5 I Takdir Penentu Segala

260 20 0
                                    

SYELA masih berwajah muram. Mundar mandir di depan unit kecemasan sebelum disuruh emak membelikan minuman buat nenek di kerusi. Setelah mengambil duit yang dihulurkan, dia melangkah keluar.

"Mak, apa kata mak balik dulu dengan Abang Zali. Biar Esah yang tunggu ayah kat sini. Lagipun mak tak berapa sihat ni," Mak Esah menggenggam erat jemari tua emaknya.

Nek Gayah menggeleng perlahan. Kerap kali melihat ke arah pintu masuk hospital seakan menanti kehadiran seseorang.

"Tak apalah, Esah. Mak nak tunggu kejap," Nek Gayah bersuara perlahan.

Mak Esah sedikit kecewa dengan keengganan itu. Dipandang suaminya yang berdiri tak jauh sebelum beralih pada seorang wanita yang tiba-tiba menghampiri.

"Assalamualaikum," wanita itu mengucapkan salam sejahtera. Senyuman bergayut di bibir sambil tangan dihulur mahu bersalam.

"Waalaikumussalam," Mak Esah bangkit dari kerusi. Dipandang wanita itu sebelum menyambur huluran tangan.

"Kak Gayah?" wanita itu mendekati Nek Gayah lantas dipeluk erat.

Tingkah keduanya membuatkan Mak Esah hairan. Lebih menghairankan melihat kedua mereka sedang menangis. Bagaikan melihat episod jejak kasih yang pernah disiarkan di TV suatu ketika dulu.

"Mak, kenapa ni? Siapa ni? Kawan mak ke?" tanya Mak Esah sedangkan pelukan kedua mereka masih belum terlerai.

Mak Esah memandang suaminya. Ternyata Pak Zali turut terkejut.

"Kamu sihat, Rosnah," tanya Nek Gayah bersama air mata yang jatuh di pipi. Kembali dipeluk wanita itu.

Tingkah keduanya membuatkan Mak Esah makin kehairanan. Berkali diamati namun dia gagal mengenali siapa wanita itu. Kelihatan sebaya usianya atau lebih tua.

"Mak, siapa ni? Esah kenal ke?" disoal kembali untuk meleraikan kekusutan perasaan.

Nek Gayah memandang anaknya. Digapai supaya mendekati sedang tangan kiri masih melingkar di bahu wanita itu.

"Esah, inilah Rosnah. Rosnah yang kamu hambat dia dengan penyapu dulu. Tak ingat?" Nek Gayah berusaha menahan sebak di dada.

"Rosnah? Rosnah mana?" Mak Esah merenung wanita itu sebelum tubuhnya pula didakap.

Langkah longlai Syela segera dilajukan terpandang kelibat seseorang memasuki ruang hospital. Berlari dia mendekati sebelum menepuk bahu lelaki itu kuat. Lebar sengih di bibir setelah Daniel berpaling memandang.

"Buat apa kat sini?" tanya kedua mereka serentak. Kemudian tertawa sebelum nama Daniel kedengaran diseru dari dalam.

AKU masih keliru, gagal memahami apa yang cuba disampaikan Syela sedangkan sebaris ayat di permulaan tadi membuatkan dada semput.

"Apa maksud kau?" bahu Syela kugoncang kuat. Terdesak mahu merungkai maksud di sebalik cerita yang tak ketemu titik noktah itu. Masih tergantung.

"Sakitlah!"

"Dah tu cakap cepat. Jangan nak kata to be continue. Aku lempang karang?"

Meledak tawa Syela sambil menahan hingus dari meleleh.

Dahiku bertambah garis kedutan. Kenapa pulak dengan minah ni? Mungkin benar sedang menuju ke arah kesewelan? Gara-gara kecewa?

"Syela!" aku menolak bahu Syela kuat tapi berbalas sengihan.

Memang parah keadaan teman baikku itu. Siapa yang patut dipersalahkan kalau semua itu berlaku? Aku! Tak lain dan tak bukan, aku!!!

"Sebelum tu kau kena bagitahu aku betul-betul. Jujur, ikhlas. Benar dan sahih!"

"Apa kebendanya?" aku terdesak yang amat.

Kalau dengan bersikap jujur mampu menyelamatkan Syela dari menjadi salah seorang pesakit Hospital Tampoi, aku sanggup. Akan kuceritakan segala dari A sampai Z.

"Apa perasaan kau pada Daniel? Sebenarnya? Yang sahih! Kau memang sayangkan dia, kan? Kau cintakan dia?" Syela masih dengah sengih kerang busuk.

"Syela..." teragak aku mahu menjawab.

"Beritahu cepat!" Syela menyergah kuat. Aku tersentak.

"Ya! Aku sukakan Daniel. Aku cintakan dia. Sejak dulu, kini dan selamanya!"

Mak!! Tapak tangan menekup mulut sedangkan mata terbuntang luas. Boleh pula aku melatah. Sekarang semuanya dah terbongkar.

"Wah! Sukanya aku!" Syela bersorak girang. Melompat riang bagai anak kecil.

Aku menggaru kepala yang tiba-tiba rasa gatal.

"Upah?!" tangan Syela terbentang luas.

Bertambah tahap pelik aku sebelum bangun dan berpaling. Memandang pada siapa Syela bentangkan tangan siap minta upah.

Kedua tangan naik menekup mulut. Tersongsang kaki yang terundur spontan. Nasib tak tersungkur. Aku rasa mahu menangis. Malu yang amat dengan kulit muka yang terbakar.

Daniel dengan senang hati meletakkan not 50 di atas tapak tangan Syela. Senyuman di bibir makin melebar. Bertambah manis. Aku juga yang menahan perasaan. Malu!

"Syela... apa semua ni?" aku hampir menangis. Malu yang amat. Diri terasa dikhianati teman sendiri.

Tapi sejak bila lelaki itu ada kat situ? Dia dah dengar pengakuan tulus ikhlas aku tadi ke? Pengakuan yang terpaksa dibuat gara-gara didesak. Memikirkan tahap kesihatan mental Syela.

Syela menerkam lantas mendakap tubuhku erat.

"Aku nak ucapkan tahniah. Lusa Pak Usu aku yang nombor dua ni nak masuk meminang. Tak nak tunggu lama-lama. Dah tak sanggup nak tahan perasaan."

Pak Usu? Abang Danish? Tapi ini Daniel. Lelaki yang terlalu sukar untuk aku lupakan.

Nombor dua? Tak mungkin!

"Syela!!" jeritanku kedengaran membingit.

Aku membentak geram sedang langkah Dniela makin hampir. Bersama senyuman yang terkuntum bagai tak kenal erti jemu. Bersama ceria wajah yang tak kenal erti suram.

Walaupun cerita belum sampai pada noktah, aku sudah jauh melarikan diri. Tak sanggup berada di situ memandang wajah yang memang dirindui. Selebihnya aku mahu berteriak demi melempiaskan rasa bahagia di jiwa.

Cerita Syela tentang Pak Usunya, kembar tak seiras Abang Danish yang suatu masa dulu pernah diserahkan kepada keluarga angkat masih diingati. Yang tak disangka Daniel adalah lelaki itu.



Cinta... Antara aku dan dia.
To be continue for the longlasting love...

© ANTARA KAU DAN DIA ©Where stories live. Discover now