~Ramadhan ke 24~
Aileen sedang berjalan disekitar mall sambil diiringi oleh beberapa orang jejaka yang tampan. Aileen mengeluarkan sekeping kertas yang ditulis beberapa bahan untuk membuat kuih.
Aileen berhenti dan menoleh ke arah jejaka tampan. Terdapat satu troli berdekatan dengan mereka.
"So biy, James and Danish dengar baik-baik eh aku nak bagi senarai bahan kuih dekat korang "ucap Aileen dengan senyuman sinis
"Takkan kami tiga yang cari barang tu? Weyy aku mana kenal tepung tu semua"marah Danish tidak sengaja
"Yang kau marah bini aku asal? "Sergah Rayyan lalu mengetuk kepala Danish
"Damn"bisik Danish sambil menggosok kepala nya
"Jangan la gaduh! Ini arahan! Nah James ambil senarai ni, aku nak korang cari sampai dapat ok? "Arah Aileen dengan tegas
"Ni dah kira buli sayang! Habis tu sayang buat apa? "Tanya Rayyan dengan hairan
"Saya just cari bekas kuih saja~ok lah goodluck bye~~"Aileen meninggalkan mereka terpinga-pinga disitu
Disebabkan Aileen seorang sahaja yang mengikuti mereka jadi mereka terpaksa akur. Tiga jejaka tampan itu menolak troli sambil mulut terkumat-kamit mengatakan sesuatu.
Aileen bergerak ke arah tempat coklat. Matanya rambang memandang beberapa kepingan coklat.
Dia berjalan ke lorong tersebut sambil tangan ligat memasukkan beberapa bungkus coklat ke dalam bakul yang dipegang.
Lepas tu dia bergerak ke arah rak yang menjual roti. Tangannya dengan laju mencapai beberapa bungkus roti. Sekarang Aileen semakin kerap makan, dia pun tidak tahu kenapa.
Tiba-tiba telefon nya berdering menandakan ada panggilan masuk. Aileen menjawab sambil tersenyum.
"Hello Aileen! "Panggil suara di sana
"Yow nak apa? "Tanya Aileen sambil mata ligat memandang beberapa botol yogurt
Dia sebenarnya nak beli bekas kuih atau nak borong satu mall tu? Pelik-pelik
"Macam mana? "Soal Aireen ingin tahu
"Dorang tengah cari barang tu! Aku ada kat tempat lain"jawab Aileen tidak rasa serba salah
"Series la? Kau suruh Danish cari barang tu?! Wey dia pegang pun tak pernah! Inikan nak cari barang tu"tergelak sakan Aireen dalam panggilan itu
"Eleh macam la James tak tahu"ujar Aileen dengan geram
"Kau buat lawak ka wey? James pun belum tentu tahu semua tu"ketawa Aireen lagi
"Gelak la lagi biar terberanak terus"sindir Aileen selamba
"Mulut tu! "Keras Aireen berkata
"Leen"seru Sabrina dengan lembut
"Yer? "
"Kau ada kat tempat lain kan? "Tanya Sabrina dengan teruja
"Yala apahal? "Berkerut dahi Aileen seketika
"Good! Kau belikan aku strawberi! Tiba-tiba rasa nak mengidam pulak"pinta Sabrina dengan ketawa kecil
"Ok la nanti aku beli"jawab Aileen lalu kaki melangkah ke arah bekas kuih
"Cepat sikit beli! Nanti petang nak keluar beli baju raya pulak! "Pesan Aireen dengan perlahan
"Orait aku letak lu bye"ucap Aileen lalu mematikan panggilan
YOU ARE READING
[C] My Girl Is Ice Princess?!!
RomanceAileen Lai? Aireen Lai? Suzani Humaira? Huh, siapa tak kenal? Tiga gadis yang dingin dan selalu buat kecoh di sekolah. Bak kata orang, 'Ice Princess'. Baru ingin melangkah ke tingkatan 5. Tapi.. baru first day, ada tiga lelaki baru masuk ke sekolah...