"PENAT TAU TUNGGU HANG! Dah laa mak aku hingaq mai sini guna duit sapa." Haziq merengus marah. Balqis tersengih. Lambat 3 minit takpa. Ni lambat 30 minit. Mau tak kematu.
"Sorry laa, chill dulu. Tula hidup tu mencuri lagi. Sampai orang tak caya. Order la nanti aku bayaq" Balqis cuba sejukkan hati Haziq yang tengah panas sepanas kat Kedah ni. Huaaa panas sungguh kat Kedah.
"Hotak hang la, ni sejak-sejak duk Kl ni pakaian pun dah macam orang miskin dah ni. Tak dapat keja ka?" perli Haziq. Masam terus muka Balqis. Banyak lagi benda boleh perli pakaian jugak dia pilih
"Alaa, dunia lani mana ada orang tutup dah. Aku balik Kedah jaa alim duk sini kenaa bergaya. Duit masyukkkk" Balqis membela diri. Haziq hanya buat taktahu.
"Satg aku nak balik ni. Lekaih keja pa hang nak bagi. Kalau stakat rogol orang celah ketiak ja" riak nau beruk ni sorang.
"Tak, aku nak kau membunuh" perkataan membunuh Balqis perlahankan. Dah la kedai makan ni ramai. Gila sebut kuat-kuat.
"Apa? Memburu? Hang upah aku rm500k sebab nak suruh aku p buru?" Balqis menepuk dahi.
Balqis mendekatkan mukanya ke telinga Haziq dan membisik.
Terkejut riak wajahnya. Dia takut kalau kantoi kena tidur lokap.
"Sa..sapa?" Soal Haziq.
"Arissa" balas Balqis bangga.
"Aku tau hang suka dia dari dulu. Oh, kemon lah Haziq dia dah kahwin. Kalau hang cuba rampas pun takkan dapat. Hang ingat dia kahwin dengan petani? Anak tengku laa, Haziq. Dia boleh je upah orang lagi pro dari hang untuk tangkap hang. So, lani baik hang bertindak awai" Balqis cuba meracuni fikiran Haziq. Haziq seperti sedang berfikir. Ada sikit laa yang masuk dalam kepala otak dia.
"Nanti aku bagitau laa. Cau" terus saja Haziq bangun dan berlalu pergi. Balqis tersenyum. Yakin yang Haziq akan mempercayainya.
3 minggu kemudian...
Aimien berasa lega kerana Balqis tidak menganggu dia dan Arissa. Tapi hubungan Arissa dengan Aimien semakin renggang. Arissa masih dengan marahnya. Sejak masuk rumah baru Aimien dah mula abaikan Arissa.
Terkesan juga dekat Arissa. Dia rasa hidup tak lengkap sebab tiada suara yang memujuknya, menyanyi dekat dia, rasa kosong.
Aimien pun pergi kerja balik terus masuk bilik. Yaa, Aimien pisahkan tempat tidur dengan Arissa. Sakit hati bila Arissa masih tidak mempercayainya. Sudah terang-terang Balqis beruk tu tak kacau. Haih. Serabut.
Seperti biasa, Aimien akan pulang pada pukul 8.00 malam. Arissa dah siap tunggu depan pintu. Dia nekad yang dia nak pulih balik keadaan.
"Abang" panggil Arissa bila Aimien lalu saja depannya. Pestaim panggil abang uuuuu.
Aimien menoleh.
"Saya mintak maaf" Arissa menundukkan kepalanya selepas meminta maaf. Dia berharap yang Aimien datang mengangkat wajahnya dan menyapu air mata. Tapi salah. Aimien hanya menjawab....
"Hmm" dan terus masuk bilik.
Arissa rasa bersalah sangat. Apa patut dia buat sekarang? Perut yang sedikit membesar dipegang.
"Kamu penguat mama" bisik Arissa sambil mengusap perutnya.
AIMIEN baru sudah mandi terus cari katil. Dia masih merajuk dengan Arissa. Tapi tak sampai hati nak buat Arissa macam tu.
Tapi apakah daya ego menguasai.
Sedih hati bila tengok Arissa makan sorang-sorang, duduk rumah dari hari ke hari, basuh baju, masak, kemas rumah lagi dan yang paling menyeksa hati bila tengok perut Arissa sedikit membesar.
"Patut ke aku buat dia macam tu?" Gumam Aimien. Rasa bersalah yang mengunung.
Baru saja ingin melelapkan mata Aimien teringat yang Arissa tidak pernah minum susu atau apa-apa makanan yang dapat menyihatkan baby.
