MENJELANG sebelas malam aku masih lagi buat-buat sibuk melayan Aniq. Mujur anak saudara aku yang itu jenis payah nak tidur. Tiga yang lain dah lama masuk bilik. Macam-macam cerita dari mulut petah dia aku dengar. Boboi Boy kuasa tiga, Ejen Ali, Upin Ipin siap boleh lakon semula dialognya. Aku melayan dengan tekun langsung tak ada rasa jemu. Sedar tak sedar Kak Long dah bercekak pinggang di depan muka.
"Aniq, jom masuk tidur. Dah malam," Kak Long keluarkan arahan veto.
"Alaa... umi..."
"Takde ala-ala. Achik pun nak kena masuk tidur jugak. Dah tengah malam buta jangan nak buat tak tahu pulak," tajam jelingan Kak Long sedang ayat akhir dituturkan dengan gigi terkacip. Faham-faham dahlah. Tapi aku yang sengaja buat tak faham.
"Aniq!"
"Iyelah. Aniq masuk tidur dulu ya, achik. Selamat malam," ucap Aniq seraya mengucup pipiku. Memang anak saudara favourite.
"Selamat malam," mendatar suara aku menjawab. Kak Long buat isyarat suruh masuk bilik.
Aku geleng kepala. Takut weh. Daniel pun aku tak tahu ada kat mana? Kat bilik akulah kot takkan dekat rumah Mak Esah pulak.
"Mak..."
"Long..." telunjuk melintang di bibir. Muka cemberut sambil aku angkat punggung dari sofa.
Kak Long masih tercegat memerhati. Lambat-lambat aku melangkah menuju ke lorong bilik. Berpaling ke belakang, Kak Long sedang mengekori. Sebab bilik dia sebelah dengan bilik aku.
"Masuk!" hanya mulut yang bergerak tanpa suara. Biji mata tercerun.
Aku mengeluh kasar lalu pulas tombol pintu. Tolak ke dalam perlahan. Kak Long kembali bercekak pinggang. Menggigil kaki aku melangkah ke ruang bilik yang tiba-tiba rasa macam bilik orang. Dah kenapa aku pun tak tahu?
Daun pintu ditutup perlahan. Tak sanggup untuk aku memandang. Tapi bila aku angkat muka, tingkah Daniel yang termanggu di birai mengejutkanku.
"Dani?" mana aku tak terkejut. Dia tengah belek dairi ungu aku.
"Awak!" aku menerkam, cuba merampas harta peribadi aku tu. Tapi Danieal dah berdiri sambil mengangkat dairi itu tinggi.
Mentang-mentang aku tak cukup inci.
"Awak! Bagi balik..." tak berkesudahan ayat aku setelah tubuh tiba-tiba diraih mendekat. Melekat. Lebih parah sebab muka aku dan dia dah berjarak tak sampai tiga inci. Terus lidah terkelu.
"Terima kasih sayang, sebab cintakan abang sampai ke tahap tu. But I love you more," serentak bibir dia landing pada mulut lopong aku. Sudahnya makin membulat biji mata.
Seketika Daniel menjarakkan wajah, memandang aku dengan muka merah. Dairi ungu diletak ke meja tepi katil sebelum kedua tangannya merangkul tubuh aku. Erat. Langsung tak ada ruang nak menjauh.
"Awak..." kedua tangan aku berusaha menolak dadanya tapi sikit pun tak berganjak. Makin Daniel mendekatkan wajah sampai aku terpaksa palingkan muka.
"Saya sayang awak, Nur Amira binti Zakaria. Sejak dulu, kini dan selamanya."
Makin merona wajah aku sambil hujung bibir digigit menahan senyuman dari mekar. Boleh dia copypaste ayat aku?
"Jom tidur," suara Daniel kedengaran perlahan di telinga. Spontan aku menolak dadanya.
"Dani!"
"Malam ni first night kita, sayang," macam tak ada apa-apa dia ucapkan semua itu sedang mata tunak memandang. Dengan pelukan yang semakin erat sampai aku rasa tulang rusuk dah berceragah.
"Awak..."
"No. Takde istilah sedia ke tak sedia. Takde scene abang tidur dekat lantai ke apa. Itu babak dalam novel, sayang. Jangan nak terpengaruh sangat."
"Saya cuti," tutur aku mendatar.
