Skrin telefonnya di tatap sekali lagi untuk melihat alamat yang diberikan oleh Mikhael sebentar tadi."Betul ke yang ni? " soalnya sendiri.
Apa apa jelah. Kalau salah rumah cakap jelah sorry kan?
Kawasan apartment yang berada di tingkat 18 itu dipandang kiri dan kanan. Sunyi. Biar betul dia ni nak aku masuk ke bilik dia? Kalau kena tangkap basah macam mana. Mahunya ibu gantung aku kat atas kipas. Kepalanya di geleng membuang fikiran yang bukan bukan.
Takde apa lah. Kau masuk je lepas dah cuci darah, kau keluar lah. Ha senang. Tapi kalau orang lain nampak macam mana.
"Kau memang nak berdiri kat sini sampai maghrib ke? "
Terhinjut bahu Raisya. Dia hanya mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Sejak bila mamat ni bukak pintu?
Mikhael membuka pintu seluas luasnya. Membenarkan gadis ini masuk. Kelihatan Raisya teragak-agak untuk masuk ke dalam biliknya.
"Jangan risau kita tak akan kena tangkap basah" kata Mikhael datar.
Berubah riak wajah Raisya. Macam mana dia tahu? Dia boleh baca fikiran aku ke? Ee seramnya Mamat ni.
Raisya melangkah masuk dengan perlahan. Dia memerhatikan sekeliling apartment milik Mikhael. Kemas. Dia duduk sorang ke? Atau dia dah ada isteri? Asal kemas semacam je?
Sedar akan keterlanjurannya yang sedang asyik memerhati segenap ruang apartment ini. Dia mencari susuk tubuh Mikhael.
Kelihatan Mikhael bersandar pada sofa dengan matanya yang tertutup.
Raisya melihat ke arah pintu yang terbuka luas. Lega sedikit.
Tubuh yang lesu itu didekati. Alat alat untuk membersihkan luka yang dibawanya di letak kan di atas meja.
"Kenapa awak tak pergi je hospital?" soal Raisya sambil tangannya lincah membuka pembalut luka.
"Kenapa kau bagi aku kad kau? Aku ingat aku boleh je panggil kau bila aku 'perlu'" perlinya. Perkataan 'perlu' saja ditekankan.
Apa? Kau ingat aku sentap ke? Itu aku suruh call bila dah nazak sangat, tak boleh nak bergerak. Ni molek ada je. Jelingan tajam diberikan.
Suasana diam seketika. Awkward nya. Dia ni memang tak pandai nak berborak ke? At least buat kan lah aku air.
"Awak duduk sorang je ke? " soal Raisya sekadar ingin mencari topik perbualan.
"Kenapa? Kau nak duduk dengan aku ke? " tanya mikhael sambil matanya terpejam tetapi masih dapat melihat senyumanya.
Jarang jarang senyum.
Raisya hanya mengabaikan. Dia lebih fokus terhadap jahitan pada bahu Mikhael.
Raisya memerhati wajah bersih milik Mikhael. Keningnya tebal dan kening kirinya tercoret sedikit memperkuat lagi aura lelaki ini. Hidung nya tidak begitu macung hanya elok sahaja terletak. Kulitnya tidak begitu gelap dan tidak begitu cerah. Rambutnya yang kelihatan serabai dari sebelum sebelumnya menampakkan lagi kekacakanya.
Sedar atas kelakuannya, cepat cepat Raisya mengalihkan pandangannya
"Dah siap. Ok lah kalau tak ada apa apa saya balik dulu lah "kata Raisya sedikit kalut
Belum sempat Raisya keluar dari situ, Mikhael bersuara
"Kau diam tadi maksudnya ye lah kan? " soal Mikhael dengan wajahnya seperti kanak kanak yang tidak tahu apa apa. Innocent.
Jantung Raisya mula memainkan peranan.
"Siapa entah nak duduk dengan dia. Nanti hari hari saya nak kena bersih kan luka awak. Tak nak lah saya" katanya agak laju untuk menutup kegugupan.
