BAB 30

2.1K 50 0
                                    

ARISSA runsing dengan perangai Aimien ni. Dia merajuk macam dia yang mengandung. Meraju sikit-sikit tak apa la ni siap pakej taknak cakap, aduhaii. Baby papa awak tak betul sikit tau harini.

Ibu mendekati Arissa yang bersendirian di ruang tamu.

"Arissa , pi amek buah jambu sendiri boleh dak? Ibu nak pi rumah kak siti sat dia suruh ibu tolong dia jait baju" kata Puan Zawiyah. Arissa yang menonton drama tu memandang ibunya.

"Tapi Arissa malu nak mintak" balas Arissa dengan mulut yang tersengih. Malu nak pergi rumah orang mintak buah jambu. Maluuu.

"Ibu dah habaq dah kat dia. Ni ajak Aimien teman , ibu nak pi dah ni" Arissa hanya mengangguk sambil mumcungkan mulutnya. Alaa , kenapa kena ajak Aimien ibuuu dia merajuk dengan Arissa tauuu. Hermmm.

Arissa bersandar di sofa sambil memikirkan sama ada nak pergi atau tidak. Haih laa Aimien kalau kau tak merajuk boleh ajak kau. Ajak jela dia taknak sudah janji aku bagitau dia.

Pintu bila dibuka dari luar. Arissa melihat Aimien terlantar tidur atas katil. Pagi-pagi macam ni bukan ada kerja pun. Si Aisha tu terbongkang tidur , anak dara sapa la tu.

"Aimien" Arissa bersuara setelah melihat Aimien seperti tiada tanda-tanda ingin bangun.

"Aimien , saya nak pegi rumah kak Nab nak ambil buah jambu. Awak nak ikut tak?" Aimien masih lagi dalam posisi yang sama. Dia dengar ekceli tapi merajuk dia tak habis lagi.

"Ok , awak tidur laa saya pergi dulu" suara Arissa kedengaran seperti berjauh hati dengan Aimien. Dia membuat keputusan untuk pergi sendiri. Alaa bukan jauh sangat pun tapi jauh la jugak.

Aimien mencelik mata selepas terdengar Arissa menutup daun pintu. Terus dia bangun dari baring. Dia hanya memandang pintu bilik tanpa sebarang perasaan. Dan dia sambung semula tidurnya.

"ASSALAMUALAIKUM , kak Nab" sapa Arissa ramah. Tangan Kak Nab diraih dah disalam.

"Waalaikumussalam , baru balik ka? Lama tak jumpa makin lawa hang ni , meh meh duk sini" puji Kak Nab. Dia mempelawa Arissa untuk duduk di atas pangkit rumahnya.

"Hahahaha, ya baru balikk. Mana ada lawa Kak Nab tu dari dulu sampai lani licin ja muka tak macam umur 45 tahun pun" seloroh Arissa.

"Ni hang mai ada apa ni?"

"Arissa teringin nak makan jambu Kak Nab tuu"

"Laa , awat tak tepon boleh Kak Nab pi hantaq , mak hang pun habaq kata hang nak buah jaa" Kak Nab ni peramah orangnya , dia kira orang yang paling penting bagi Arissa laa. Kak Nab ni baik , selalu tolong Ibu dulu sebab tu Arissa senang dengan dia ni.

"Hahaha takpa Arissa yang nak makan Arissa la yang kena mai"

"Ni ada apa-apa ka?" Arissa tersenyum mendengar soalan Kak Nab . Dia begitu teruja dengan kewujudan baby dalam perut.

"Awal lagi Kak Nab , baru 6 minggu" ujar Arissa membuatkan Kak Nab bersorak gembira.

"Ya Allah , sat-sat Kak Nab amek buah jambu kat hang" kalut Kak Nab menyarung selipar dan mencari galah untuk mengait buah jambu.

Sedar tak sedar dah tengahari , Kak Nab siap buat garam belacan cicah dengan jambu. Fuhh , nikmat laa Arissa.

"Nah , ni Kak Nab bagi. Balik elok-elok" Kak Nab menghulurkan satu beg plastik buah jambu kepada Arissa.

"Ok , terima kasih Kak Nab" Arissa menyambut beg plastik tersebut.

"Ni , Haziq dah balik tau. Kak Nab bukan apa takut satgi dia duk kacau hang ja memandangkan hang balik ni. " kata Kak Nab risau. Ada yang kenal Haziq lagi tak :)

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang