aileen
Aileen agak terasa dengan Rayyan kerana dia telah berhajat untuk berpuasa kali pertama dengan suaminya namun Rayyan terpaksa berkerja sehingga puasa kedua.
Aileen tersenyum palsu apabila berita itu disampaikan oleh suaminya sendiri.
"Ouh tak per la nama pun kerja hah lupa nak beritahu! Petang ni Sabrina dan James akan sampai lepastu malam sikit Aireen dengan suaminya akan balik ke sini"beritahu Puan Sri Aisyah
"Series la mummy? "Bersinar mata Aileen seketika
"Iyer katanya nak puasa sini sekali"terang Puan Sri Aisyah dengan senyuman
"Wahh rumah ni akan meriah la! Yes ok la mummy achik nak naik nak tidur sekejap nanti dorang sampai kejutkan tau"ucap Aileen lalu mencium pipi mummnya sekilas dan menuju ke biliknya
Puan Sri Aisyah hanya tergeleng melihat Aileen. Sikapnya masih tidak berubah walaupun sudah bergelar seorang isteri. Puan Sri Aisyah menuju ke dapur.
Aileen masuk ke bilik dengan perasaan gembira. Walaupun agak sedih namun kesedihan dia terhapus dengan kehadiran orang yang paling dia sayang.
Selepas membersihkan diri, Aileen terlelap buat seketika.
Pada malam itu terdengar riuhan di rumah agam Vila Lai. Aileen sedang mengendong kedua-dua anak buahnya. Mereka sedang membincangkan sesuatu.
"Eer makin lama makin besar eh korang ni"ujar Aileen dengan selamba dia mencium kedua pipi Tristin dan Tyler
"Mummy Leen janganlah"cemberut terus muka Tristin lalu dia bergerak ke arah Danish yang sedang memeluk Aireen
YOU ARE READING
[C] My Girl Is Ice Princess?!!
RomanceAileen Lai? Aireen Lai? Suzani Humaira? Huh, siapa tak kenal? Tiga gadis yang dingin dan selalu buat kecoh di sekolah. Bak kata orang, 'Ice Princess'. Baru ingin melangkah ke tingkatan 5. Tapi.. baru first day, ada tiga lelaki baru masuk ke sekolah...