"Ok lah bye Assalamualaikum "
Bayang bayang Raisya sudah hilang dari penglihatannya.
"Eleh kau jual mahal. Kalau kau tak duduk dengan aku pun kau kena cuci darah aku" omelnya sendiri
Mikhael tersenyum. Bukan dia tidak perasan gadis itu memerhati kan wajahnya. Pintu yang sudah ditutup dipandang sepi.
Aku tak hidangkan dia air ke tadi?
_________________________________
Tubuh yang letih itu dibaringkan di atas sofa. Jam menunjukkan pukul 1 pagi.
"Awal kau balik "
"Kau tak payah nak perli aku " kata Asyraf tanpa memandang ke arah wajahnya.
Mikhael melabuhkan punggung di atas sofa memerhati kawanya yang keletihan. Macam tak biasa kerja lebih sikit.
"Kau jumpa dah ke. Ni berapa haribulan dah ni. Kalau Tuan marah kau jangan nak libat kan aku"
Asyraf membetulkan kedudukannya dari baring terus tegak.
"Apahal pulak tak boleh libat kan kau? Kata kawan" katanya mempamerkan riak bengang.
"Dia bagi kerja ni kat kau. Lagi pun lama dah kan sebelum kita selesaikan kes ayah Nadia lagi"
Jelas wajah Asyraf serabut. Mana tak nya siang malam duk buat kerja ni apa pun tak ada.
"Aku jumpa dah dia tapi aku tak tahu benda tu dia sorak kat mana. Aku malas lah nak bagi arahan tangkap dia sebab nanti kita tak berjaya dia tahu lah selama ni polis ikut dia lepas tu dia lebih berjaga jaga " terang Asyraf lebar.
Kenal sangat dengan sikip kawannya itu yang lebih berjaga jaga dan suka merancang strategi. Tapi kadang kadang tindakan nya agak lambat. Tapi dia tahu Asyraf mampu untuk menangkap lelaki itu.
"Tadi masa aku lalu depan sini. Aku nampak Raisya baru keluar dari sini. Dia buat apa kat sini tak pernah nampak pun"
"Tak akan lah rumah dia kat sini jugak. Kalau tak mesti lah kita tahu kan? " sambungnya lagi.
Mikhael hanya diam tidak terasa hendak menceritakan bahawa gadis itu ada datang ke sini.
Teh yang baru saja dibuat dihirup sedikit.
"Ke dia ada singgah sini?" teka Asyraf.
Prufff!!
Tersembur air dari mulut nya.
"Betul kan dia ada singgah sini? Kau jangan buat benda bukan bukan " kata Asyraf sambil menundingkan jarinya ke wajah Mikhael
Walaupun dia tahu Mikhael bukan seperti itu dia sengaja mahu menyakat. Melihat wajah kalut Mikhael membuatkan dia terhibur.
"Buat benda gila?? Dia datang bersih kan luka aku je"
"Ye ke ni? "
Mikhael mengangguk mempamerkan wajah innocent nya.
Tergelak besar Asyraf. Hilang segala penat nya.
"Dah ahh aku nak mandi lepas tu aku nak tidur "
"Pergi ahh kau dasar busuk. Busuk badan busuk hati pulak tu" ayat terakhir di perlahan kan.
"Aku dengar!! "
Tergelak kecil Mikhael. Ingat kan kawan nya pekak.
Actually saya rasa cerita ni cringe🤣 tapi sebab bosan saya tulis je lahhh🤣🤣🤣 bab ni rasa macam pendek. Bukan rasa tapi memang pendek 😀
YOU ARE READING
Lelaki kiriman Tuhan
RomanceFIRST BOOK! "This is my one and only lie you don't have to wait for me" Ni sinilah kisahnya bermula diantara cinta dan tugasnya. Kedua- dua adalah nyawanya. Tersilap langkah kau akan kehilangan semuanya.