FDIS RAYA - 1

2.2K 62 2
                                    

"MUMMY, Icha nak susu" ujar Alisa. Baru tiga tahun dah petah bercakap macam orang tua. Semakin besar semakin manja budak ni. Penat Aimien nak melayan.

"Icha dah besar mana boleh minum susu selalu. Kesian mummy" tegur Aimien. Alisa dah tarik muka masam. Mulut dimuncungkan. Telatah Alisa buat Haniey dengan Aimien tersenyum lebar. Geram.

"Icha nak susu. Kali ni je pasni Icha tak mintak dah. Boleh?" Alisa memandang Aimien lalu mengenyit mata. Geram je. Comel.

"Tanya mummy Icha" balas Aimien.

"Mummy, Icha nak susu?" Alisa beralih dan duduk di atas riba Haniey.

"Comellah Icha ni. Kejap ye mummy buatkan" ujar Haniey lalu melangkah pergi ke dapur untuk menyediakan susu buat anak kawannya. Macam ni rutin harian dia. Pagi bekerja dan petang kena singgah hantar Alisa. Tapi demi kawannya dia tidak kisah.

"Alisa, esok dah puasa. Jangan selalu mintak makanan dekat mummy atau Nek Ja tau" pesan Aimien sebaik Haniey hilang dari pandangan matanya.

"Ok, papa. Icha nak puasa jugak. Nanti kesian Nek Ja dengan mummy" ujar Alisa. Aimien tersenyum lalu mengusap kepala anaknya. Wajahnya buat Aimien semakin rindu dengan arwah Arissa. Dia bersyukur sekurang-kurang Alisa ada untuk melengkapkan hidupnya.

"Haa ni susu Icha dah siap. Mummy kena balik. Esok mummy datang lagi ok?" Haniey mengemas barang-barang mainan yang disepahkan oleh Alisa bagi menyenangkan Aimien untuk menjaga Alisa.

Selesai mengemas dia meminta diri untuk pulang.

"Take care, mummy. I love youu. Bye" lambai Alisa di muka pintu bersama Aimien. Haniey tersenyum.

"You too, baby. Good night. Mummy balik dulu" Haniey melangkah masuk ke dalam kereta.

"ABANG, sahur nak makan apa? Hana boleh masakan?" Lembut Hana bertanya.

"Aku tak biasa makan pagi. Kau masak untuk kau jela. Aku makan oat" balas Harith. Hubungan dia dengan Hana masih seperti dulu. Masih tidak jernih. Niat Harith untuk pindah supaya dia tidak serabut dengan tingkah laku orang tuanya.

"Baik" Hana nampak agak terkilan dengan balasan suaminya. Tapi dia lebih suka diamkan. Dia tahu dia tak layak untuk lelaki itu. Takut makin keruh jadinya.

"Esok buka puasa dekat rumah ibu. Nanti meraung pulak tak bawa menantu dia buka puasa kat sana" ujar Harith lalu mematikan televisyen lalu melangkah masuk ke dalam bilik.

Hana yang ingin menuju ke dapur terhenti bila Harith berkata sebegitu. Walaupun keadaan masih keruh Harith tetap jaga hati ibunya. Bertapa teruknya dia. Sanggup rampas buah hati orang demi kepentingan hati sendiri. Tapi Haniey dah bertunang sebelum Harith kahwin. Dia tersepit.

Hana terkejut bila telefonnya berdering.

Dia tersenyum sedikit sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, Hana"

"Waalaikumussalam, ibu. Kenapa call Hana malam-malam ni?"

"Ibu nak pesan. Harith tak suka makan pagi Hana masak untuk Hana jela. Nanti dia tak makan ibu takut Hana terasa"

"Ohh, Hana tahu. Abang Harith bagitahu tadi. Terima kasih ye ibu"

"Harith dah baik dengan Hana seronok ibu dengar"

"Errr... Hahahha"

"Esok ajak Harith berbuka dekat rumah ibu ye"

"Baik ibu"

"Oklah ibu letak dulu. Selamat malam"

"Ok ibu selamat malam"

Hana tersenyum pahit di atas sofa. Kalau ibu tahu yang Harith masih tak boleh terima dia agak-agak apa reaksi dia nanti. Malas memikirkan dia segara naik dan masuk ke dalam biliknya. Hingga sekarang dia tak pernah berdua dengan Harith. Bilik pun berasingan. Kadang-kadang teringin nak rasa macam orang lain. Tapi tak mengapalah.

