"MANISNYA kawan aku sorang ni. Lagi manis kalau bertudung" perli Haniey.
"Eleh. Depan aku cermin ni. Maii laa renung-renungkan diri kau tu bertudung ke tak?" Balas Arissa smbil menyikat rambut panjang separas bahu. Arissa hanya memakai baju kurung yang diberikan oleh Haniey dan mengenakan sedikit gincu dan mengikat rambutnya. Ya, nampak comel.
"Haniey. Aku takut" jelas kerisauan di wajah Arissa.
"Tak payah risau laa. Tengku Aimien mesti jaga kau punya laa. Dia yang nak kahwin dengan kau kan" balas Haniey.
Arissa mundar-mandir selama 10 minit di hadapan kawannya . "Kau duduk boleh tak Arissa stress aku tengok kau" kata Haniey sambil membuat muka menyampah.
"Aku takut laaa"
"Aku dah katakan . Semua ni hanya soalan math kau tengah kira sekarang ni satg kau dapat laa jawapan sebenar kau sama ada positif atau negatif" kata-kata Haniey sedikit menenangkan Arissa.
"Tu husband to be kau dah datang. Ya Allah handsome nyerrr. Mesti nanti kau tak keluar bilik dah kan." Arissa menampar paha Haniey sebelum keluar dari rumah.
"WOW simple. Saya suka" puji Tengku Aimien" Arissa hanya menunduk malu. Tengku Aimien membuka pintu untuknya.
"Kau apasal . Muka macam nak pegi perang ja?" Tanya Tengku Aimien bila keadaan sunyi dalam kereta.
"Saya takulaa Tengku" balas Arissa gelabah.
"Family aku tak makan orang. Dan stop! Panggil aku Tengku. Just call my name" Kata Tengku Aimien sambil menandu. Arissa hanya mengangguk.
SELEPAS sejam menandu akhirnya sampai jugak mereka di rumah keluarga Tengku Aimien. Arissa terpegun dengan kecantikkam rumah banglo 3 tingkat pada waktu malam. Terdapat satu kolam renang mini disebelah rumah berdekatan dengan halaman rumah dan ada jugak taman yang dipenuhi pelbagai bunga. Perfect!
Tapi Arissa mula gelabah bila Tengku Aimien mengajaknya keluar.
"Ten.. errr Aimien saya nak balik. Saya takot" Arissa memang tengah gelabah bewak dalam kereta.
"Adreana Arissa! Aku dah cakap family aku tak makan orang" tanpa berlegah Tengku Aimien menarik Arissa keluar dari kereta dan menarik tangan Arissa masuk ke dalam rumah. Arissa hanya mengikut saja.
"Assalamualaikum" ucap Tengku Aimien lalu membawa Arissa ke ruang makan bila dia melihat semua ahli keluarga dan Harith di situ.
"Waalaikumussalam. Haa bawak bakal isteri kamu makan dulu. Lepas ni baru kita sembang-sembang" Ajak Tengku Asyiqin. Arissa merasa sedikit tenang bila wanita itu agak ramah.
Tengku Aimien menarik kerusi untuk Arissa dan dia duduk bersebelahan dengan Arissa. "Ni sapa nama?" Lembut Tengku Ahmad Shah bertanya.
"Adreana Arissa Tengku" balas Arissa sopan.
"Apa pulak Tengku ni Adreana. Panggil mama papa laa ni along" kata Tengku Asyiqin sambil menunjuk Tengku Adam. Tengku Aimien perasan yang Harith diam seribu bahasa dengan muka macam lepas bunuh semut.
"Harith kau apahal?" Tanya Tengku Aimien. Semua mata pandang ke arahnya.
"Errr. Aku balik dulu ehh. Sorry uncle auntie,Adam" laju saja Harith berlari keluar. Mereka hanya ketawa kecil. Dia punya sakit perut tak boleh bawak bincang.
"Haii along. Tenung Adreana macam nak telan ni dah kenapa? Adreana angah punya jngn buat pasal" tegur Tengku Ahmad Shah.
"Ehh bukan macam tu pa. Ma ingat tak masa kita pegi ambik baju mama dekat Haniey's Collection tu? Ni bukan pekerja Haniey ke?" Tengku Adam menghala pandangan kearah mamanya. Tengku Asyiqin memerhati wajah Arissa.
YOU ARE READING
Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️
Romance"Let me stay by your side" ------------------------------------------------ Adreana Arissa - "serius ! muka macam budak nak ambil spm jer " Tengku Aimien - "dah agak. Kau terima jela bakal suami kau ni budak budak spm" ...