#DendamUndukNgadau
#Episod1
#RenaNongYong
Selepas mengemas barang-barang di bilik asrama UMS untuk mula bercuti semester hari tu, sya terpaksa pulang kampung walaupun hari sdh malam sebab sya perlu mengambil tangkong (tali pinggang baju tradisi) di rumah nenek sya. Esok sya perlu menghadiri sesi rehasal penuh pertandingan Unduk Ngadau(pertandingan ratu cantik sempena Kaamatan) di salah satu mukim berdekatan kawasan bandar Kota Kinabalu.Saya pakai kereta Axia yang diberikan oleh kakak sya tahun lepas selepas dia beli kereta baru. Sebab tu sya akan buat apa sja untuk mendapatkan duit bikin bayar ansuran ni kereta sma bikin belanja sya di UMS.Termasuklah mengikuti pertandingan Unduk Ngadau ni sebab sya dengar hadiahnya RM10K.Siapa tidak mau kan. Maka pada hakikatnya, sya tidak faham-faham pun pasal ni Unduk Ngadau. Sya tidak rasa pun yang sya ni berbangsa Dusun dri Tambunan sebab sya di besarkan dengan budaya barat.Gaya urang putih,makan makanan urang putih,cakap urang putih,kira mau kawin urang putih.Tapi disebabkan desakan mau dapat duit, terjebak pla mau ikut ni Unduk Ngadau.Saya fikir senang sja mau jadi Unduk Ngadau ni macam fesyen show. Rupanya banyak yang saya lalui jalan cerita yang seram tetapi cukup memberi pengajaran kepada sya supaya menghormati budaya dan tradisi tinggalan nenek moyang kita...Mungkin kamu pikir sya anak urang kaya sebab gaya hidup sya macam urang putih.Kamu pikir yang kaya sjakah ble hidup gaya urang putih? Tobirang sja tu. Bukan susah pun hidup macam gaya urang putih, kasi warna rambut, pakai lensa mata coklat atau biru, cakap slang urang putih walaupun tidak lancar pun cakap Inggiris. Tapi sya mimang kakak sya cakap Inggiris dari dia mula jaga sya sampai sekarang.
Nama sya Janifer Lawbrain atau nama pemes di kampus JLO (otak undang-undang). Bukan Low brain ar (otak rendah).haha. Sya tidak kenal pun siapa Lawbrain ni. Dia ni adalah kawan kakak sya semasa belajar di luar negara ambil degree undang-undang yang akhirnya berkahwin dengan kakak sya tetapi dia bliang kakak sya,3 bulan sja durang punya perkahwinan bertahan lepas tu suami dia tinggalkan dia balik UK. Syukur, sempat jugalah dokumen pengambilan anak angkat sya siap ditandatangan dan sempat dapat surat beranak. Sebab tu nama sya kna kasi bin nama tu urang putih.
Kakak sya si Lizda , seorang peguam. Dia adalah anak mama sya bersama suami pertama dia yang telah meninggalkan dia pg UK. Si kakak Lizda yang masa tu baru berumur 6 tahun di bawa oleh bapanya tanpa pengetahuan mami kami.Lepas tu tidak balik-balik. Ini semua gara-gara nenek sya (ibu mama sya) tidak mahu mama sya ikut bapa sya yang bekerja di UK.Setelah bapa kakak sya meninggal kerana serangan jantung, kakak sya pulang mencari mami tetapi mami pun tidak tahu pigi mna sdh.Lama sdh hilang.Dia telah tinggalkan sya di rumah anak yatim dengan sepucuk surat yang menyatakan bahawa dia amanahkan sya kepada nenek sya.Tetapi bila kakak sya pulang Malaysia dan mendapat tahu yang dia ada adik, diapun ambil sya dan menjaga sya bersama suami dia Mr.Lawbrain yang akhirnya meninggalkan kakak sya.
Kakak saya mempunyai syarikat guaman persendirian. Hidup kami sederhana sja tetapi dia menjaga sya seperti anak dia. Dia besarkan sya dengan penuh kasih sayang walaupun dia tidak tahu adakah sya ini anak halal atau haram mami sya yang tidak tau di mna sekarang.Dorang nenek sya ada cari mami sya 20tahun yang lalu tetapi tiada perkembangan sehingga sekarang.Semua pun diam sudah tidak lagi ada pencaraian dilakukan.Tutup kes sdh.Apapun sya bersyukur sebab mami sya tidak buang sya di dalam tong sampah, sungai ,tingkat 3 bangunan atau kasi karas di peti ais.Sya masih hidup.Syukur.😇Baiklah, sya teruskan cerita tentang perjalanan sya ke kampung nenek sya untuk mendapatkan tangkong tinungkusan (tali pinggang traditional warisan turun-temurun)mami sya.
Sejak dari kecil sya tidak pernah pulang di kampung nenek sebelah mami sya.Lagipun kakak sya macam tidak berapa pedulikan nenek sebelah mami.Entah kenapa.Durang pun tidak pernah cerita apa-apa sama sya.Walau bagaimanapun, kakak tidak larang sya pulang kalau sya mahu.Paling-paling, nenek yang datang jumpa kami di rumah kakak sya. Sekarang nenek sya sdh telampau tua.Dia tidak lagi larat naik bas mau pg KK.Sakit sudah pinggang dia lama di dalam bas.

ANDA SEDANG MEMBACA
DENDAM UNDUK NGADAU (Printed as Novel Book)
Misterio / SuspensoNovel Dendam Unduk Ngadau *290 ms 40+ Bab versi Novel Drama *RM35+ pos RM8(ss) 10(SM) #TqForSupportingSabahanWriter. #watsap 0109454580 untuk pembelian. Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak perempuan Unduk Ngadau yang mempunyai kebolehan unt...