Rakan Online

48 10 3
                                    

"Hoi! Buat apa tu?" sergah Crystal dari arah belakang.

Aku tersentak sebelum memberikannya ruang untuk duduk.

"Ni haa.. Aku online website, nak cari kawan online," aku menunjukkan skrin laptopku kepadanya.

"Ohh. Razqia, tadi aku masuk bilik kau nak letak baju, aku nampak ada tongkat dalam almari. Tongkat apa tu?" soalan daripada Crystal berjaya membuatkan aku tersentak kali kedua.

"Oh tu.. Err.. Mendiang ayah aku bagi, suruh simpan. Dah lama ada dalam tu, takkan tak perasan," aku menjawab sambil mengawal suara.

"Oh okay. Sambunglah cari. Aku nak masuk dapur," Crystal segera berlalu.

Lega aku. Habis identiti aku kalau terbongkar.

Tritt!

Pandanganku terus beralih ke dada laptop. Terdapat satu notifikasi daripada inbox.

Serina

Hi!

Tanpa menunggu lama, aku terus membalas.

Hi too!

Boleh kenalkan diri?
Saya Serina Matt.

I'm Razqia Andrew.
Nice too know you :)

Kami terus berbual. Seronok juga ada kawan online ni.

"Razqia!!" panggilan dari Crystal membuatkan aku tersentak lagi. Hampir aku membaling laptopku. Kalau aku baling tadi, tak teragak-agak aku menampar mulutnya.

"Apa kau nak?!" aku membalas jeritannya seraya mematikan laptop. Segera aku menapak keluar.

"Jom makan. Aku dah masak ni," aku memandang Crystal yang kehulu kehilir bersama mangkuk.

Usai menjamah makanan, aku terus bergerak masuk ke bilik lalu membuka laptop. Terpapar mesej daripada Serina.

Serina

Razqia, apakata
kita berjumpa?

Kita baru kenal kan?

Apa salahnya?

Baiklah. Kita berjumpa
diperpustakaan Rosselton
ya?

Baik!

Aku terus mematikan laptop. Jam tangan ditilik. Pukul 9 malam. Aku segera bersiap sebelum keluar dari rumah.

Perpustakaan Jesselton dituju. Angin begitu kuat malam ini.

Pintu besar perpustakaan lama itu kutolak sehingga menghasilkan bunyi berkeriut.

Tidak ramai yang ada. Aku mengira manusia yang terdapat dalam perpustaan ini. 5 orang termasuk aku dan seorang pustakawan yang asyik mengcop buku.

Aku pantas mengambil tempat di hujung perpustakaan setelah memilih buku.

Aku mengeluh perlahan. Buku setebal 123 mukasurat itu telah habis kubaca namun bayang Serina tidak muncul. Jam tangan ditilik. 11.45 malam.

Aku membuat keputusan untuk pulang sahaja memandangkan esok aku perlu ke kolej.

Trittt

Mesej online melalui telefonku masuk. Ternyata ia dari Serina.

Maaf atas kelewatanku, Razqia! Bolehkah kita bertemu di taman berhadapan perpustakaan? Aku ingin masuk, tapi perpustakaan akan ditutup.

Setelah membalas, aku menapak keluar. Aku memandang taman dihujung sana. Suram bertemankan beberapa pohon pokok.

Aku melangkah perlahan sebelum mataku menangkap kelibat seorang perempuan duduk membelakangiku. Jam tepat 12 pagi.

"Serina?" tegurku perlahan.

Perempuan itu berpaling namun yang mengejutkan aku, wajahnya tidak seperti di dalam gambar.

Dia terus ketawa membuatkan aku semakin seram. Langkahnya menghampiriku.

"Razqia! Mudahnya kau termakan umpanku! Kau ingat aku tak tahu Laura memberimu tongkatnya?" garau suaranya ketika berbicara.

"Apa yang kau nak?! Mana Serina?!" soalku. Inilah yang aku risaukan. Tongkat itu!

"Berikan ia padaku sebelum nyawa kau jadi galang gantinya!" ujarnya sebelum menghampiriku.

Aku segera mengeluarkan tongkat itu sebelum menghalakan ke arahnya. Mulutku terkumat-kamit membaca mantera yang pernah kuhafal. Mujur aku terasa ingin menghafalnya.

Dia menjerit-jerit kesakitan sebelum hilang dari situ. Sebelum hilang sempat dia mengatakan akan datang mencariku lagi.

Aku terus menyimpan sebelum berpusing untuk beredar sebelum tersentak.

Crystal!

Crystal!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Trick Or Treat! HalloweenVaultWhere stories live. Discover now