1

7.8K 1.3K 179
                                    

Jeon For Sale |JJK
Bab 1
---------

Jungkook jatuh tergolek di atas lantai. Bibir dan wajahnya tunduk mencium lantai simen yang sejuk itu.

Berkerut-kerut dahinya menahan kesakitan yang dirasainya pada malam itu. Suara ibunya yang sudah meraung kesedihan membuatkan Jungkook makin berasa sebak.

Hatinya menjerit kesedihan apabila matanya terpandang keadaan Puan Jeon yang sudah lemah.

"T-tuan, saya merayu. Lepaskan ibu saya. Saya sanggup buat apa sahaja. T-tolong tuan. Hentikan semua ni."pinta Jungkook disertai dengan bunyi tangisan perlahan.

Konco-konco pengutip hutang mendiang ayahnya segera melepaskan Puan Jeon. Mereka mula menapak ke arah Jungkook.

Rambut Jungkook dicengkam kasar sehingga menyebabkan lelaki itu menyeringai kesakitan.

Namun, Jungkook masih menggagahkan diri untuk memandang lelaki jahat itu.

Kerana timbunan hutang mendiang Tuan Jeon, hidup mereka dua beranak menderita. Ditambah pula dengan situasi Jungkook yang baru sahaja bergraduasi dari Universiti Seoul.

Mana mungkin dia mampu melunaskan kesemua tunggakan hutang ayahnya.

"Kau sanggup buat apa sahaja..? Walaupun aku jual kau di pasaran gelap Jeon Jungkook?!"keras sahaja tutur kata lelaki berkepala botak itu.

Rahang Jungkook dicengkam kasar.

Jungkook segera mengangguk. Bantahan daripada ibunya tidak diendahkan.

Demi keselamatan Puan Jeon, Jungkook harus berkorban.

Dia sanggup walaupun dirinya dijual sekalipun.

"Bawa budak ni untuk hadap Mr Heun. Kita jual dia malam ni. Duit dah tunggu nak masuk dalam akaun."ujar lelaki itu.

Serta-merta perasaan kurang enak terus singgah di hati Jungkook. Baru sahaja dia ingin membalas, kepalanya dipukul menggunakan satu objek keras oleh seseorang.

Pandangannya hanya samar-samar. Dia masih sempat menuturkan nama ibunya buat kali terakhir.

"I-ibu, maafkan Jungkook."

Kelopak matanya tertutup rapat. Badan Jungkook diheret masuk ke dalam sebuah van berwarna putih.

Van itu seterusnya meluncur laju dan keluar meninggalkan perkarangan rumah keluarga Jeon.

-----

Aku, Kang Joo Yeon. Hidup keseorangan tanpa peneman. Umurku sudah mencecah ke angka 25.

Harta yang banyak tidak memberi kesan apa-apa kepada hidup aku.

Hakikatnya aku hidup kesunyian. Ibuku telah lama meninggal dunia. Aku masih mempunyai seorang ayah.

Ayah hanya pada nama. Dia langsung tidak pernah melawatku sejak beberapa tahun yang lalu.

Kiriman emel tidak berbalas. Pesanan Whatsapp pun tidak dibaca.

Aku sunyi. Aku inginkan peneman.

Satu pesanan Whatsapp yang datang daripada nombor yang sangat ditunggu oleh aku muncul di skrin telefon pintar.

Aku menekan skrin dan membaca pantas mesej tersebut.

Ayahku akhirnya membalas mesej Whatsapp yang dihantar oleh aku setelah sekian lama.

Kandungan mesej itu sangat pelik.

Aku mengigit bibir dan otakku tidak henti-henti memproses balasan mesej yang datang dari ayahku ini.

Ayah 💖
Ayah tak mampu balik untuk tahun ni. Duit yang baru ayah bank in kau guna untuk bayar kos jual beli 001 JJK. Lusa kau pergi ambil dia di Restoran El Mariachi.

Sent. 12.05 am.

Aku bersandar di kepala katil. Selimut tebal aku segera tarik sehingga menutupi paras dada.

"A-ayah, kenapa tangguh setahun lagi untuk balik. Joo Yeon dah rindu ayah sesangat."rintihku penuh rasa sedih.

Aku meletakkan telefon di atas meja kecil yang terletak bersebelahan katil.

Aku memandang siling bilik. Fikiranku masih berfokus kepada rindu yang menggunung kepada ayahku dan orang misteri yang bernama 001 JJK.

"S-siapa dia ayah? Peneman Joo Yeon ke?"

🍟
A/N: Saya berharap bab pertama ini tidak mengecewakan anda.

Jangan lupa untuk tekan butang oren dan komen. 🌚

[C] Jeon For Sale | JJK Where stories live. Discover now