" V yang tolong letakkan bunga tu, dia kata dia takut "
Kini lelaki tinggi lampai itu berada di cafe bersama Hyungnya, Suga. Kawan dari sekolah menengahnya yang mana tidak lama lagi akan menjadi suami orang. Malah bukan Suga sahaha yang ada, Kai dan Jaehyun juga turut berada di sini. Semuanya rakan dari sekolah menengah, yang mengenali Jimin baru² ini juga.
" sebenarnya, ada lagi rahsia besar, tapi Hyung tak pasti nak cakap atau tak "
Suga merupakan seorang polis yang mana bekerja di bahagian pejabat sahaja. Sugalah yang menemukan gadis yang dicari oleh Boss Taehyung. Nescafe ais yang ada di depannya dihirup. Taehyung, Kai dan Jaehyun mengerutkan muka memandang Suga.
"Apa dia hyung? Tolong jangan cakap dia dah ada suami baru! "
Taehyung kini mula kelihatan gelisah. Cukuplah dia melihat kawan baiknya sekaligus Bos-nya itu menangis dan tidak tentu arah. Suga mengelengkan kepala, bukan itu. Suga yang mana baru mengenali Jimin 2,3 tahun yang lepas juga tidak sampai hati untuk dibiarkan begitu. Jaehyun juga sempat menolong dengan memberi idea untuk hubungan Jimin waktu itu. Bunga ros.
"Dia.. Jimin dah jadi ayah. Park Minji, anak perempuan, 1 tahun 3 bulan "
Taehyung meraup mukanya lalu menyandarkan badannya ke kerusi. Entah kenapa dia pula yang terasa terseksa waktu itu. Suga dengan Kai juga pelik dan Jaehyun pula masih lagi blur, lost. Taehyung berasa demikian kerana dia seharian berada dengan Jimin, disaat Jimin mabuk dan sakit, Jimin banyak meluahkan rasa beban di hati sehinggakan dirinya merasakan apa yang Jimin rasakan.
"Tapi hyung sarankan, jangan bagitau dia dulu.. Buat dia jumpa Seulgi, biar dia tahu sendiri"
--.
" kalau betul apa yang kau rasakan tu macam mana? "
Kini Wendy, kawannya ada dirumahnya. Rasanya sudah 3 bulan, Wendy sering datang bertanya khabar. Seulgi mengeluh kecil lalu menyandarkan badannya ke sofa, memejamkan matanya sejenak sebelum memandang anak kecilnya kini bermain bersama Wendy. Suara bayinya itu memenuhi ruang rumah kecil itu yang hanya ada beberapa perabot sahaja.
YOU ARE READING
one more chance +pjmksg
Fiksi Penggemarmenerima kembali? memaafkan? ye mungkin mudah tapi untuk tidak mengingat kembali akan perkara itu mungkin tidak mudah. Warning : SLOW UPDATE : Seulmin, Vrene, Jungri. a little bit of Jaerose, Jisoo & Taeyong BlackVelvet also.