Ini flashback ya. Terima kasih.
🌹🌹🌹
Ruangan luas bahagian pintu masuk bangunan itu tidak pernah sepi meskipun pada hari perayaan. Jika tiada bunyi tangisan, pergaduhan kecil antara keluarga, bunyi mesin, derapan kaki yang cemas, siren yang agak bising dan lain²nya itu tidak pasti akan berlaku. Disini boleh membuatkan orang menangis dan juga teruja. Kematian dan nyawa baru. Ada juga yang separuh diantara itu.
Seperti gadis ini, yang mana baru sahaja diterima bertugas di sini 3 bulan yang lalu. Meskipun awalnya dia agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan, dia masih mampu bertahan. Dari memujuk anak kecil makan hingga terpaksa menukar lampin pakai buang orang tua serta dewasa, kini dia sudah biasa.
" selamat petang "
Suara lembut tambah ceria memenuhi ruang rawatan vip setelah ketukkan pintu berbunyi. Kelihatan seorang gadis yang tersenyum manis dengan rambut disanggul tinggi di kepalanya serta berbaju biru muda lembut menengur si wanita tua.
"saya Kang Seulgi, jururawat baru disini, Puan sudah tersenyum hari ini? "
Seulgi, gadis anih yang pernah ditemui oleh semua pekerja disini, tidak lupa juga untuk pesakit. Sebaik menunduk hormat dan memperkenalkan diri bersama senyuman nipisnya mampu membuat semua pesakit disini hairan. Pernah juga dia dimarahi kerana pertanyaannya setiap kali dia bertemu dengan pesakit, tapi dia langsung tidak termakan akan kata² tersebut.
"apa nenek terlihat muda pada kamu? "
Wanita yang sudah hampir menjejaki umur 73 tahun tersenyum ke arah Seulgi yang mana kini mengemas meja makan wanita tua itu. Seulgi tersenyum ke arah wanita tua tersebut lalu mengangguk kecil sebelum troli makanan itu ditolak ke tepi dinding bersebelahan pintu.
" apa mungkin... Saya kena panggil Halmeoni Unnie? "
Wanita tua ini ketawa kecil, ini baru pertama kali dia bertemu dengan gadis didepannya ini. Langsung tidak menunjukkan riak wajah mengelikan atau sebagainya padanya tapi masih tenang mencuci wajahnya sambil bergurau.
" sekarang, boleh saya mula Unnie?"
Wanita tua itu ketawa kecil lagi sebelum menganggukkan kepalanya. Seulgi terus ke arah pintu, menguncinya sebelum ke arah tandas yang berada di bilik vip tersebut. Sebaik wanita tua itu berjaya dibaringkan, dia memulakan proses mencuci.
" sudah berapa lama kamu kerja? "
"3 bulan 16 hari, bagaimana dengan Unnie ?"
"sekali lagi kamu panggil saya dengan panggilan itu, saya cili mulut "
Seulgi ketawa kecil. Wanita tua dihadapannya kelihatan begitu kagum terhadapnya. Amat kagum. Kerjanya dilakukan begitu lembut, hati² dan teratur. Tiada riak wajah mengelikan atau tidak tahan dengan bau yang telah keluar selepas lama diprosea didalam tubuh si tua itu.
"maafkan saya Unnie, saya janji saya takkan buat lagi"
Si wanita tua itu hanya tersenyum terharu. Sudah hampir 2 minggu dia disini, asyik berulang alik dari rumah ke hospital sudah hampir setahun juga, tapi baru hari ini dia tidak berasa begitu malu saat dirinya ingin dibersihkan oleh jururawat golongan muda.
YOU ARE READING
one more chance +pjmksg
Fanficmenerima kembali? memaafkan? ye mungkin mudah tapi untuk tidak mengingat kembali akan perkara itu mungkin tidak mudah. Warning : SLOW UPDATE : Seulmin, Vrene, Jungri. a little bit of Jaerose, Jisoo & Taeyong BlackVelvet also.