BAB 44

2.1K 43 0
                                    

"TENGKU AIMIEN ada?" Soal Balqis sombong. Dia dah pernah datang dan rempuh masuk tapi tak sampai bilik Aimien dah kena heret dengan guard. So, kali ni dia datang sopan sikit.

"Tengku cuti untuk dua minggu. Kenapa cik? Ada apa-apa pesanan? Nanti saya bagitahu Tengku" balas lembut setiausaha Aimien.

"Ohh, takpe la" dalam hati dah sumpah seranah dah beruk tu.

"Mana la kau pergi. Haih" tanpa menunggu lama Balqis terus turun dari bangunan yang gah itu. Dia melihat bangunan itu, kalaulah dapat ceo dia mesti bermandi duit kompem.

"Bodohlah, Aimien!" Balqis menghentak kuat stereng kereta. Kali ni dia terpaksa melakukan kerja merampas Aimien dengan sendiri. Haziq tak boleh harap. Suruh bunuh Arissa tapi dah tidur lokap. Haishh serabut.

"KAU serius la, Mien?" Harith ragu-ragu. Aimien nampak rilek je.

"Serius la. Kalau tak. Aku tak ajak kau la" balas Aimien.

"Entah-entah tu bukan number Haniey ke. Sarawak duh. Tak yakin laa diorang pergi sana"

"Kau diam boleh tak. Aku nak pegi toilet jap. Jaga phone aku." Telefon disuakan kepada Harith dan terus dia berjalan menuju ke tandas. Ada lebih kurang 40 minit sebelum dia berlepas ke Sarawak. Dia yakin sangat.

Telefon Aimien berdering. Tapi Harith buat tak tahu. Telefon orang malas nak angkat. Tapi degil juga si pemanggil tu. Duk call tak henti-henti. Harith terus menjawab tanpa melihat nama di skrin telefon.

"Hello, Mien?" Terus kaku Harith. Dia menjauhkan telefon dari telinga dan melihat nama yang tertera di skrin. Haniey.

"Aimien?" Harith terdiam. Dia tak tahu nak buat apa. Takut kalau dia mengeluarkan Haniey terus tutup. Jadi dia diam. Takut juga Haniey tak percaya Aimien nanti sebab kasi Harith cakap.

"Aimien? Kau dengar tak?" Allahu suara yang dirindui.

"Ok la aku letak dulu" Harith hanya memandang skrin gelap. Dia tertanya adakah Aimien dengan Haniey selalu contact?

Dia membuka semula telefon Aimien. Hanya ada 3 panggilan dari Haniey. Maknanya diorang tak selalu call. Mungkin Aimien call untuk bertanyakan tentang Arissa.

Harith nampak Aimien dari jauh databg cepat-cepat dia menutup telefom Aimien dan acah seperti tiada apa berlaku.

HANIEY dah runsing. Harini dah hari ketiga Arissa tak sihat. Puas diajak tetap tidak mahu pergi. Harini dia tak kisah. Dia ken heret juga Arissa pergi. Sebab nampak dah teruk. Degil!

Duk syoq layan pubg Hadif terdengar suara orang memberi salam. Laju kakinya melangkah ke arah pintu utama.

"Waalaikumussalam" pelik dua lelaki dengan berpakaian segak. Jauh beza dengan dia. Dengan kereta mewah. Siapa mereka ni?

"Ermm, ni rumah Haniey ke?" Soal Aimien.

"Err, ye? Ni siapa?" Baru saja Aimien nak bukak mulut Haniey datang.

"Sapa Hadif?" Tengok saja dua manusia tu terus Haniey lemah. Bukan sebab Aimien tapi Harith. Harith pun mata memandang Haniey tanpa berkelip. Jauh beza dengan Haniey yang dulu. Sekarang Haniey dah berbaju kurung.

"Err err. Masuklah"

"AKU nak tengok Inara" ujar Aimien atau lebih tepat perli. Haniey dah takut. Inara tu Arissa. Arissa masih tidak tahu. Sebab Arissa keja dia tidur.

"Inara? Awak maksud Arissa?" Haniey menepuk dahi. Awat laa banyak mulut sangat manusia ni. Haih. Inara tu panggilan dekat sini untuk Arissa. Mean orang kampung dekat sini panggil dia Inara. Kecuali Hadif dengan Aryan. Mungkin Arissa tidak mahu orang tahu identiti dia sebenar. Isteri ceo siapa je tak kenal.

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now