Bandar Zombie

17 4 0
                                    

Pagi itu aku bangun agak lambat dari kebiasaannya. Dengan langkah agak perlahan, aku keluar dari bilik.

"Crystal?" panggilku perlahan.

Sejak kejadian Mio haritu, Crystal kembali normal denganku.

Aku memanggil-manggil Crystal beberapa kali, namun tetap tidak dijawab.

"Apa ni?" ujarku sendirian setelah terasa cecair berlendir ditapak kaki.

"Da-darah?" aku mula mengikuti jejak darah itu dengan perasaan yang penuh tanda tanya.

Sampai dibilik Crystal, terus aku menjenguk perlahan.

Kelihatan Crystal sedang berjalan mundar-mandir dengan langkah yang agak pelik. Bila diperhatikan betul-betul, pakaiannya juga diselaputi darah.

Apa ni?

Aku mengundur perlahan-lahan tidak ingin kehadiranku disedari Crystal.

Dengan langkah yang agak cermat, aku terus melangkah ke dalam bilikku. Pintu dikunci rapat tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Pintu gelangsar kutarik perlahan. Aku menjenguk ke bawah. Kelihatan kereta-kereta tersadai ditengah jalan. Ada yang remuk, ada yang masih elok. Asap berkepul-kepul naik ke udara. Orang ramai kelihatan dilumuri darah sambil berjalan tanpa arah haluan. Kesemuanya berjalan senget. Baju-baju ada yang koyak.

Kini, baru aku sedar, aku sedang berada di dalam bandar zombie! Persis permainan video yang sering kumain, Plants vs Zombie.

Aku menutup kembali pintu gelangsar.

"Grrrr"

Aku tersentak seraya berpaling ke belakang. Kelihatan anjing belaanku, Melon sedang memerhatiku.

Dimulutnya menitis darah. Badannya juga serupa zombie diluar. Takkanlah... Anjing juga?!

Dengan pantas aku menepis tanga Melon yang cuba mencakarku. Tercampak Melon disebelah katilku.

Tanpa apa-apa, tangannku berjaya digigit oleh Melon!

"Arghhh!" jeritku perlahan. Tidak mahu didengari zombie lain.

Aku meronta-ronta ingin melepaskan gigitan Melon, namun tidak boleh.

Aku melilau melihat sekeliling sebelum mataku terarah kepada sebuah pasu bunga.

"Maafkan aku, Melon," ujarku perlahan sebelum menghentakknya menggunakan pasu. Dengan bantuan mantera, aku berjaya membunuh Melon.

Gigitan di tangan, aku tekup perlahan. Sakitnya!

Kesan gigitan itu mengeluarkan asap putih nipis. Aku segera mencari tongkatku di dalam almari. Dapat sahaja, terus ku bergerak ke perpustakaan peribadiku.

Aku duduk sebelum membelek buku mantra. Mencari-cari mantra untuk mengubat gigitan zombie, namun tiada.

Tiba-tiba, sebuah buku terjatuh sebelum seperenggan ayat muncul.

Kamu perlu ke Dunskin Hill untuk mencari penawarnya. Disana, berjumpalah dengan Erika Vase. Zombie-zombie itu ingin memakan otakmu, seranglah ia dibahagian jantung. Namun, jangan membunuh semuanya.

"Takda penawar disini?! Dunskin Hill tu jauh sangat!" ujarku sambil melangkah keluar. Barang-barangku dikemas ala kadar.

Tongkat disisipkan ke pinggang. Sebelum itu, sempat kutukarkan pembaris menjadi sebatang tombak yang tajam.

Sebelum keluar, sempatku balut lukaku menggunakan kain yang dibaca mantra. Prosesnya agak lambat.

Aku membuka pintu perlahan-lahan sebelum melangkah ke tingkat bawah. Segalanya dilakukan dengan cermat, kerana aku takmahu membunuh Crystal.

Aku keluar melalui pintu belakang. Setelah memastikan keadaan selamat, aku berjalan perlahan.

Kelihatan beberapa zombie sedang berjalan, segera aku menyorok dibelakang sebuah kereta.

Kereta itu masih elok, aku mengintai sedikit, kuncinya masih ada. Tanpa membuang masa, aku terus menyusup masuk.

Enjin dihidupkan dan kereta menderam perlahan. Zombie-zombie tadi terus menerpa ke arahku.

Kuat tenaganya apabila cermin belakang pecah dihentak. Aku terus mengambil tombak dan menikam jantung mereka.

Minyak ditekan sebelum aku berlalu dari bandarku ke suatu tempat.

Dunskin Hill.

Dunskin Hill

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Trick Or Treat! HalloweenVaultWhere stories live. Discover now