omc 20 - colds ❤

203 7 4
                                    

'achum'

Dari semalam Seulgi sudah berasa tidak selesa dengan hidungnya. Dan hari ini dia dilanda selsema. Bangun saja dari tidur, dia mula bersin tidak berhenti², mungkin kerana jatuh dalam kolam semalam.

Meskipun begitu, dia tetap melangkah ke dapur untuk menyediakan sarapan. Hari ini Jimin bekerja dan dia perlu menyiapkan kelengkapan diri Jimin juga sarapan untuk lelaki itu. Jimin dari semalam mengucap kata maaf setelah apa yang berlaku dan Seulgi berkali² mengatakan ianya tidak mengapa tapi hari ini dia terkena selsema.

Sedang dia memasak, suara Minji memanggilnya mula kedengaran. Awalnya hanya memanggil dan tidak sampai beberapa saat, tangisan Minji mula kedengaran. Membuatkan Seulgi terus menutup api dapur dan mendapatkan Minji. Minji yang melihat ibunya datang terus berhenti menangis. Si kecil itu tidak dapat keluar dari katil bayinya.

"mama"

"iya.. Takut ya? Takut mama tinggal ya? "

Sebaik sahaja di angkat, Seulgi terus mengucup pipi gebu itu beberapa kali, lupa dirinya terkena selsema. Sebelum membawa Minji keluar dari bilik, Seulgi terlebih dahulu menukar pampers dan juga mencuci wajah si kecil itu. Sebaik selesai, Seulgi terus meletakkan si kecil itu di dalam baby walker membuat si kecil itu tersenyum girang sebelum berlari² mengelilingi rumah itu.

Seulgi masuk ke dapur balik, menyiapkan apa yang patut. Semalam Minji tidur awal dari biasa, hanya di bekalkan botol susu dan berada di dalam dakapan Jimin sambil melihat TV saja Minji tidur. Mungkin penat asyik bermain.

Tidak sedar akan waktu yang berputar dan asyik terbersin, Seulgi dikejutkan dengan suara Minji yang menjerit memanggil Jimin. Di lihat jam di dinding, sudahpun pukul 7:20 pagi dan dia masih lagi di dapur.

Jika di dapur Seulgi sedang mengejar masa dengan memasak, di luar Jimin masih bersenang² dengan Minji. Biasanya pukul 8:30 baru Minji bangun dan waktu itu Jimin sudah berada di pejabat tapi hari ini dia sempat bermain dengan Minji.

Gelak ketawa Minji memenuhi ruang rumah itu kerana Jimin dengan seronoknya mencium wajah Minji, tidak lupa perut buncit Minji yang mana merupakan tempat Minji geli.

Tidak kisah dengan wajah bangun tidur, gigi belum di gosok dan rambut kusut, dia masih lagi memilih untuk bermain dengan Minji. Kegiatan Jimin terhenti saat melihat Seulgi keluar dari dapur dan bergegas masuk ke dalam bilik. Baju kerja Jimin masih belum selesai. Jimin membawa Minji bersamanya masuk ke bilik mereka, disitu dia melihat Seulgi sedang mengeluarkan seluar dan baju kemeja Jimin.

"maaf, saya terlambat bangun"

"tak apa, perlahan². Saya free hari ni "

Free atau tidak, apa Jimin kisah?. Dia hanya perlukan waktu sebegini lebih banyak dari duduk di pejabat.

Jimin sekali lagi merebahkan diri di katil bilik utama itu bersama Minji. Sekali menghirup wangi Seulgi yang melekat di situ. Minji yang memang tidak pernah duduk diam kini mula menduduki badan Jimin, mendengar lenguhan Jimin kerana berat Minji, Minji semakin suka dengan membangun dudukkan badannya berkali² sehingga membuatkan Jimin bangun dari pembaringan dan kembali menyerang Minji.

Seulgi yang mendengar pekikkan Minji dan suara Jimin ketawa mula melepaskan keluhan lega. Terasa bebannya sedikit kurang kerana Jimin masih lagi belum ingin mandi,tidak perlulah dia terburu².

Meskipun begitu, Seulgi tetap risau Jimin terlambat ke tempat kerja. Walaupun Jimin merupakan salah satu orang besar disitu, tidak sepatutnya Jimin mengambil kesempatan begitu.

"Jimin, nanti awak lambat"

"tak apa"

Jimin masih lagi melekat dengan si kecil itu. Bermain bantal. Seulgi menyambung kerjanya dengan meng-iron kemeja Jimin. Sudah dua kali Seulgi mengingati Jimin tapi lelaki itu masih lagi ingin bermain sehinggalah dia terbesin untuk beberapa kali tanpa berhenti dan hal itu membuatkan Jimin menumpukan perhatiannya pada Seulgi seratus peratus.

one more chance +pjmksgWhere stories live. Discover now