6 : Amira - She's Mine

280 16 0
                                    

AKU cuak giler. Siapa tak cuak? Lima tahun tak bertemu, dalam masa seminggu dah jadi suami isteri. Tak sempat aku nak reset perasaan, itu yang berlaku. Selepas keluarga Mak Esah datang merisik sekaligus meminang, Che Zizah mak aku buat keputusan aku dan Daniel akan dinikahkan dalam masa seminggu. Buat yang wajib dulu sebelum nak berkenduri kendara ke apa. Sebab Che Zizah kata aku ni dah masuk kategori anak dara tua.

Anak dara tua apa? Baru 25 tahun kot. Kalau anak dara tua tu umur tiga puluh.

Lima tahun tak bertemu, aku rasa aku dan Daniel macam baru kenal. Baru berkenalan. Tak pernah kenal sebelum ni. Macam kena kawin pilihan keluarga pun ya. Syela pulak dari tadi dengan sengih kerang busuk. Menempel di sisi tak mahu menjauh. Dan aku sekali lagi memecah tradisi, atau lebih tepat lagi mengulang adat melayu lama. Masa Tok Kadi tengah henjut tangan Daniel di ruang tamu, aku ada di dalam bilik tertunduk di birai katil bersama debar yang melanda dada.

"Cepat-cepat buat anak eh."

"Syela!" klepek! Peha temanku itu dipukul spontan. Terkejut dengan ayat tak bertamadun yang keluar dari mulutnya. Padan muka.

"Eleh. Malulah pulak. Menyampah, tau tak," Syela menolak bahuku perlahan. Aku terjuling biji mata.

"Kau ni..."

"Kakak!" Farah tiba-tiba muncul di muka pintu yang terbuka luas. "Dah sah!"

"Dah sah? Alhamdulillah," Syela menadah tangan tinggi. Aku makin menjadi tahap debaran.

"Amin. Tak sangka kakak kawin jugak," Farah sama naik menggiat. Aku makin merona warna muka.

Sabar ajelah.

Tak lama selepas itu Che Zizah muncul di muka pintu bilik, menjemput besan dia masuk. Spontan aku tertunduk kalah perempuan melayu terakhir.

"Assalamualaikum, anak menantu ibu," satu suara kedengaran menyapa. Barulah aku angkat muka sambil menjawab salam sejahtera yang diucapkan.

Tangan ibu mertuaku aku salam dan kucup. Puan Rosnah, ibu angkat Daniel. Kemudian mengucup tangan Nek Gayah, mak kandung suami aku. Diikuti Mak Esah yang dah jadi kakak ipar pulak.

Hailah! Pelik sungguh hubungan yang baru terjalin ni. Syela BFF aku yang aku kenal dari kecil tiba-tiba bertukar tittle jadi anak saudara.

"Dani, masuklah yang tersipu-sipu tu dah kenapa?" suara Mak Esah memanggil.

Dani? OMG! Nama manja?

Aku kembali menundukkan wajah. Syela di sebelah kanan tak sudah mencucuk pinggang. Aku bagi buah siku sekali baru berterabur gigi. Farah di sebelah kiri pun sama. Saja budak berdua tu sakat aku yang terus terbakar warna muka.

Walau pandangan tertunduk, aku mampu melihat satu susuk tubuh berbaju melayu hijau lumut menghampiri. Berdiri betul-betul di depanku. Alahai! Jantung makin menggila. Jangan aku pitam tiba-tiba sudahlah. Buat malu kaum keluarga.

"Assalamualaikum, isteri abang," satu suara kedengaran berbisik di telinga. Aku dah terpejam mata rapat.

Oh tidak. Isteri abang?

"Mana cincinnya. Sarung cepat," gesa Mak Esah atau selepas ni aku dah kena panggil Kak Teh. Anak keempat Nek Gayah a.k.a mak mertuaku.

Syela di sisi menghulurkan sebentuk cincin. Segera Daniel menyambut.

"Mira, hulur tangan tu Dani nak sarung cincin ni," suara mak pulak.

Dah kenapa semua orang suka mendesak aku pun tak faham. Sarung cincin tu bukan perkara wajib pun.

Tapi nak tak nak aku terpaksa hulurkan tangan.

"Pehal menggigil tangan tu? Takut ke?"

Pecah hilai tawa mereka dalam ruang bilik itu. Aku ketap bibir geram. Syela memang nak kena!

Saat tangan kanan diraih seseorang, jantung aku dah terlumpuh. Sumpah! Itu pertama kali aku dan Daniel bersentuhan. Samentelah dengan ikatan yang telah termeteri. Ikatan yang menghalalkan segala.

Menghalalkan segala? Aduh! Perut aku makin senak.

"Mira, sarung cincin Dani pulak," suara Che Zizah menyedarkan aku dari lamunan.

Eh! Dah siap sarung ke? Langsung aku tak perasaan. Syela di sebelah menghulurkan cincin Daniel untuk aku sarung pula.

Tangan masih terketar nak memegang. Bunyi tawa riang mereka makin menjadi. Daniel? Aku tahu dia tengah tersengih sampai ke telinga walaupun aku tak tengok muka dia. Terus aku tolak cincin itu masuk ke jari manisnya.

"Aduh! Sakitlah sayang," Daniel mengaduh tiba-tiba. Mengada! Makin menjadi tawa yang berhamburan. Hanya aku yang terus terketap bibir geram.

"Cium dahi isteri kamu, Dani," suruh Mak Esah.

"Eh! Tak payahlah," bantah aku spontan. Sudahnya aku yang kena bantai gelak dengan dia orang. Dari tadi ketawa, suka hati benar bunyinya.

"Apa yang tak payahnya? Nak malu buat apa bukan ada orang lain pun dalam bilik ni," ibu mertuaku a.k.a Puan Rosnah menggiat. "Dani," nama anaknya diseru.

"Baik, ibu," Daniel menjawab akur. Memang dia anak yang taat. Tangan kanannya meraih dagu aku mendongakkan wajah.

Spontan aku terpejam mata tak sanggup nak melihat. Sumpah aku tak sanggup nak pandang muka Daniel. Malu masih bersisa walaupun hati menggebu dengan rindu.

Tapi lama pulak aku tunggu tak Daniel cium dahi aku. Lalu mata dibuka serentak bibir terasa disentuh lembut.

"ALLAH!" berteriak para ibu yang berada di ruang itu.

"Kamu ni buang tebiat ke apa?" Nek Gayah memukul bahu Daniel yang dah tersengih-sengih.

Aku? Terkaku. Syela melopong. Farah? Entah! Tak sanggup aku nak tengok reaksi adik aku tu. Masih underage.

"Bukan ada orang lain pun," jawapan dari mulut Daniel dengan sengih tak bersalah.

Aku memang dah terbakar muka macam udang kena panggang. Kurang asam punya suami. Boleh dia kiss aku kat depan family. Boleh dia curi first kiss aku tanpa keizinan!

© ANTARA KAU DAN DIA ©Where stories live. Discover now