Jeon For Sale | JJK
Epilog ♥
"Jungkook, duduk diam-diam tak boleh ke?"aku berkata dengan tegas. Terus lelaki itu mencebikkan bibir. Mulutnya dimuncungkan. Kakinya pula dihentak keras persis anak kecil.Menyesal pula aku terima dia jadi suami aku. Manja dah satu hal. Menggedik satu hal. Mengada pula tak kena tempat.
Kang aku letgo dia percuma je kat pasaran gelap baru dia tahu.
Eh, gurau je. Gua sayang sama arnab Kook ini.
Telur dadar yang berada di atas kuali aku angkat menggunakan sudip dan diletakkan di atas sebuah piring.
"Aku nak kasih sayang kau, Joo Yeon."rengek Jeon Jungkook. Lelaki yang dahulunya manja bertukar menjadi tersangat manja.
Aku hanya mampu menjeling. Aku bawa jari untuk mencubit kedua-dua pipinya.
"Tak boleh Kook. Makan dulu. Anak kita dah lapar tu."
Aku alihkan perhatian ke arah anak perempuan kami yang sedang ralit bermain di ruang tamu.
Wajahnya persis ayahnya, Jeon Jungkook.
Setelah selesai menyiapkan hidangan, aku mengambil keputusan untuk menghidangkan lauk di atas meja.
Aku tidak hiraukan renungan tajam si Jungkook yang sedang memprotes kerana aku tidak berhenti memalaukan dia.
Siapa je tak letih nak layan perangai manja Jungkook 24/7 tu?
----
Aku meletak Jung Yeon di kerusi berhadapan aku. Manakala, kerusi Jungkook pula di tengah meja.
Anak kami leka dengan makanannya. Manakala, si ayah pula masih tidak habis dengan rajuknya.
Aku mengukirkan senyuman kecil. Rambut Jungkook aku belai perlahan.
Jungkook sudah ketawa halus. Anak matanya setia menikam pandangan mataku.
Anak mata bundar berwarna coklat keperangan.
Anak mata yang sejak dari dulu bisa menggoyahkan iman di hati.
"Kita makan ye , sayang?"pintaku lembut.
Jungkook menggelengkan kepala. Dia silangkan kedua-dua tangan di dada.
"Tak nak makan selagi tak dapat pelukan dari mama Jeon Joo Yeon!"
Tsk. Suami aku ni dah mula buat perangai kebudak-budakannya.
"Tak malu ke kat anak kita. Papa Jeon dia terlebih over nak bermanja?"soalku ingin mengusik.
Sentuhan jari Jungkook mendarat di jari manisku yang tersarung cincin. Bibirnya tetap tidak lekang daripada senyuman bahagia.
"Sejak kau sanggup dapatkan Jeon For Sale di pasaran, aku dah berjanji aku akan sentiasa bermanja dengan kau. Padan muka kau nak hadap aku sampai kau tua , wifey. Hihihi"ujar Jungkook disertai gelakan kecil.
Aku merengus kegeraman. Aku bingkas bangun dari tempat duduk dan satu pelukan hangat aku hadiahkan kepada lelaki itu.
"Baik. Saya dah beri pelukan special untuk papa Jeon. Suka?"
Jungkook menganggukkan kepala.
"Terima kasih sudi hadir dalam hidup aku, Joo Yeon. Aku tak menyesal kerana dijual kepada kau. Terima kasih."
Aku meletakkan kepala di bahu Jungkook. Pertemuan kali pertama dengan 001 JJK sentiasa segar di dalam ingatan.
Terima kasih tuhan kerana pertemukan aku dengan seorang manusia yang unik ini.
Dia satu dalam sejuta.
001 JJK yang tiada tandingan.
Tamat
👫
A/N:Terima kasih kerana sudi mengikuti siri lakonan anak Jeon ini.
Sudah 5K votes . ♥
Saya akan merindui komen-komen korang yang mencuit hati di dalam story ini.
Kamsahamnida.
YOU ARE READING
[C] Jeon For Sale | JJK
FanfictionKau bayar. Jungkook sedia berkhidmat. Berminat. Hubungi Jeon di talian 001. Start: 13/10/2018 End: 07/11/2018 Cover : @Youngbeast19