SETULUS NAWAITU

15 3 1
                                    

  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Saya mulakan usaha mencoretkan beberapa buah nota sebagai koleksi karya berjudul  Kata Hati  ini dengan rasa rendah diri dan sedar pada kelemahan diri sendiri. Betapa sebagai seorang hamba, saya mengetahui bahawa sebenarnya saya juga sangat lemah dalam mengawal emosi, mendengar kata hati dan memujuk hati. Namun, kelemahan bukan alasan kerana ia adalah fitrah setiap insan. Allah ada untuk kita sentiasa meminta dan memohon kekuatan. Dosa dan kesilapan juga tidak sepatutnya buat kita menjauh daripada rahmat Tuhan, bahkan sepatutnya buat kita kian mendekat kepada-Nya demi meraih pengampunan.

  Benar. Tidak layak rasanya untuk saya menitipkan sesuatu seperti ini. Namun seperti sabda Baginda SWT sampaikanlah ilmu meskipun sebaris cuma. Maka atas kesedaran itu, saya bermujahadah juga untuk terus menyebarkan kebaikan dan saling berpesan-pesan. Barangkali secebis peringatan ini bakal berguna buat seorang dua yang membacanya. Barangkali secebis pesanan ini mampu membantu saya juga untuk terus bermujahadah menongkah arus dunia. Maka, Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah kerana memberi peluang seperti ini untuk sama-sama kita berkongsi usaha dan cerita dalam mengendalikan perasan dan emosi.

  Buat pembaca dan sahabat-sahabatku semua, selamat berdepan dengan ujian demi ujian dalam hidup ini dan selamat bermujahadah memujuk hati sendiri. Semoga Allah menganugerahkan tautan kasih sayang buat kita semua dan melorongkan jalan ke syurga-Nya daripada asbab ukhuwah yang terbina In Shaa Allah ...

  ... Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita .... (At-Taubah 9: 40)

Kata HatiWhere stories live. Discover now