Bab 1

790 16 2
                                    

Mikhael bercangkung di balik dinding yang kosong itu sambil memerhatikan sekeliling kawasan.

Clear.

Dia berjalan sedikit perlahan untuk mengelakkan sebarang bunyi. Nafasnya tidak teratur menahan debar di dada.

"Aku dah masuk" katanya pada Asyraf melalui penghubung suara kecil yang diletakkan di tepi telinganya.

"Berapa orang semua sekali?"

Mikhael mengintai sedikit di balik dinding.

"Dalam tujuh orang"

"Budak yang kena culik ?"

" Sorang je. Perempuan"jawab mikhael sedikit berbisik.

"Aku dah cakap kalau kau lambat aku pancung budak ni !!" Jerit lelaki tua pada telefonnya.

Aku melihat  budak itu sudah menaggis ketakutan. Mulutnya dilekatkan oleh seletep berwarna hitam.

Aku memerhatikam anak - anak buahnya. Di belakang baju mereka semua mempunyai pistol.

"Mikhael kau jangan buat apa- apa sampai yang lain datang!! Kau dengar tak??!!" Asyraf menjerit di balik penghubung suara itu.

Asyraf aku abaikan. Fokus aku sekarang ini terhadap orang tua itu.

"Diam lah bodoh"!

Pipi budak perempuan itu ditampar kuat. Dan makin galak lah budak itu menaggis

"Yang lain datang bila?" Soalku pada asyraf tanpa mengalihkan sedikit pon tatapannya pada lelaki tua itu.

"Dalam 3 minit kau sabar kejap!"

"Lambat" kata Mikhael sejerus mencabut menghubung suaranya itu.

"Mikhael!!! Mikhael!! Kau jangan nak buat kerja gila!! Mikhaell!!!"

Panggilan asyraf aku abaikan. Topi hitam yang elok terletak dia atas kepala aku betulkan. Aku tarik nafas dan hembus untuk menenangkan diri sebelum beraksi.

"Semuanya akan ok Mikhael. Kau pernah buat benda ni" kataku perlahan memberi kata - kata semangat.

BANG

BANG

BANG

Tiga das tembakkan aku lepaskan kearah lampu untuk mengelapkan lagi tempat tersebut.

"Woi siapa tu?!!!" Jerit salah seorang dari mereka.

Aku sandarkan tubuh aku pada dinding. Sumpah aku tak nampak apa apa pon sekarang ni melaikan kedengaran derapan kaki menghampiri tempat di mana aku bersembunyi.

Dan aku memilih keputusan yang bodoh iaitu terus menyerah.

Aku terus keluar dari dinding dan menembak sahaja.

Aku mendengar ada yang menjerit maknanya sasaran aku tepat.

Dulu aku pernah dilatih menembak sambil mata aku ditutup oleh kain berwarna hitam. Selama 3 tahun aku dilatih. Mungkin bagi orang lain macam sekejap tapi tak bagi aku. Latihan itu boleh buatkan aku jadi gila. Dan aku tak tahu macam mana aku boleh tahan hingga ke saat ini. Ini impian aku ini cita- cita aku ini yang aku mahu. Menjadi seorang anggota polis yang mempunyai pangkat yang besar.

"Arh...umm" suaraku cubaku tahan bila satu peluru terkena pada bahu kiri ku.

Shit!

Berbekalkan cahaya bulan yang merembasi tingkap aku mengesot ke tepi secara senyap ke arah mangsa yang dari tadi menaggis ketakutan.

Perempuan itu memandang ke arahku dengan matanya yang berair. Aku letakkan jari telunjuk dibibir mengarahkannya jangan bergerak. Dia hanya mengangguk.

Lelaki kiriman TuhanWhere stories live. Discover now