Si kecil ini masih lagi aktif meskipun jam sudah pun berganjak jam 10 malam. Mulutnya tidak berhenti bersuara. Merangkak ke sana sini dengan mulut bisingnya membuatkan Seulgi mengeluh kecil. Biasanya bayi kecilnya ini sudah tertidur dan kini dia sudah boleh mengemas ruang ini, mengelap pelapik lantai yang seharian digunakan oleh si kecil ini.
" ma ma ma mam"
Seulgi yang terbaring memerhati pergerakkan Minji terus bangun dan bergerak duduk dihadapan Minji setelah mendengar si kecil itu mengeluarkan patah perkataan yang belum pernah gadis itu kecil itu keluarkan, panjang sebegitu. Sudah lama dia tidak berbual dengan gadis kecil itu, lebih tepatnya mengajar si kecil itu berakap.
" Minji-ah, Eomma.. cuba-cuba.. Eom-Ma"
"Mama"
"Eom-ma, tengok mulut eomma sayang, Eom-ma"
"mam-mah!"
Kali ini Seulgi tersenyum mengalah sebaik sahaja si kecil itu mula merangkak ke arah permainan yang lain. Boleh sahaja dia membenarkan Minji memanggil dirinya dengan panggilan Mama, tapi dia tidak mahu sekiranya besar nanti Minji akan bertanya kenapa panggilan padanya berbeza dengan orang lain.
Buat masa sekarang Minji hanya boleh menyebut perkataan 'Mama' dan juga 'mamam' bila lapar dan yang lainnya hanya hujung-hujung ayat sahaja yang boleh disebutnya. Seulgi mengambil permainan Minji yang mana berbentuk buah-buahan dan haiwan yang berada di hadapan Minji.
"Minji-ah ige mwoji..? ( what is this?)"
Seulgi berjaya menarik perhatian Minji yang kini sedang mengulum buah pisang di tangannya.
" igeon.. sagwa..ttalawa(follow me).. sag-wa (apple) "
Minji hanya diam dan tersenyum menampakkan beberapa putun giginya yang baru tumbuh memandang Seulgi yang cuba berbicara dengannya. Naik geram Seulgi dibuatnya. Apa Minji fikir Seulgi cuba berguraunya.
"Minji-ah, cuba -cuba, sag-wa"
Pujuk Seulgi malah dibalas gelengan kepala dari Minji sebelum adis kecil itu mengalihkan pandangan ke arah lain. Seulgi tidak berputus asa, malah menunjukkan permainan di tangan Minji pula.
"igeon..tokki..tok-ki (arnab)"
"kki"
"oh, hanbeon deo (one more time), Tok- ki"
"okih"
Sebut Minji sambil bermain, Seulgi tersenyum lagi. Sekurangnya- kurangnya Minji mahu bersuara.
" igeon mwoya..?"
"mamam"
"aniyo, uyu-eayo, uyu (susu)"
"yuyu"
"joh-a! uyu, nanti Minji lapar cakap apa sayang ?"
"mamah"
" kalau lapar nak susu..?"
"mamam mam!
"uyu, nak susu cakap uyu!"
Minji kini diam tak menyahut malah mengelengkan kepalanya berkali-kali.
YOU ARE READING
one more chance +pjmksg
Fanficmenerima kembali? memaafkan? ye mungkin mudah tapi untuk tidak mengingat kembali akan perkara itu mungkin tidak mudah. Warning : SLOW UPDATE : Seulmin, Vrene, Jungri. a little bit of Jaerose, Jisoo & Taeyong BlackVelvet also.