BAB 6

312 11 0
                                    

Permandangan yang dilihat oleh seseorang dari bangunan tingkat atas terserlah apabila dia menyelak langsir yang menutupi tingkap kaca yang lebar itu.

Suhu biliknya sejuk sehingga ke tulang. Lelaki yang hanya duduk di atas kerusi kayu itu hanya menghadap ke arah tingkap kaca itu menikmati pemandangan malam.

Wajahnya tenang menantikan seseorang.

Kedengaran bunyi ketukan dipintu menyebabkan lamunan nya terhenti.

"Kami dah jumpa" kata salah seorang lelaki berkot hitam itu.

Senyuman sinis terhias di wajahnya. Fail berwarna coklat yang baru sahaja di letakkan di atas meja dicapai.

Tanpa perlu mengeluarkan suara lelaki lelaki yang berkot hitam itu telah pergi meninggalkan bilik tersebut.

Kertas yang ada di dalam fail tersebut dikeluarkan. Terpampang wajah seorang yang sudah lama diperhatikan. Dia tersenyum sinis.

"Mungkin mustahil untuk hapuskan kau. Tapi belum cuba belum tahu Irhan" katanya sendiri sambil menatap gambar tersebut dengan riak wajah yang tidak dapat ditafsirkan.





_______________________________

Suasana zouk club sangat bising dengan suara manusia yang melalak dan lagunya yang dipasang kuat sehingga mahu tercabut telinga nya.

Mikhael dan Asyraf duduk di meja yang terletak hujung jauh daripada penglihatan orang ramai. Memerhatikan seseorang.

"Sampai bila kita nak duduk sini? " tanya mikhael dengan wajah yang mencuka.

Dia tidak suka tempat bising seperti ini lebih lebih lagi ramai perempuan yang berpakaian menjolok mata. Tak cukup duit ke nak beli baju? Kain buruk terkoyak tu lah yang duk tersarung dekat badan.

Mikhael mengeluh kecil.

"Sampai kita dapat tangkap dia" balas Asyraf masih menatap ke arah lelaki tersebut tanpa mengalihkan pandangan sedikit pun. Apa lah yang diaorang duduk bisik tu.

Asyraf menyembunyikan wajahnya di balik surat khabar yang baru sahaja dibeli nya tadi.

Siapa gila yang baca surat khabar dekat tempat macam ni? Lagi lah orang tu syak bukan bukan. Nak sembunyi pun agak agak lah.

Mikhael menampar dahinya. Penat dengan sikap kawannya itu.

"Wei dia dah gerak " Aayraf tiba-tiba bangun dan menarik tangan Mikhael untuk bergerak sama mengikuti lelaki itu.

Sampai sahaja di lorong belakang. Kelihatan lelaki itu di jemput oleh sebuah kereta berwarna hitam.

"So apa plan kau? " soal Mikhael. Mereka sudah bersiap sedia dengan pistol yang digenggam di tangan .

"Kali ni tak ada plan" belum sempat Mikhael menahannya Asyraf terlebih dahulu keluar daripada tempat persembunyian mereka. Malam ini dia mesti menangkap lelaki itu.

"Jangan bergerak! " kata Asyraf dengan lantang. Pistolnya diacukan ke arah lelaki tersebut.

Mikhael yang masih tidak keluar di sebalik dinding hanya menunggu

Aik senyap je? Tak ada bunyi peluru pun. Tanpa menunggu lama Mikhael keluar dari sebalik dinding tersebut.

Terkejut dia melihat lelaki itu tidak keseorangan. Asyraf hanya berdiri kaku di situ.

"Apahal kau tak cakap diaorang ramai? " bisik Mikhael kepada Asyraf.

Mereka tersenyum kambing ke arah beberapa orang lelaki bertubuh besar itu.

Lelaki kiriman TuhanWhere stories live. Discover now