BAB 39

1.9K 45 4
                                    

"HANIEY, betul ke kau pilih hidup macam ni?" Soal Arissa. Haniey mengeluh. Tak tahu nak cakap macam mana. Itu kehendaknya walaupun hati meronta tidak mahu.

"Arissa, kau kenapa? Sampai cari aku ni? Kaki kau tu kenapa?" Haniey cuba untuk menukar topik. Arissa pula mengeluh. Haihh. Baru nak lupakan. Haniey laa ketuk satgi.

"Aku.. Aku kena tikam. Haziq yang aku cerita dekat kau tu yang nak tikam aku. Tapi tak sempat. Dia baling pisau tu kena kaki aku" ujar Arissa. Haniey terkejut.

"Arissa kenapa dia nak tikam kau?" Soal Haniey sambil membelek kaki Arissa. Dengan angin laut yang sejuk ni buat Arissa sedih. Sedih dengan dirinya. Dengan Aimien. Ni kalau ibu tahu dia lari ni naya dia. Harap laa Aimien tak cari dia kat kampung atau call ibu.

"Aku tak tahu. Haniey aku nak bagitau sesuatu....."

"Astaghfirullahalazim" Haniey mengurut dada. Arissa nampak tenang saja. Mungkin dia patut untuk meluahkan isi hatinya. Dan menjadi tenang kerana semua dah terlepas dari disimpan.

"Lepastu?"

"Lepas tu. Aku terus naik grab lepas kau bagitau kau duduk mana and yeahhh dah sampai" balas Arissa. Ceria palsunya tidak dapat disembunyikan. Haniey pandai membaca riak wajahnya.

"Arissa. Kalau kau sayang dia kau kena bincang dengan dia. Kalau betul pun dia suka Balqis beruk tu kau tetap kena bincang dengan dia bukan lari macam ni" Arissa menghela nafas berat. Nasihat Haniey seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Kalau dia sayang aku dengan anak dia cari laa." Balas Arissa selamba membuatkan Haniey geram.

"Arissa, ingat kau duduk semenanjung ke?"

"Tahu, aku datang Sarawak sebab nak tumpang rumah kau." Ujar Arissa dungu.

"Astaga. Macam mana dia nak cari kau. Kau duduk Sarawak ok. Bukan Kl. Ingat senang ke?" Marah Haniey.

"Kau tak bagi aku duduk sini ke? Ok fine aku aku pergi." balas Arissa. Dia merajuk. Haihla mak budak.

"Okok. Jangan la merajuk. Ok aku tak bagitau Aimien dan tak paksa kau untuk bercakap dengan dia" Haniey mengalah. Bukan dia tak tahu yang Arissa ni hati tak pernah nak kental.

"Hahahaha. Kau jadi ke tunang. Orang sini juga ke?" Soal Arissa. Saja je acah merajuk. Dia tau Haniey mesti mengalah punya.

Secara automatik Haniey tak gembira bila Arissa menanyakan soalan itu.

"Akuu.." Belum sempat Haniey menghabiskan ayatnya ada orang bersuara di belakang mereka.

"Haniey aju, kita dah lambat tok" Haniey mengeluh.

"Arissa. Masuk la rumah. Ada umi kat dalam. Aku pegi dulu" Haniey dengan malas dia bangun dan melangkah ke arah seorang lelaki yang siap menunggu Haniey di pintu kereta. Boleh tahan kacak dia. Aishhh.

Arissa termenung seketika.

Telefonnya berdering.

Harith

Arissa hanya membiarkan telefon terus berdering. Sebaik saja habis berdering terus Arissa off telefonnya.

Arissa bangun dari pangkin dan terus masuk rumah.

"MUN rasa sikmok kita boleh batalkan jak, iboh paksa dirik kitak" ujar lelaki itu sambil memandu kereta. Dia rasa bersalah bila Haniey tak bercakap dengannya walau satu huruf. Dan dia ada perasan yang Haniey memakai gelang yang diukir dengan nama 'Harith'. Buat dia rasa lagi serba salah.

"Hadif, saya tak berapa nak faham. Cakap biasa macam semenanjung cakap boleh?" Lembut Haniey bersuara.

"Boleh je" Haniey rasa sebak. Alangkah baiknya kalau Hadif ni Harith. Allahu. Haniey tak kuat.

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now