Werewolf

16 5 0
                                    

Sudah sebulan aku menetap di Dunskin Hill. Sudah sebulan juga aku berhadapan dengan sumpahan disini.

Sesiapa yang tinggal disini, pasti akan menjadi binatang jadian. Samada harimau, kucing atau serigala.

Dan aku telah menjadi serigala jadian. Puas aku cuba mengawal pertukaran dan akhirnya aku berjaya.

Tongkatku tidak boleh digunakan disini disebabkan kampung ni dipagar.

"Ni lah dia, Si Serigala yang asyik membuat kecoh!" ujar seorang jejaka yang menghalang laluanku.

"Ish! Ketepilah!" ujarku marah.

"Huh! Datang kampung orang, tunjuk lagak pulak," ujarnya lagi. Rakan-rakannya hanya tertawa melihatku.

Memang benar, dulu ketika sampai dikampung ni, aku membuat kecoh.

Agak-agaklah wei, masuk je sempadan kampung ni, terus aku bertukar jadi serigala. Siapa yang tak kecoh?

Aku terus berlari kesana kemari hingga membuatkan orang ramai marah.

Seminggu aku berkurung, cuba menukar diriku yang asal. Dan akhirnya aku berjaya.

Tetapi, jejaka dihadapanku ini memang dari dulu tak puas hati denganku. Mark William namanya.

"Dahlah tu, Mark. Jomlah," ajak rakannya.

"No! Aku tak puas lagi," tolaknya mendatar.

Berterusan dia mengejekku.

"Serigala takguna. Baru muncul, tapi dah huru-harakan kampung. Baik tak payah datang. Entah dari mana asal," ujarnya lagi.

Kesabaranku semakin tipis.

"Grrr," aku menderam. Mark William kelihatan terkejut namun tidak berhenti.

"Tengok! Serigala marahlah! Hahahahaha," gelaknya kuat.

Penglihatanku semakin merah. Figura Mark William kulihat berwarna hitam. Petanda yang aku telah bertukar.

Aku nak pesan, jangan sesekali percaya pada haiwan ketika sedang marah.

Dia yang ketakutan melihat aku semakin hampir dengannya segera menukar dirinya menjadi rubah putih.

Oh! Ini menempah bala namanya. Aku mengeluarkan lidahku. Bau rubah tersangat membuka selera.

Aku mengejarnya setelah dia mula berlari masuk ke hutan. Aku dapat menangkap suara beberapa rakannya.

"Tolong! Serigala tu buat kecoh lagi! Mark dalam bahaya!" ujar mereka.

Mark William hanya berjarak satu meter. Dengan sekali lompat terus aku dapat menangkapnya.

Rubah putih itu menderam ketakutan. Namun, aku yang dikawal perasaan terus sahaja membaham lehernya. Dia menggelupur beberapa saat sebelum kaku.

Dagingnya aku makan dengan penuh berselera.

Tiba-tiba aku terdengar beberapa derap kaki. Aku tersentak, meninggalkan bangkainya disitu.

Penat berlari, aku ingin menukar diriku seperti biasa. Namun, aku tak berjaya!

Dengan perasaan takut, aku mencari tempat tinggal sebelum aku bertemu dengan sebuah rumah usang.

Aku melangkah masuk sebelum disapa oleh seorang wanita. Pakaiannya bertampal.

"Hmm.. Darah. Kamu makan dagingkah? Kamu tak tau ke kalau makan daging ketika menjadi haiwan akan menghalang kamu menjadi normal?" tanya wanita itu. Aku terus menundukkan wajah. Telinga diturunkan.

"Baiklah. Aku akan membantumu," ujarnya sebelum membaca beberapa mantra. Aku merasakan diriku semakin mengecil sebelum aku perasan yang aku adalah manusia kembali.

"Terima kasih! Tapi macamana sihir boleh digunakan?" soalku.

"Aku yang mencipta sumpahan ini, kenapa pula aku yang terkena?" jawabnya sambil tersenyum. Aku tersentak.

"Jangan bimbang. Aku tau kamu orang luar. Kenapa kamu ke mari?"

"Aku ingin mencari Erika Vase,"

"Kenapa?"

"Bandarku diserang satu sumpahan zombie. Aku dapat alamat untuk mencari Puan Vase,"

"Oh! Itu mudah! Jom pergi sekarang!" ujarnya sebelum bersiap-siap untuk pergi.

"Ke mana?"

"Ke bandarmu lah! Aku Erika Vase!" ujarnya tersenyum lalu keluar.

"Hah?!" aku juga ikut keluar.

"Hah?!" aku juga ikut keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Trick Or Treat! HalloweenVaultWhere stories live. Discover now