Daniel berkerut wajah. Seketika pelukan yang erat itu terlerai jua. Barulah aku mampu tarik nafas lega.
"Serious?"
Aku angguk. Makin menjadi gigit hujung bibir.
"Its okay. Abang masih boleh peluk sayang," seorang Daniel memang tak pernah kenal erti berputus asa. Seketika meninggalkan aku menuju ke muka pintu. Ktak! Lampu bilik terpadam.
Jantung aku makin menggila ke tahap tak hengat! Berdosakah aku sebab dah membohongi suami sendiri?
"Sayang," suara Daniel memanggil. Dah siap landing atas katil pengatin bercadar hijau epal. Paling haru langsung tak berbaju hanya mengenakan seluar tidur.
"Nur Amira. Come. Tidur. Dah lewat ni," panggil Daniel lagi siap menepuk ruang sebelah.
"Okey," dalam suaraku menyahut. Cuak giler.
Gila tak cuak. Tiba-tiba kena tidur dengan lelaki asing yang kini dah bergelar suami. Aku yang selama ini tidur sendirian conquer satu katil tiba-tiba nak kena berkongsi. Dan lelaki itu adalah Ahmad Daniel yang aku suka sejak dulu, kini... eh!
Berbaring atas tilam, kami saling memandang ruang siling yang bergemerlapan dengan bintang-bintang. Terasa Daniel makin mendekat terus aku berpaling membelakangi. Tak pula dia marah atau sebut ayat macam dalam novel 'tak baik tau tidur membelakangi suami'. Hanya terdengar hela nafasnya yang kencang.
"Tadi kat dalam dairi tu abang ada tengok schedule sayang. Your period is on 21. Hari ni baru 11 haribulan."
What? Alamak! Aku dah kantoi.
Tiba-tiba terasa Daniel makin mendekat. Aku dah terpejam biji mata sebelum terasa satu tangan melingkar di pinggang. Bukan setakat peluk, tubuh aku ditarik padanya. Mentang-mentang berat aku tak sampai 50kg semudah tu dia tarik aku. Terus lenyap ke dalam dakapan.
"I love you till the moon and come back. And I want to make a love with you," suara Daniel berbisik perlahan di telinga. Aku dah menggigil satu tubuh.
"Sayang..."
"Awak."
"I want you," serentak bibirnya mengucup belakang telinga aku. Serta-merta bulu roma mencanak naik samentelah dengan sebaris ayat yang sepatutnya kena sensor itu.
"Awak... saya..." ayat aku terhenti bila Daniel palingkan tubuhku terlentang. Sedangkan dia sudah conquer keadaan. Naik ke separuh badan.
"Lima tahun saya tahan perasaan saya. Lima tahun jugak awak tolak lelaki-lelaki yang nak mendekat. Sebab apa? Sebab kita memang dijodohkan bersama, Nur Amiraku sayang."
Aku dah tak mampu nak nafikan. Gamaknya dah habis satu dairi aku dia khatam. Patutlah duduk dalam bilik tak keluar-keluar.
"Sampai bila awak nak nafikan perasaan awak pada saya? Sampai bila Amira nak tidakkan cinta di hati pada Daniel? Now I'm yours and you are mine. Dah tak ada siapa yang boleh jadi penghalang."
"Syhh..." aku letakkan telunjuk di bibir sebagai isyarat supaya Daniel diam. Sampai berkerut dahi itu.
"I love you till the moon and never come back," ayat tak mahu kalah.
Wajah Daniel aku tarik mendekat. Bibir melekat sebelum bergerak. Isyarat aku dah bersedia menyerahkan diri, jiwa dan hati untuk dia takluki. Sebagai tanda aku kini isterinya yang dimiliki atas dasar saling mencintai.
Syukur pada peluang yang diberikan. Syukur kerana nama Ahmad Daniel memang tertulis di Loah Mahfuz untuk menjadi imam Nur Amira.
TAMAT
YOU ARE READING
© ANTARA KAU DAN DIA ©
Romance1st ShortStory by EYRA_SHAZLEYRA. Aku lebih rela memilih persahabatan walau hati kecewa kerana cinta yang tak kesampaian. # PLEASE DO NOT COPY! # FEEL FREE TO VOTE & COMMENT. # EyraShazleyra@Terpelihara