"Ya Allah, kejamnya aku" terus dia mencapai kunci kereta dan keluar rumah.
ARISSA yang tengah tidur rasa terganggu bila ketukan pintu rumah masih tak henti-henti. Siapa lagi nak ketuk kalau bukan Aimien. Tapi Aimien baru sangat-sangat keluar tadi. Takkan Aimien tak bawa kunci?
Siapa yang ketuk? Rasa takut mula menghimpit. Teringat dia pernah tengok movie korea yang bertajuk door lock bersama Ayra sebelum kahwin dulu.
Segala scene dalam movie tu berlayar di mindanya. Selimut ditarik menutup seluruh badannya. Peluh merecik bila ketukan masih kedengaran. Takut juga ganggu jiran-jiran.
Bila ketukan dah tidak kedengaran dia perlahan-lahan turun dari katil dan pergi ke pintu bilik. Takut tak usah dikata. Mengigil.
Dikuatkan hati juga untuk membuka pintu utama. Kosong! Tiada orang.
Terus saja di tutup pintu. Bila sudah dikunci dia terdengar lagi orang mengetuk pintu. Kali ni dia terus lari masuk bilik.
Tangan mengigil. Badan ketar. Kaki dirapatkan kedada. Kenapa setiap scene dalam movie tu terlayar diminda? Apa semua ni? Dah lama tengok movie tu. Sebelum kahwin lagi.
Kali ni ketukan pintu bilik dia pula.
Jantung rasa bagai nak pecah. Bantal diambil dan menekup muka. Takut...
"Arissa?" Dengar saja gerangan suara itu Arissa terus pergi ke arah suara itu.
"Aimien saya takut" Aimien pelik. Sejak bila Arissa takut sampai macam ni?. Selama ni dia tinggal Arissa sorang-sorang ok ja. Ni baru keluar 45 minit dah mengigil bagai terjumpa sesuatu.
"Kau mimpi ni, ni minum susu. Aku masuk bilik dulu" Aimien seakan tidak percaya. Di dalam kepala otak, Aimien mengingat yang Arissa ternampak makhluk halus. Jadi dia beranggap bahawa Arissa bermimpi.
Pelukkan terurai. Aimien terhenti di pintu bilik Arissa bila Arissa menanya sesuatu.
"Aw..awak bawak kun..cikan? Terketar Arissa menyoal.
"Setiap kali aku keluar rumah aku bawa kunci. Kenapa?" Pelik melihat Arissa. Seperti orang halusinasi. Mungkin sebab Arissa selalu terperap dalam rumah.
"Tak... Tadi ada orang ketuk pintu saya pergi tengok takda sapa. Lepas tu dia ketuk lagi" bagitau Arissa.
"Lepas ni kalau aku takde jangan pandai-pandai nak keluar atau bukak pintu. Nak pergi mana bagitau aku. Dah minum susu tu. Aku nak masuk tidur" plastik yang diberi oleh Aimien dipandang. Segala jenis susu Aimien. Malas nak fikirkan . Esok jela dia minum.
Arissa meletakkan plastik tersebut di atas meja dan terus meletakkan kepala. Rasa takut masih lagi terasa tapi kurang sebab Aimien ada.
"Ya Allah, kau lindungilah aku dengan keluargaku"
"SHIT. Boleh pula dia balik" segala barang ditepi jalan disepak.
Panas hati bila tengok Aimien pulang. Baru saja nak usik Arissa lebih-lebih.
"Bodoh la kau. Kali ni bukan Arissa je aku bunuh sekali kau aku bunuh. Dasar perampas" orang disekeliling memandangnya dengan pandang yang takut. Pukul 1 pagi duk sebut bunuh-bunuh ni kau rasa?
"Tunggu kau, Tengku Aimien!".
****
Aina baru tengok semalam. Pukul 1 pagi. Serius rasa nak nangis je masa nak tidur. Korang yang tak tengok lagi boleh tengok kat youtube. Bagi aina memang seram. Sebab ada psycho. Aina letak trailer kat atas. Tengok la.
Dalam movie ni banyak bagi kita pengajaran. Selalu berjaga-jaga. Make sure nak kunci tu check dulu rumah atau luar rumah.
- Dahlia Melissa - ainaaloveyouu
- Mr Mualaf Youre Mine - kissloverlylover

ANDA SEDANG MEMBACA
Friendly-Dingin Itu Suamiku ✔️
Romance"Let me stay by your side" ------------------------------------------------ Adreana Arissa - "serius ! muka macam budak nak ambil spm jer " Tengku Aimien - "dah agak. Kau terima jela bakal suami kau ni budak budak spm" ...