omc 21 - us ❤

211 8 8
                                    

Teringat akan janjinya untuk menjemput adik kecilnya. Dia terus mempercepatkan kerjanya. Jimin setengah jam tadi sudah pulang, kata lelaki Park itu dia tidak sedap hati namun macamlah Taehyung peduli dengan alasan Jimin itu. Dia tahu sangat Jimin, risau plus malas yang banyak.

Sedang dia mengemas meja kerjanya, dia mula terpandang bekas makanan yang belum dia pulangkan semenjak tadi. Bekas itu sudah kosong cuma belum di cuci. Sebaik sahaja siap, dia mencapai bekas makanan tersebut sebelum melangkah ke ruangan Irene.

Sungguh kedatangannya membuatkan suasana yang mana sedikit riuh menjadi sunyi. Tiada lagi bunyi radio yang mana sering putar lagu Sistar yang mana menjadi penguat semangat untuk melakukan kerja, tiada juga suara gelak ketawa dan celoteh mereka untuk saat itu. Sudah tiba waktunya untuk pulang.

Hanya sekadar senyuman nipis diberikan sebelum dia masuk ke ruangan kecil Irene. Di ketuk beberapa kali sebelum masuk. Irene yang mana juga sedang bersiap untuk pulang sedikit terkejut dengan ketukan pintu itu, jika boleh dia ingin terus pulang, sudah malas untuk membuka semula file² dan komputer di meja kerjanya.

Namun saat melihat lelaki tinggi yang mana semenjak ini mengisi fikirannya masuk membuatkan dia tersalah tingkah. Mulutnya sedikit terbuka, tidak lupa matanya yang sedikit meluas memandang Taehyung tanpa berkelip. Ya beberapa hari ini dia sedikit sibuk, hanya berpapasan itupun dengan dia dalam pangilan telifon dan juga teman kerja membuatkan mereka tidak dapat bertegur sapa. Hanya sekadar melihat dan senyuman nipis jika sempat.

"hng..? "

Irene sebenarnya sedang memakai heelsnya, membuatkan dia mendongokkan kepala bagi melihat Taehyung. Terasa malu dengan keadaan dirinya, cepat² dia berdiri dan di sedari dia mengeluarkan suara.

" hm, thankyou"

Taehyung menghulurkan bekas makanan yang mana dari dia pegang. Dia juga terasa malu untuk bertemu dengan gadis itu semenjak beberapa hari ini tidak bersua dan berbicara. Ditambah lagi dengan Irene yang baru² ini kelihatan malu untuk bersua dengannya. Irene menyambut bekas tersebut dengan senyuman nipis di bibir.

"awak suka? "

"e'hem "

Taehyung mengangguk kecil dan Irene tersenyum manis. Dan kedua²nya terdiam. Dengan Taehyung memandang Irene dari atas hingga bawah dan Irene hanya memandang tepat kakinya yang mana hanya sebelah memakai heels dan sebelahnya memakai selipar yang berbulu², agak selesa walaupun hanya dilihat.

Taehyung yang menyedari itu menahan dirinya dari ketawa kecil. Gadis di depannya itu sungguh kecil tapi bila tidak mengenakan heels, lagi bertambah kecil saja. Dan tanpa diduga dirinya sendiri, Taehyung duduk mencangkung di hadapan Irene membuatkan gadis itu sedikit terkejut. Untung saja dia memakai seluar.

"eh, Taehyun-"

Irene terus memegang bahu Taehyung yang mana duduk mencangkung di hadapannya saat kakinya diangkat oleh lelaki itu. Selipar berbulunya ditanggalkan dan diganti kembali dengan heels. Irene terpaku dan lebih tepatnya dia malu dan terharu dengan apa yang telah Taehyung lakukan sekarang.

"thankyou"

Taehyung hanya tersenyum nipis.

"saya kena pergi, saya ada janji dengan Yeri"

"ouh.. " Irene sekadar mengangguk kecil sebelum memandang kakinya yang mana sudah lengkap memakai heels.

Boleh tidak dia mahu Taehyung tetap disitu untuk beberapa minit lagi?.

" saya pergi dulu, terima kasih untuk bekal and.. Hati² bawa kereta "

Sebaik sahaja lelaki itu mencapai tombol pintu, namanya dipanggil, terus badannya berpusing.

one more chance +pjmksgWhere stories live. Discover now