menerima kembali? memaafkan? ye mungkin mudah tapi untuk tidak mengingat kembali akan perkara itu mungkin tidak mudah.
Warning : SLOW UPDATE
: Seulmin, Vrene, Jungri.
a little bit of Jaerose, Jisoo & Taeyong
BlackVelvet also.
"ibu dengan ayah kamu tahu tak kamu tak sihat? Kalau nak balik rumah baliklah.. "
Seulgi yang kini sedang memicit bahu si tua terhenti seketika kerjanya. Soalan itu amat dia hindari, tapi dia memang tidak dapat mengelak akan soalan itu. Jimin dan Jisoo yang mana sedang memicit kedua belah kaki Nenek mereka juga turut memandang ke arah Seulgi.
"seul..? "
"eo? Ah.. Tak apa.. Lagipun saya dah baik sekarang"
Seulgi mengelamun, sedar sahaja dia terus kembali memicit bahu si tua kembali. Jimin, dia ingin mengetahui lebih lanjut tentang gadis tersebut, apatah lagi dia telah melihat beberapa keping gambar serta lakaran di buku kesayangan gadis itu. Kini tiba masanya pula si tua bertanya, wanita tua itu juga tidak pernah tahu akan latar belakang gadis yang sellu bersamanya itu.
"ayah kamu kerja apa..? "
Seulgi sedikit berfikir, jika hanya dia dan si tua ini, dia tidak kisah tapi jika adanya Jimin dan Jisoo, dia berasa keberatan. Tidak mahu dikatakan ingin meminta belas kasihan.
"ayah saya sekarang dah berjaya..sangat berjaya"
"berjaya.. Kerja apa? " Jisoo bertanya, akhir² ini mereka juga sering menghabiskan masa bersama. Bernyanyi.
"hm, dia menjanjikan saya akan hidup dengan baik dan bahagia.."
"ayah saya dengan dia, dia yang mewujudkan kita.."
Kini suasana di bilik itu sepi, Seulgi ketawa kecil. Dia tahu ini akan berlaku. Jimin semestinya merasa lebih bersalah sekarang. Si tua itu terus mengengam tangan Seulgi dibahunya, tidak menyangka itu jawapan Seulgi.
"saya tak apa², semua yang hidup akan kembali, tak perlu rasa bersalah"
"ibu kamu? "
Seulgi kembali diam, membuatkan yang lain kembali memasang riak wajah yang bersalah. Seulgi tersenyum lagi.
"ibu saya ada lagi cuma saya tidak tahu dia dimana sekarang..apa yang saya pasti dia bahagia"
Entah kenapa malam ini keluarga itu berkumpul bersama di bilik si tua ini. Mungkin malam hujung minggu, weekend.
"Ibu Seul.. Kahwin lain? Maaf tapi kalau tak nak bagitahu pun ta—"
"iya, macam tu lah. "
"kamu masih berhubung dengan dia kan? "
Kini Ibu kepada Jimin dan Jisoo yang bertanya. Semestinya wanita 40-an itu berasa kesian terhadap gadis di depannya. Meskipun topik itu amat sensitif, gadis itu masih lagi dengan wajah biasanya. Masih lagi mampu tersenyum. Seulgi mengelengkan kepalanya. Ini soalan yang paling berat yang dia amat² dia tidak mahu dipersoalkan. Melihat semua wajah yang mana menunggu dirinya bersuara, dia mehentikan picitan di bahu si tua.
"saya seorang anak yang agak jijik di muka bumi ini, jika bukan sebab ayah saya.. Saya mungkin tak dapat melihat dunia ni. Ibu, mama atau eomma, saya tidak tahu, apa yang saya tahu ibu saya masih hidup dan mempunyai keluarga bahagia"
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.