RINGG!!!
Aku hampir tergolek dari katil. Dalam keadaan mamai, jam di pergelangan tangan kubelek. Tepat lapan setengah pagi. Syela di sisi terkebil-kebil menggenyeh biji mata sebelum bangun dari baringan.
"Oi! Tak nak masuk dewan ke? Dah lapan setengah ni," suara Nita singgah di pendengaran. Sengihnya muncul di pandangan.
Setelah mata mampu dibuka, barulah aku terlihat tingkah teman-teman. Sedang bersiap mahu ke dewan sambil mereka ketawa tak henti.
"Lahabau kau, Nita!" aku terjun dari katil mengejar. Berhamburan mereka lari dengan tawa yang makin bergabung.
"Oi! Apasal tak kejutkan aku?!" aku menjerit di depan pintu bilik.
"Ala... rilekslah Mira. Kata hari ini hari jadi kau. Happy April Fool! Bye!" Nita ketawa terkekeh diikuti yang lain sebelum mereka berlalu.
"Aprilfool hotak kau!" aku berlari masuk ke dalam. Syela di katil kembali menarik selimut.
"Oi! Bangunlah. Dah lapan setengah! Ke kau teringin nak berjemur dekat padang jadi sotong kering?" jerit aku kuat. Tangan mencapai tuala lalu berlari ke bilik mandi.
Syela terpisat-pisat melihat jam sebelum terjun dari katil. Terkocoh berlari ke bilik air.
"APASAL kau tak alarm jam?"
"Dah! Aku tahu ini mesti kerja Nita. Aku tahu dia sakit hati dengan aku sebab aku menang semalam. Memang nak kena budak tu!" aku terjun ke tanah setelah memakai sneaker. Syela yang terkial-kial menjerit kecil menyuruh aku menunggu.
Kami masuk ke dewan tanpa sempat bersarapan. Mujur Encik Burn atau Encik Abu Bakar belum masuk. Terkekeh-kekeh Nita ketawa setelah melihat kemunculan kami. Samentelah terpandang wajah tegang aku.
"Siap kau!" jari ditunding bersama amaran.
Makin galak tawa Nita sambil dia menjelir lidah. Syela yang termengah menghampiri dengan muka cemberut. Marah kerana aku tinggalkan dia yang terkial-kial mengikat tali kasut. Kami bernasib baik kerana tiba dua saat lebih awal dari Encik Burn.
"Apasal tak tunggu aku?" Syela menarik cebik tak berpuas hati.
"Dahlah. Duduk," enggan melayan, aku tarik Syela ke kerusi kosong paling belakang.
Setelah Encik Burn masuk, sesi seminar dimulakan. Dua minit kemudian kedengaran pintu dewan diketuk. Empat puluh tiga pasang mata peserta segera beralih ke arah pintu itu.
"Baru sampai?!" Encik Burn bercekak pinggang dengan muka garang.
Dua orang peserta lelaki yang baru muncul tersengih-sengih sambil melangkah ke dalam dewan.
"Apasal lambat?"
"Kita... err... kami kena sabotaj, Encik Burn. Diaorang tak kejutkan kami," jawab lelaki yang bertubuh tinggi.
"Siapa yang nak sabotaj kamu? Jangan nak mengarutlah," marah Encik Burn.
Dia paling pantang kalau ada peserta lewat. Lebih baik ponteng terus dari menjadi pengganggu di tengah-tengah seminar yang berlangsung.
"Betul encik. Kita orang tak tipu. Dia orang semua saja nak kenakan kita orang. Aprilfool!" jawab teman kepada lelaki itu pula.
Serentak kesemua peserta yang berada dalam dewan meledakkan tawa. Kecuali aku dan Syela yang saling berpandangan. Tak sangka dua peserta lelaki itu juga terkena macam kami. Aprilfool! Memang betul-betul fool!
"Dah... dah... diam semua. Baiklah. Kali ini saya maafkan. Lain kali tidak. Duduk sekarang."
"Terima kasih, Encik Burn," kedua lelaki itu sengih-sengih sebelum kaki dihalakan ke kanan
"Eh..! Nanti dulu. Nak ke mana tu?" Encik Burn menyoal tiba-tiba.
Haikal dan Daniel yang terbejat langkah berpaling ke depan. Kemudian memandang satu sama lain. Encik Burn sedang tersengih bersama kening yang terjongket. Kelihatan sadis!
"Tadi encik suruh duduk," Haikal bersuara.
"Iye... betul. Tapi kat sebelah sana. Tu... kat belakang tu yang ada kerusi kosong. Silakan."
