ALLAH BERSAMA KITA

11 1 0
                                    

Sahabat-sahabatku yang baik, barangkali pada satu ketika kita akan diuji dengan rasa kecewa kerana sesuatu perkara baik yang sedang diusahakan tidak mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Tabahlah. Mereka tidak dapat menyakiti kita jika Allah tidak izinkan.

Maka, jika hati kita sakit juga, jika kita marah juga, itu tandanya Allah yang mahu begitu. Justeru, cubalah bertahan. Sedar. Inilah yang dinamakan ujian. Allah mahu uji kesungguhan kita dalam membuat kebaikan. Allah mahu tengok sejauh mana kita yakin pada pembalasan. Jika kita yakin kita sedang berbuat baik, teruskan. Kebaikan tetap akan kembali sebagai imbalan.

Jangan pedulikan kata-kata negatif. Jangan terlalu sensitif. Jangan marah mereka yang mengata kita. Jangan terlalu mudah berkecil hati dengan orang yang memperkecilkan usaha kita. Mereka itu hanya 'alat-Nya' sahaja. Allah sebenarnya yang mahu menguji kita. Allah mahu memberikan kita limpahan pahala yang berganda-ganda atas niat kebaikan kita, atas usaha kita melaksanakannya dan atas kesabaran menempuh halangan yang sengaja didatangkan oleh-Nya. Yakin. Jangan mudah berputus asa.

Orang Mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar menghadapi gangguan mereka itu lebih besar ganjarannya daripada orang Mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar menghadapi gangguan mereka. (Riwayat Tirmizi, Bukhari, Ahmad, dan Abu Nuaim)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ingat Janji Allah

Masalah kita tidak seberapa,
Tidaklah besar,
Kalau dibandingkan dengan
Daya upaya kita yang sebenarnya.

Sabar.
Ikhtiar.
Jangan terlalu memperbesar-besarkan
Masalah yang ada,
Jangan terlalu memperkecil-kecilkan
Kemampuan kita,
Ingat janji Allah,
Antara yakin dan pasrah,
Antara tawakal dan redha,
Pujuk hati untuk percaya,
Kita akan berjaya melepasinya."

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Kata HatiWhere stories live. Discover now