Penulis

18 7 0
                                    

Aku sebenarnya gemar menulis. Salah satu sebab mengapa aku membina perpustakaan privasiku ini adalah untuk mengabdikan kesemua karya-karyaku.

Aku suka Halloween. Bertarikhkan 31 Oktober setiap tahun, aku akan merayakan hari Halloween.

Diari kutatap lama. Sudah lama rasanya aku tidak mengemaskini diari.

Pen dicapai lalu aku mula menulis.

Aku tak sangka kehidupanku berubah sekelip mata selepas kepergian Laura. Aku tak minta untuk jadi ahli sihir penyelamat dunia.

Dan, siapa Maliqa? Katanya, aku adalah pewarisnya. Apa-apa pun aku harap aku berjaya kalahkan ahli sihir terkutuk tu. Fighting Razqia!

Aku menutup kembali Diari. Buku-buku yang mengandungi manuskripku, aku ambil perlahan.

Buku yang bertajuk Halloween Is My Favourite Day kubuka.

Kosong?!

Itulah apa yang mataku nampak. Dimana semua tulisan-tulisan cerita aku?

Apa ni?! Setiap muka surat ku selak, namun langsung tiada sebarang tulisan. Malah buku itu bersih seperti belum digunakan. Hanya tajuknya sahaja yang ada.

Buku kedua yang bertajuk 31 October of Halloween pula kuambil.

Pun sama?!

Halloween memberikan aku inpirasi setiap kali aku ingin menulis, tapi takkan semudah ni hilang?

Tanpa membuang masa, aku kembali menulis cerita tersebut.

Tulisan tentang makhluk ngeri yang muncul ketika 31 Oktober, memakan kanak-kanak yang ingin meminta gula-gula.

Minatku terhadap Halloween menjadikan aku sanggup menulis cerita sama buat kali kedua.

Setelah hampir tiga mukasurat aku menulis, aku terus menutup buku tersebut. Esoklah aku sambung balik.

Lampu ditutup kemudian aku melangkah keluar dari ruangan itu.

Keesokkannya, aku masuk kembali untuk menyambung tulisanku. Buku bertajuk 31 October of Halloween itu kembali kubuka.

Terbuntang mataku melihat buku itu kosong kembali. Menyirap terasa darahku.

Ada apa sebenarnya ni? Aku menulis beberapa perkataan di atas buku itu lalu kututup.

Lima minit kemudian kubuka kembali.

Yes! Kembali kosong!

Aku mengulangnya beberapa kali, ternyata tepat. Setiap kali aku menutup buku itu, setiap kali itulah tulisanku akan hilang.

Aku mencapai pula buku bertajuk Memoir Me and You.

Aikk?! Ada pulak. Beberapa buku lain selain Halloween tetap ada tulisannya. Namun buku tentang Halloween tiada. Apakah ini?

Lama aku berfikir tentang misteri tulisan ini.

Tiba-tiba muncul beberapa tulisan di atas mukasurat yang aku buka.

Tentu pelik bukan kerana tulisanmu semuanya hilang?

Terkejut aku sehingga aku hampir terjatuh ke belakang.

"Siapa kamu?" aku mencuba bercakap dengannya, namun tiada tulisan lain. Pantas, aku ambil pen dan menulis soalanku tadi.

Tak perlu tahu siapa aku. Berhentilah menulis tentang makhluk itu. Hidup kami semakin tidak tenang.

Maksudmu?

Setiap kali kamu menulis, ayat-ayatmu akan menjadi kisah benar untuk kami disini. Setiap hari kami akan meratapi kematian anak-anak kami. Kami mohon berhentilah menulis.

Hah? Jadi, sebab itulah ceritaku hilang?

Ya. Berhenti menulis dan teruskan perjuanganmu untuk menyelamatkan dunia, Witch Razqia.

Macam mana kamu tau?

Kami juga hidup sepertimu, cuma bezanya kami di dalam buku. Saya pergi dulu. Terima kasih.

Tulisan-tulisan itu kemudiannya lenyap. Benarkah ada dunia disebalik buku?

Arghh! Kenapa aku terjebak dengan semua ni?! Dulu elok je aku menulis, tapi lepas dapat tongkat tu terus hancur hidup aku!

Halloween.. I will miss to write about you.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Trick Or Treat! HalloweenVaultWhere stories live. Discover now