Tokyo, Jepun
Seorang jejaka sedang tidur lena di atas katil yang empuk. Waktu pagi yang menyinari tidak diendahkan olehnya. Janji dia lena sudah.
Seorang gadis perut yang agak memboyot melangkah ke arah jejaka itu dengan kepala yang digelengkan beberapa kali.
Dia duduk di birai katil sambil mengusap perlahan perutnya. Tangan nya perlahan-lahan mengusap rambut jejaka itu dengan kasih sayang.
Merengek seketika jejaka itu apabila tidurnya diganggu oleh jari yang halus mengusap rambutnya. Matanya terus dibuka dengan perlahan dan terlihat seorang gadis tersenyum comel ke arahnya.
"Baby~"panggil jejaka itu dengan lembut
"Erm? "Terangkat keningnya melihat suami di depan mata
"Asal baby kacau abang ni hum? "Terkebil-kebil matanya melihat si isteri dan lantas dia membaringkan tubuhnya di atas paha si isteri
"Abang tu tidur tak ingat dunia! Tengok jam sekarang dah pukul berapa? Sila bangun wahai husband ku Tengku Iz Zikri"meleret Humaira berkata
"Sayang~nan ji desu ka? (Sekarang pukul berapa?) "tanya Zikri lalu membetulkan rambutnya yang serabai
"Dalam pukul 10 macam tu"jawab Humaira sambil menepuk bahu si suami
"Ouh,konnichiwa baby~ohayou gozai masu!o genki desu ka?(hello baby~selamat pagi! Apa khabar? "Tanya Zikri dengan selamba dia mencium perut Humaira dengan bertalu-talu
"Abang! Geli la"ujar Humaira lalu menolak kepala Zikri
"Abang"panggil Humaira dengan lembut
"Why? "
"arigatou(terima kasih)"ucap Humaira dengan tulus
"For?"
"Yala terima Maira seadanya i love you! "Ucap Humaira lalu dengan laju memeluk Zikri
"Sayang! "Tersentak Zikri apabila isterinya memeluk nya dengan erat
"Nasib tak jatuh! Karang kena perut senak kang"tegas Zikri berkata
"Sorry, dah cepat bangun mandi! "Terus Humaira menarik Zikri bangun dari baringannya
Zikri melangkah ke arah bilik air dengan langkah yang longlai. Humaira keluar dari biliknya lalu menuju ke ruang tamu.
Dia duduk di sofa sambil mengurut perutnya dengan lembut. Puan Suzana melangkah ke arah anak gadisnya lalu duduk disebelah Humaira.
"Mana Zikri?"tanya Puan Suzana dengan lembut
"Ada kat atas tengah mandi"jawab Humaira lalu mata melihat televisyen di hadapan mata
"Bila kamu nak balik malaysia? "Tanya Puan Suzana
"Ermm Raya pertama tengah hari baru balik mama"ujar Humaira lalu melentok kan kepala di bahu Ibunya
"Puasa tak hari ni? "Soal Puan Suzana lagi
"Puasa! "Jawab Humaira dengan teruja
"Mama nak pergi kemas dapur dulu la"ujar Puan Suzana lalu bangun dari duduknya
"Ermm Mama, Papa mana? Tak nampak batang hidung pun? "Soal Humaira dengan hairan
"Ouh papa kamu tu? Pergi kelab golf dengan member dia la"jawab Puan Suzana lalu meninggalkan Humaira sendirian disitu
Zikri turun ke bawah lalu terlihat susuk tubuh si isteri sedang melihat televisyen. Dia bergerak dan kepalanya di baringkan di atas paha Humaira.
"Lamanya abang mandi"ujar Humaira dengan pelik
YOU ARE READING
[C] My Girl Is Ice Princess?!!
RomanceAileen Lai? Aireen Lai? Suzani Humaira? Huh, siapa tak kenal? Tiga gadis yang dingin dan selalu buat kecoh di sekolah. Bak kata orang, 'Ice Princess'. Baru ingin melangkah ke tingkatan 5. Tapi.. baru first day, ada tiga lelaki baru masuk ke sekolah...