3 I Takdir Menemukan

287 17 2
                                    

SETAHUN berlalu, aku dan Syela terpilih menyertai seminar seterusnya bersama beberapa orang penuntut lain. Program kali itu diadakan di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Terengganu.

Hari pertama di sana, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aku dan Syela berasingan. Saat ketua kumpulanku memperkenalkan diri, aku betul-betul terkejut melihat lelaki itu.

Daniel.

Dia yang menyedari kehadiranku tersenyum melebar. Aku mula tak keruan perasaan. Sungguh kuakui lelaki itu kelihatan semakin matang. Bertambah tampan.

Sebagai ketua, Daniel melantik aku menjadi pembantu. Ahli kumpulan yang lain hanya menyokong tanpa mengetahui kisah yang pernah berlaku antara kami. Aku pula mahu atau tak terpaksa bersetuju. Sedangkan menjadi pembantu membawa maksud sepanjang seminar aku akan sentiasa dekat dengan Daniel.

Syela yang tahu Daniel turut menyertai seminar itu bersorak riang. Mereka semakin rapat. Aku hanya mampu memandang dari kejauhan. Saat itu tidak dinafi cemburu menebal di hati. Tapi tetap berlagak biasa. Aku tak mahu jadi pengganggu.

Aku sedia maklum mereka memang rapat dan saling berhubung sejak setahun lalu. Aku tahu Syela punya perasaan pada Danile. Jadi tak ada logik untuk aku menghalang.

Demi Syela aku sanggup menahan apa yang dirasa. Syela adalah sahabatku. Kami kenal sejak kecil lagi. Sejak dilahirkan. Buktinya ada dalam album gambar masing-masing. Lalu di mana warasnya aku mahu mengkhianati Syela walau hati membengkak gara-gara memendam rasa?

Hari kedua seminar. Setelah tamat taklimat, kami diberi peluang melakukan aktiviti sendiri. Syela mengajak aku menyertai dia dan Daniel melawat taman haiwan. Aku enggan. Menolak kemahuan Syela dengan pelbagai alasan.

Hakikatnya aku tak sanggup melihat Syela ketawa riang di sisi Daniel. Sungguh aku tak sanggup. Aku sekadar berjalan-jalan melawat kebun buah. Peserta-peserta yang lain berkeliaran di dalam taman itu. Kami tidak dibenarkan mandi air terjun. Tak mahu sesuatu berlaku tanpa pengawasan pihak yang sepatutnya.

Mata tunak memandang bukit yang kelihatan menghijau. Hening suasana begitu terkesan di jiwa. Namun walau mata melihat keindahan alam, fikiran dan hatiku tertumpu pada Daniel. Sehingga ke saat wajah itu tiba-tiba muncul di pandangan.

"Jauh termenung," Daniel menegur sebelum melabuhkan punggung di sisi.

Aku tersentak. Memandang dengan mata dan mulut terbuka luas.

"Kenapa terlopong macam tu? Tahulah saya ni hensem," Daniel mencarik senyum.

Aku gelabah menyedari reaksi. Betapa aku menatap wajahnya. Reaksi spontan gara-gara rasa di jiwa. Ya! Aku rindukan Daniel.

"Err... Syela mana?" duduk dibetulkan. Tangan mengemas tudung di kepala.

"Ntah. Kat taman haiwan lagi kot," sahut Daniel. Kepala terdongak ke depan. Aku pula tunduk memandang jemari di ribaan.

"Kenapa tak join kita orang?"

Aku berpaling. Tak disangka pandangan kami bertemu.

"Saja. Tak nak mengganggu," balasku bersahaja sambil berusaha menenangkan hati.

"Mira," Daniel memanggil dengan nada yang membuatkan debaran kian memuncak. "Awak block nombor saya?"

Aku enggan komen. Bibir dikemam mahu diam.

"Tapi saya tahu alamat rumah awak."

Aku buat tak endah.

"Saya sayang awak, Amira."

Nasib rahang aku tak jatuh. Cuma telan liur kesat. Mata dibawa memandang hijau dedaun. tak sanggup berpaling ke sisi.

"Saya pun sayang awak, Daniel. Sayang sangat!" mahu pengsan aku ucapkan semua itu? Dalam hati bolehlah.

© ANTARA KAU DAN DIA ©Where stories live. Discover now