HANIEY singgah di 7E untuk membeli sedikit snek untuk sahur. Dia juga seperti Harith tak biasa makan berat pada waktu pagi.

Selesai membeli Haniey segera masuk ke dalam kereta. Dia termenung sebelum memulakan perjalanan.

"Haniey, Kalaulah aku ditakdirkan mati kau jaga anak aku ok?" Ujar Arissa. Air sungai jernih itu dipandang sayu.

"Apa kau merepek ni makcik? Jangan cakap macam ni aku tak suka" balas Haniey. Dia telah lama rendam kaki dalam air sungai bersih tu.

"Aku pesan je. Manatahu kalau aku bersalin nanti tak sempat nak pesan" Arissa juga turut sama rendam kaki dalam air sungai. Sejuk. Seronok dekat Sarawak ni. Penuh dengan kehijau-hijauan. Nampak segar serta sejuk hati.

"Halah kau ni. Aku tak sabar tau nak tunggu anak kau jangan nak spoil" Haniey semakin pelik dengan percakapan Arissa. Tapi dia biarkan mungkin begini perasaan ibu mengandung.

"Aku tahu Aimien tak boleh handle nak jaga anak aku. Aku mintak sangat kalau aku takde kau jaga anak aku. Kalau kau rasa segan atau takut kena fitnah aku izin kau kahwin dengan Aimien. Sebab kau je aku percaya" Haniey memandang Arissa tajam. Tapi wajah bersih pucat tu masih penuh dengan senyuman.

"Kau merepek teruk dah ni. Dah la jom balik" Haniey segara keluarkan kaki dari air sungai itu tapi ditahan oleh Arissa

"Please Haniey? Kau je aku percaya" rayu Arissa. Haniey dapat rasakan sesuatu tapi segera menepis perasaan itu.

"Ye aku janji. Tapi kau jangan cakap macam ni"

Haniey memejam mata. Betullah perasaan dia ketika itu. Sudah 3 tahun Arissa pergi meninggal semua orang. Tapi terasa seperti semalam saja dengar dia bercakap.

"Kesian kau tak sempat jumpa Alisa" ujar Haniey sendirian. Segara dia menghidupkan enjin kereta dan berlalu pulang ke rumah.

AIMIEN melihat anaknya tenang tidur disisinya. Beria dia malam ni nak tidur dengan papanya. Aimien mengusap lembut rambut Alisa. Sedikit pun tidak kurang kasih sayang dekat Alisa. Dia satu-satunya anugerah yang Arissa tinggalkan.

Tersenyum Aimien melihat Alisa tidur. Tenang, macam Arissa.

"Awak nanti kalau saya takde awak cari isteri baru tak?" Aimien yang tengah tengok bola menggeleng laju.

"Kenapa?" Soal Arissa.

"Sebab aku ada kau" jawapan yang simple buat semua wanita yang dengar rasa bahagia.

"Tapikan... Kalau saya mati waktu bersalin awak tetap tak cari penganti?" Aimien mengalih pandanganya mengadap Arissa. Arissa beriak sahaja bila ditenung oleh Aimien.

"Kau mengandung ke yang cakap merapu ni?" Teka Aimien. Aimien menghela nafas kecewa bila Arissa menggelengkan kepala.

"Saya tanya je. Tapikan kalaulah betul-betul terjadi saya harap sangat awak jaga anak kita dengan baik. Didik dia dengan penuh kasih sayang. Ajar dia bagi jadi anak yang soleh atau solehah. Kalau dia perlukan kasih sayang ibu awak kahwin jela. Kahwin dengan Haniey ke Balqis ke orang lain ke" ujar Arissa selamba tanpa menghiraukan pandangan tajam Aimien.

"Jom ikut aku pegi klinik aku syak kau mengandung betul ni" Aimien segara matikan televisyen dan terus dukung Arissa.

"Apa ni? Lepaslah! Saya tak mengandung pun" Arissa mengelumpur mintak dilepaskan.

"Kau merapu lagi kau tidur luar" Aimien menurunkan Arissa. Arissa dah muncungkan bibir tanda merajuk. Aimien sambung semula tengok bola.

Aimien tersenyum sendiri bila teringat kata-kata Arissa. Dia tak sangka Arissa maksudkan. Aimien mencium lembut dahi Alisa dan menepuk Alisa.

"Good night my little princess" bisik Aimien ditelinga Alisa.

***

Selamat berpuasa gais.

kissloverlylover

Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️Where stories live. Discover now