Aku dan Erika Vase meredah hutan. Sesekali mataku melirik ke arahnya.
"Cukuplah memerhatiku. Kamu nak tanya apa?" soalnya tanpa memandangku. Tersentak aku."Err.. Puan Vase umur berapa?" soalku teragak-agak.
"Aku sudah berusia 132 tahun," ujarnya tenang.
"132?!" ujarku terkejut.
"Ya, kenapa?"
"Tak ada apa-apa. Boleh saya tau, puan kenal Maliqa atau tak?" soalku. Dia kulihat tersentak sebelum memandangku tajam. Aku pulak yang gugup.
"Kenapa tanya?" soalnya dingin.
"Err.. Sebenarnya, saya pernah didatanginya sebelum ini dan dia mengatakan bahawa saya pewarisnya. Jika puan sudah hidup lama, pasti puan kenal dia, kan?" terangku.
"Apa? Kamu pewarisnya? Kamubada tongkat itu?" soalnya teruja. Wajahnya yang dingin terus bertukar gembira.
"Ya. Ada dalam beg. Saya tak dapat gunakannya disini," ujarku sambil mencapai tongkat.
"Bagus! Penyelamat dunia sihir telah muncul. Jadi, pasti Maliqa yang menghantarmu mencariku disini," ujarnya riang.
Aku mengangguk sedikit. Tidak yakin samada Maliqa atau bukan.
"Boleh ceritakan bagaimana kuasa sihir ni diperoleh?" soalku ingin tahu.
"Ya. Boleh,"
POV ERIKA
"Maliqa, kau tak teringin ke untuk menjadi orang ternama?" soalku ketika sedang mengendalikan kuda. Maliqa dibelakang, memelukku erat.
"Taknak. Lagipun siapa yang nak iktiraf aku? Aku hanya ahli biasa," ujarnya.
Aku hanya mendiamkan diri. Kuda terus dipacu melalui jalan denai. Jalan pintas ke rumah kami.
Sampai disatu selekoh, kuda yang aku kendali tiba-tiba mengalami gegaran hebat sebelum kami sama-sama tergolek dijalan denai.
Luka ditangan tak kuhiraukan. Aku terus mengangkat Maliqa sebelum membetulkan kembali kuda kami.
"Kau okay?" soalku.
Maliqa hanya mengangguk sebelum bertanya apa yang berlaku. Aku hanya mengangkat bahu.
Perjalanan kami diteruskan.
Setelah seminggu kemalangan itu berlaku, aku merasakan seperti ada tenaga baru di dalam tubuhku.
Tanpa menghiraukannya, aku terus menapak ke dapur. Kelihatan Maliqa sedang memegang segelas air.
Tiba-tiba Maliqa tersadung sebelum air itu tertumpah dari gelasnya. Serentak itu juga aku menghalakan tanganku sebelum perlahan-lahan menggerakkannya ke atas. Air itu kembali masuk ke dalam gelas.
Maliqa tergamam melihatku.
"Macamana kau buat?" soalnya pelik.
"A..aku tak tahu. Tiba-tiba je aku dapat kawal air," ujarku gugup.
"Aku pun nak tunjuk kau sesuatu," kata Maliqa sebelum tangannya menolak udara. Tiba-tiba tingkap yang berselak itu terbuka sendiri. Tergamam aku.
"Aku dapat kawal angin. Aku rasa ada kena-mengena dengan kemalangan tempoh hari," ujarnya perlahan. Aku mengangguk faham.
"Kita kena rahsiakan,"
Setelah sebulan mempunyai kuasa ini, aku berlatih bersama Maliqa untuk menguasainya.
Tiba-tiba, musuh kami iaitu Neldya muncul dihalaman rumah.
"Hai, berlatih kuasa nampak," gelaknya sinis. Aku dan Maliqa terkejut. Habislah.
"Aku cuma nak tunjuk ini," ujarnya sebelum bebola api muncul ditangannya sebelum dilemparkan ke arah kami. Aku dan Maliqa bingkas mengelak.
"Aku akan pastikan yang aku akan mengawal dunia sihir suatu hari nanti," ujarnya sebelum menghilang.
"Aku rasa, baik kita cipta tongkat dan letakkan separuh kuasa kita. Aku akan berikannya kepada Laura," ujar Maliqa. Aku hanya mengangguk.
Normal POV
"Jadi, Laura warisku?" soalku.
"Ya. Dan ahli sihir terkutuk tu dah berjaya bunuh Laura. Aku tahu, kamu juga pernah berjumpa dengan ahli sihir itu bukan?" soalnya sebelum memandangku.
Habislah! Dunia akan musnah jika tongkat itu jatuh ketangannya.
YOU ARE READING
Trick Or Treat! HalloweenVault
Short StoryHimpunan prompt yang disediakan oleh AmbassadorsMY sempena Halloween! Jemput baca! -Den- Start : 1 Oct 2018 Complete : 5 Nov 2018