Bilik Terkunci

29 6 0
                                    

Pin pin!

Aku melangkah keluar daripada kereta lalu mengheret bagasiku.

Angin kampung terus menerpa. Mataku menangkap kelibat seorang tua dimuka pintu.

"Hi nek!" sapaku sambil melangkah mendekatinya.

"Lewat kamu sampai. Dah tengah malam. Masuklah," jemput nenekku. Dia berseorangan setelah kematian suaminya 3 tahun lalu.

"Susahlah nek. Pedalaman sangat," ujarku lalu melabuhkan punggung ke sofa lusuh.

"Hampir jam 12 malam. Kamu lapar?" nenekku turut melabuhkan punggung berdekatan tingkap.

"Lapar, tapi takpelah nek. Razqia nak tidur," tolakku.

"Naik tingkat 2. Nenek dah kemaskan. Pilih mana-mana bilik kecuali bilik berpintukan merah ditingkat 3," ujar nenekku seraya berpesan. Pesan atau amaran?

"Kenapa nek?" soalku ingin tahu.

"Masuk bilik, kemas baju. Lepastu tidur. Nenek masuk bilik dulu," usai berkata, nenek terus berlalu.

Malas berfikir, aku lekas mendaki ke tingkat dua. Besar rumah ni. Banglo usang 3 tingkat.

Pagi itu setelah bersiap, terusku turun. Nenek kehulu kehilir menyediakan sarapan.

"Morning nek!" sapaku riang. Setahun tidak bertemu dengannya.

"Duduk. Nenek dah siapkan pancake," pinggan berisi pancake diletakkan dihadapanku. Asapnya berkepul naik udara.

"Madu? Coklat? Strawberry? Blueberry?" soal nenek sambil mengangkat botol-botol jem. Aku terus mencapai botol bergambar lebah.

"Nenek nak keluar sekejap. Ingat, jangan naik ke tingkat 3," usai berpesan, nenek terus berlalu.

Aku hanya mengangkat bahu sambil menjamah pancake. Selepas ini, aku berhajat ingin ke belakang rumah. Dah lama aku tak ke sungai.

Perlahan aku membawa langkah sambil memerhati sekeliling. Kelihatan dua tiga buah rumah yang usang. Entah masih berpenghuni atau tidak.

Usai bermain air, aku terus melangkah pulang. Kelihatan nenek sedang menungguku di beranda.

"Kamu balik ke bandar bila?" soal nenek setelahku labuhkan punggung dibirai tangga.

"Minggu depan nek. Razqia tak boleh tinggal kolej lama-lama," ujarku kesal. Hasrat ingin tinggal bersama nenek lebih lama.

"Takpelah. Belajar elok-elok. Nenek masuk dulu," aku hanya memerhati langkah nenek.

Pejam celik pejam celik, esok aku dah ingin pulang. Bagasi telah kuletakkan siap-siap ke dalam kereta.

Satu yang pelik aku perhatikan sepanjang dua minggu disini, nenek selalu keluar awal pagi dan pulang lewat petang.

Mukanya sentiasa kelihatan segar selepas pulang. Disini ada terapi muka ke apa?

Sekarang pun nenek takde. Keluar.

Jangan masuk bilik pintu merah

Jangan masuk bilik pintu merah

Jangan masuk bilik pintu merah

Ayat nenek terngiang ditelingaku. Perasaan ingin tahu mula muncul. Dulu tak ada pulak nenek bagi arahan macamtu. Ada apa dalam tu?

Aku pantas menapak ke tingkat tiga. Sementara nenek belum pulang, baik aku tengok cepat.

Sampai sahaja, aku terus memulas tombol pintu. Berkunci!

Puas aku mencari kunci diserata genap, akhirnya pintu bilik itu terbuka.

Terbeliak mataku melihat keadaan bilik itu. Penuh warna merah. Di satu sudut terletak meja serta beberapa botol kaca. Didinding pula terdapat gambar sebatang tongkat.

"Tongkat apa tu?" segera aku melangkah ke depan. Terbeliak mataku setelah mengenalpasti tongkat itu. Tongkat Laura!

Kenapa nenek ada gambar tongkatnya? Disudut dinding lain terdapat beberapa keping gambar Laura, sepertinya disimbah cat berwarna merah darah. Wait, cat atau darah?!

Dengan penuh persoalan, terus aku keluar tergesa-gesa. Perasaanku mula tidak enak.

Apa yang aku tau, aku perlu keluar dari rumah ni!

Apa yang aku tau, aku perlu keluar dari rumah ni!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Trick Or Treat! HalloweenVaultWhere stories live. Discover now