Daniel dan Haikal berpandangan sekali lagi. Aku dan Syela turut sama. Kening masing-masing hampir bercantum. Kedua lelaki itu terpaksa melangkah ke arah kami dengan sengih menyenget.
"Hai! Err... sorry ya kalau mengganggu," Haikal tersengih mempamerkan gigi putihnya yang tersusun. Punggung dilabuhkan ke sebelahku. Aku mengangguk teragak.
Seminar bersambung. Namun aku merasa terganggu. Apa tidaknya, kedua lelaki di sebelah asyik bercerita itu dan ini. Mengalahkan perempuan. Aku yang tak dapat menumpukan perhatian mula membara perasaan.
"Psst... hello!? Awak berdua boleh tolong diam tak? Saya nak concentrate ni," pandangan tercerun tajam. Haikal tersengih.
Asyik-asyik sengih!
"Iye ke? Kami mengganggu ke?" Daniel mendekatkan wajah. Spontan aku jauhkan kepala. Kalau tak, gerenti berlaga dahi.
"Err... kiranya macam tulah. Tolong ya, senyap sikit. Nanti saya terreport pulak. Tak pasal awak berdua kena marah."
Wajah Daniel berubah riak. Terus dia bangun bertukar tempat dengan Haikal. Aku tersentak dengan tingkahnya yang tak terduga.
"Eh! Apasal ni?" aku terkejut bukan sedikit. Tadi hampir berlaga dahi, kali itu hampir bertemu pipi.
"Awak... rileklah. Jangan marah-marah nanti hilang muka cun awak tu," Daniel sengaja mengusik.
"Dah tu janganlah bising sangat," gigi aku kedengaran berlaga.
"Okey. Sorry. Tapi saya boleh berkenalan dengan awak, kan? Saya Daniel. Awak?" tangan kanan Daniel terunjuk. Aku mula rasa jengkel.
"Syela," Syela pantas menyambut huluran itu.
Wajah Daniel kembali berubah riak sebelum dia tersenyum.
"Saya Haikal," temannya turut menghulurkan tangan. Bagai sedang berlangsung sesi kenal mengenal pula.
"Eh! Boleh tak korang bertiga diam!?" dengan ayat yang ditekan, aku pandang ketiga mereka silih berganti. Daniel yang sudah membaca kedinginanku mencebik bibir.
"Awak, janganlah sombong sangat," ujar dia tiba-tiba.
Aku? Sombong? Memang nak kena!
"Syela, kau duduk sini," tak mahu terus sakit hati dengan tingkah mereka, aku bangun bertukar tempat Syela. Hasilnya makin lebar sengih gadis itu yang ternyata memang suka.
"Eh! Awak. Janganlah macam ni. Saya cuma..." ayat tak mampu diteruskan. Wajah jelas menunjukkan riak kecewa.
"Tak kisahlah awak nak anggap saya sombong ke apa. I just want to concentrate. Lepas ni kita boleh berkenalan apa?" aku langsung tidak memandang.
Daniel jongket bahu sekali. Kekecewaan jelas terlihat di wajah. Benar kecewa dengan sikap aku yang dianggap sombong.
Lima minit berlalu tumpuan makin terganggu. Apa tidaknya. Syela pula yang melayan. Aku semakin bengang. Sudah merah muka menahan rasa. Baru saja aku mahu buka mulut memarahi mereka, Encik Burn terlebih dahulu memanggil Syela dan Daniel ke depan.
Syela dan Daniel terpaksa akur. Bangun dari kerusi lalu menuju ke depan. Kedua mereka didenda kerana bercakap sewaktu seminar berlangsung. Sejak detik itu Encik Burn mula padankan mereka. Bermula dari saat itu para peserta mula bercerita tentang Daniel dan Syela.
Saat itu barulah muncul kekesalan di hati. Kerana sikap dinginku, Daniel menjauhkan diri. Sedangkan dalam diam, aku akui diri ini mula tertarik pada lelaki itu.
Sehingga ke hari terakhir, Daniel dan Syela semakin rapat. Bahkan lelaki itu bagai sengaja mahu menyakitkan hati aku. Sengaja berkepit dengan Syela. Aku yang nyata kecewa hanya mampu memandang. Pertemuan pertama itu berakhir sedangkan hati kecewa yang amat.
![](https://img.wattpad.com/cover/163282760-288-k321680.jpg)
YOU ARE READING
© ANTARA KAU DAN DIA ©
Romance1st ShortStory by EYRA_SHAZLEYRA. Aku lebih rela memilih persahabatan walau hati kecewa kerana cinta yang tak kesampaian. # PLEASE DO NOT COPY! # FEEL FREE TO VOTE & COMMENT. # EyraShazleyra@Terpelihara