Majalah Seram

32 7 0
                                    

Hari yang membosankan.

Selepas sahaja pulang dari rumah nenek, terus aku trauma sekejap.

Kenapa gambar Laura ada dekat rumah nenek? Mana nenek kenal Laura?

Persoalan demi persoalan mula timbul dalam benak. Yang pasti, aku tak sedap hati dengan semua ni.

Tongkat di dalam almari, aku keluarkan. Cahaya dihujungnya berkelip perlahan. Buku mantra pula kucapai.

Dah lama aku tak gunakan tongkat ni. Last guna pun, masa di taman Rosselton dulu. Lepastu aku terus biarkannya berhabuk.

Beberapa mantra kuhafal dan kuhadam baik-baik. Mana tau berguna suatu hari nanti. Aku pun tak faham kenapa Laura serahkan tongkatnya kepadaku. Aku tau, alasan yang digunakan bukan kerana mempercayaiku semata-mata.

Setelah agak bosan dengan mantra, aku terus berhajat ingin ke perpustakaan mini. Dalam bilik aku je pun, cuma kena tolak sedikit almari baju.

Obor dipasang lalu keadaan lorong yang gelap gelita terus jadi terang benderang.

Aku mula menyusuri lorong itu perlahan. Lorong yang menghubungkan bilik aku dan perpustakaan privasiku. Crystal pun tak tahu tentang perpustakaan ini.

Sejak dia tahu aku ahli sihir haritu, terus dia menjauhkan diri. Aku tau dia merajuk dan takut sebab aku tak ceritakan perkara sebenar.

Buku-buku yang lama tak kusentuh aku perhatikan. Tiba-tiba jatuh sebuah majalah yang agak lusuh tepat dikakiku.

"Jatuh? Takde angin takde ribut, tetiba boleh jatuh," ujarku sendirian.

Majalah itu kuambil. Pelik, kerana aku tak pernah tahu pun kewujudan majalah ini diperpustakaanku.

Majalah itu kuselak sepintas lalu. Tulisan purba.

Siapa punya majalah ni sesat dalam bilik aku?

Sampai dihalaman tengah, majalah itu mula menghasilkan cahaya yang teramat terang hingga menyilaukan mataku.

Vgíka gia na proeidopoiíso. Akoúste me, klironómo mou!

Muncul kepulan asap, sebelum sesusuk tubuh menyapa mataku.

"Razqia! Larilah selagi boleh! Bakar majalah ini sebelum kuasa jahat terlepas!" suara dari tubuh itu bergema.

Bakar? Tapi bukan dia pun dari majalah tu ke?

"Hiraukan aku! Selamatkan tongkat Laura sebelum dia datang merampas," sejurus selepas itu asap itu perlahan masuk ke dalam majalah kembali.

Suara hilaian pula menyapa gegendang. Berdiri bulu romaku.

Asap merah berkepul-kepul keluar. Sesusuk tubuh berwajah hodoh menyapa pandanganku.

Pantas aku membulatkan mata.

"Kau pewaris Maliqa! Takkan aku biarkan kau hidup dengan tenang! Serahkan tongkat itu sebelum aku hancurkan kau jadi abu!" ujarnya sambil menuding jari ke arahku.

"Tongkat apa?! Mana aku tahu apa-apa berkaitan tongkat!" lawanku. Aku resah sebenarnya. Kalau dia campak mantra kat aku habislah. Aku nak lawan pakai apa? Tongkat dalam bilik.

Wajahnya yang hodoh kadang-kadang mengerikan aku.

Apa? Betullah. Sebelum ni aku hanya pelajar kolej yang aman sebelum Laura tiba-tiba menghantar tongkatnya yang membuatkan kehidupan aku berubah serta merta.

Tanpa berlengah, aku mengambil pemetik api lalu membakar majalah itu.

Suara jeritan tiba-tiba kedengaran.

"Tak guna kau Maliqa! Aku akan hancurkan keturunan kau!" ujar ahli sihir itu sebelum menghilang.

Aku melihat majalah yang telah menjadi abu. Ada sinar-sinar kecil meliputi abu tersebut.

Aku percaya, ahli sihir itu telah masuk kembali ke dalam majalah.

Persoalan aku sekarang, siapa Maliqa?

Adakah dia yang menyuruhku membakar majalah tadi?

Aku, pewaris Maliqa?

Aku, pewaris Maliqa?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Trick Or Treat! HalloweenVaultWhere stories live. Discover now