"Irhan!!! Kamu nak lari mana?!! " terjerit perempuan yang berumur dalam lingkungan 30-an itu.
Budak lelaki yang berumur 12 tahun itu berlari di sepanjang koridor. Mata mata pelajar lain tidak dihiraukan.
Semua sudah kenal akan perangainya yang suka membuat masalah dengan guru guru di sekolah itu.
"Kejar lah kalau boleh werlk" budak itu menjelirkan lidahnya sambil kakinya terus berlari. Dia sengaja mahu menaikan lagi kemarahan guru tersebut.
Dia melihat ke belakang, gurunya masih mengejar. Dia masuk ke dalam kelas yang berdekatan dan almari buku ditujui. Pintu almari itu dibuka dan dia meloloskan tubuh kecilnya kedalam almari tersebut.
Dia mengintai sedikit di balik pintu almari sama ada gurunya masih ada di situ.
"Awak buat apa ni? " terhinjut bahu budak lelaki itu apabila mendengar suara perempuan yang turut bersembunyi di dalam almari tersebut.
Dia dengan cepat cepatnya membuka almari tersebut untuk melihat siapa yang berada di sebelah nya.
Nafas lega di lepaskan apabila melihat wajah manis Raisya.
"Saya tanya ni awak buat apa kat sini? " soalnya lagi. Raisya turut keluar dari almari tersebut.
"Suka hati aku lah nak buat apa pun. Sibuk je" katanya sambil menjeling wajah Raisya.
Raisya hanya diam dan memerhati segenap wajah milik Irhan. Sudah 6 tahun dia berada di bangku sekolah bersama sama Irhan. Dan 6 tahun juga mereka satu kelas dan tetap duduk bersebelahan di dalam kelas.
Selama 6 tahun ini dia sudah mengetahui sikap Irhan yang keras kepala dan suka membuat onar di sekolah. Guru dan juga pelajar di sekolah sudah cukup mengenali nama dan wajahnya.
"Kau buat apa kat dalam ni? " soal Irhan tanpa memandang ke arah wajah Raisya.
Raisya tersenyum kecil. Walaupun sikap Irhan seperti ini, selama mereka berkawan Irhan selalu menjaga nya. Tidak ada seorang murid pun yang berani menyentuh Raisya apabila Irhan berada di sisinya.
"Saja duduk dalam tu" kata Raisya mempamerkan senyuman.
"Kau tahu tak kalau kau duduk dalam tu kau kena culik dengan hantu?! " berubah wajah Raisya. Raisya menggeleng kan kepalanya menandakan dia tidak tahu.
"Lepas ni kau jangan duduk dalam tu dah. Faham?! " kata Irhan. Dia sengaja mereka cerita seperti itu. Mana ada hantu dalam dunia ni. Dia cuma tidak mahu Raisya duduk di dalam tempat yang sempit seperti itu.
Raisya hanya menganggukkan kepalanya.
"Dah jom masuk kelas" tangan Raisya dicapai dan digenggam untuk menuju ke kelas.
Raisya terasa bahagia apabila melihat tangannya di pegang erat oleh Irhan. Dia tersenyum kecil. Irhan selalu melindunginya dan itu membuat kan dia berasa lega mempunyai Irhan di sisinya.
______________________________
"Saya nak ni, ni haa lepas tu nak ni tapi yang ni saya tak nak pedas sangat"
Mikhael hanya menongkat dagu melihat Asyraf yang sedang memesan makanan di menu. Selepas mereka penat berlari dan Asyraf sudah berjaya mengambil semula telefon nya dia mengajak Mikhael untuk singgah makan.
"Kau order banyak banyak ni habis ke? " soal Mikhael. Menu yang berada di hadapan nya sudah di ambil semula oleh pelayan apabila Asyraf sudah selesai memesan makanannya.
YOU ARE READING
Lelaki kiriman Tuhan
RomanceFIRST BOOK! "This is my one and only lie you don't have to wait for me" Ni sinilah kisahnya bermula diantara cinta dan tugasnya. Kedua- dua adalah nyawanya. Tersilap langkah kau akan kehilangan semuanya.