Raisya hanya termenung. Lepas saja dia mengerjakan solat Isyak dia hanya duduk di birai katil.
Dia termenung sehingga tidak perasan ada seorang yang masuk ke dalam bilik nya.
"Sya"
Terhinjut bahu Raisya mendengar suara itu. Terus dia memalingkan wajahnya ke arah pintu.
"Abang? Bila abang balik? Sha tak dengar pun? " katanya sedikit tercengang.
"Mana nak dengan, sya asyik termenung nya. Sakit tekak ni duk panggil nama dia" kata Naim. Jelingan yang dibuat buat dihadiahkan kepada Raisya sengaja mahu menyakat adiknya ini.
Raisya hanya tersenyum kecil. Malam ini dia tidak mempunyai mood untuk bergurau.
Naim perasan akan raut wajah adiknya.
"Termenung ke siapa? Buah hati ke? " sakat Naim lagi.
"Mana ada lahhh!! "
"Dah tu? Ibu ayah? "
Raisya tidak merespon.
"Diaorang okey jelah. Jangan lah risua" kata Naim cuba melegakan hati Raisya.
"Sabtu ni abang teman sya pergi majlis tu "
Terus bersemangat Raisya mendengar apa yang diperkatakan oleh abangnya.
"Betul ni?? "
Hanya anggukan diberikan.
Naim suka melihat adik nya tersenyum kerana dia.
Haih terasa berat pulak hati ini ingin melepas kan dia berkahwin suatu hari nanti.
________________________________
Suasana dewan mewah itu bising dengan suara suara manusia. Aluanan piano kedengaran di cuping telinganya.
Mikhael hanya melihat muka muka orang yang hadir ke majlis ini.
Typical orang kaya.
Dia tergelak sinis.
Nadia entah hilang kemana. Dia kata dia ingin berjumpa dengan rakan rakan papanya.
Dia tidak selesa bersama disini. Bukan dia tidak perasan dia telah menjadi tumpuan para gadis di sini sejak dia datang lagi.
Rimas.
Mikhael mengeluh panjang untuk sekian kalinya.
Mikhael memandang ke sengenap dewan mewah tersebut sehingga mata dia tertancap pada satu arah.
Reaksi terkejut cuba dikawal. Jantung mula memainkan peranan.
Suasana riuh rendah tidak lagi dihiraukan. Matanya lebih tertarik pada perempuan yang hanya duduk di kerusi dengan mukanya jelas menunjukkan dia bosan berada di sini .
Mikhael menogkatkan dagunya memerhatikan segenap wajah manis milik Raisya.
Bagaikan terhenti masa sepasang mata yang indah itu juga turut memandang ke arahnya.
Jelas riak muka Raisya terkejut apabila melihatnya.
Mikhael tidak terasa mahu mengalihkan pandangannya walaupun sudah tertangkap oleh Raisya.
"Err awak" Mikhael mengalihkan pandangannya di sisi.
Kelihatan seorang perempuan yang memakai gaun mewah berwarna peach berdiri di sebelahnya.
Mikhael mengangkat kening tanda 'ha nak apa? '
Sesekali perempuan itu mengaru kepala nya yang tidak gatal dan memandang ke arah sekumpulan perempuan yang dari tadi memandang ke arah kami.
Kawan kawan dia mungkin.
"Nama saya sarah " huluran salam diberikan.
Mikhael buat endah tidak endah. Sisa air oren tadi dihabiskan.
Perempuan itu menarik semula tangannya bila dia sedar yang Mikhael tidak akan menyambut salamnya.
"Kawan saya suruh mintak no telefon awak" katanya tersipu malu. Sesekali bibir bawahnya di gigit.
Pandangan Mikhael lurus ke hadapan. Sedikit pun tidak memandang ke arah wajah perempuan itu.
Kelihatan Raisya masih memerhati.
Tiba-tiba idea bernas terlintas di fikiran.
Mikhael memberikan senyuman yang cukup manis kepada perempuan itu.
"Nampak tak perempuan tu? " soal Mikhael sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah Raisya.
Sarah mengantukkan kepalanya.
"Dia bakal isteri saya" kata Mikhael ringkas.
Berubah muka sarah mendengar apa yang dikatakan oleh Mikhael.
Makin lebar senyuman Mikhael melihat wajah cemberut perempuan itu.
Tanpa menunggu lama terus Mikhael bangun dan meluru keluar dari dewan itu, tanpa pamitan daripada Nadia. Nanti pandai pandai lah dia call.
Sekarang ni yang dia tahu dia nak balik.
___________________________________
Raisya memerhati tubuh yang sudah keluar dari dewan.
Matanya memandang ke arah sekumpulan gadis yang berbisik bisik dan sesekali memandang ke arahnya.
Mengumpat aku lah tuu. Kalau tak puas hati cakap lah depan depan.
Jelingan tajam diberikan.
Apa lah yang si Mikhael tu cakap sampai si pontianak pontianak tu duk jeling jeling aku.
Si abang ni pun satu. Tak reti reti nak balik ke? Dah pukul berapa dah ni.
Aku penat.
Raisya bangun untuk keluar. Dia ingin menghirup udara yang segar. Dalam masa yang sama dia ingin lari dari terus menjadi tumpuan gadis gadis itu.
______________________________
Angin malam menyapa wajahnya. Terasa tenang. Bintang jelas kelihatan di permukaan langit. Bulan cantik menyinari bumi.
Telefon jenama IPhone dikeluarkan dari handbagnya.
Camera dibuka. Dia ingat mengambil gambar pemandangan yang cantik ini. Tersenyum dia melihat gambar yang baru saja diambilnya.
Rambut yang serabai ditiup angin itu diselaknya di belakang telinga.
Entah macam mana dia tiba-tiba teringat akan si lelaki itu.
Dia tidak boleh menipu dirinya bahawa lelaki itu mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Wajahnya yang membeku itu membuat kan Raisya tertanya tanya bagaimanakah sosok sebenar lelaki itu.
Masih segar di ingatannya bagaimana lelaki itu mengatakan bahawa dirinya ini adalah miliknya. Tanpa sedar senyuman telah terukir dibibirnya.
Raisya mula sedar dan menggelengkan kepalanya untuk membuang wajah mikhael di fikirannya.
Tetapi dia dapat merasakan bahawa dia pernah berjumpa dengan Mikhael sebelum ini. Cuma dia tidak ingat di mana.
Mungkin rupa orang tu sahaja yang sama dengan Mikhael? Entah lah.
YOU ARE READING
Lelaki kiriman Tuhan
RomanceFIRST BOOK! "This is my one and only lie you don't have to wait for me" Ni sinilah kisahnya bermula diantara cinta dan tugasnya. Kedua- dua adalah nyawanya. Tersilap langkah kau akan kehilangan semuanya.