9

5.4K 900 79
                                    

Jeon For Sale | JJK

Bab 9
---

Bab 9---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Always love yourself ♥"

Jeon Jungkook
---


Aku menutup mata serapat mungkin. Hatiku berdebar sakan. Tingkah laku Jungkook yang sememangnya membuatkan iman aku goyah.

Aku dapat rasakan bibir seseorang mendarat di kedua-dua kelopak mataku.

Tanpa banyak soal, aku membuka mata. Wajah 001 JJK yang sedang memandang aku dengan senyuman manis menyapa pandangan mata.

"Cik Kang Joo Yeon, jangan takutlah. 001 JJK tak akan lakukan sesuatu tanpa kerelaan tuan dia. Bangunlah. Aku lapar sangat."adu Jungkook.

Bahu aku dirangkulnya lembut. Terus membuatkan aku terdorong di sisinya.

"Jungkook, kenapa manja sangat ni?"

Jungkook hanya diam. Aku dapat rasakan lenganku ditarik olehnya untuk keluar dari bilik.

Manisnya kau. Kau goda aku tahu?

Macam mana aku nak lepaskan kau kelak? Aku rasa aku tak kuat, Jeon Jungkook.

---

"Jungkook, kenapa manja sangat ni?"

Soalan yang dilontarkan oleh Kang Joo Yeon hanya dijawabnya melalui tingkah lakunya.

Bibirnya membisu tanpa suara selepas itu.

Jungkook menarik tuan majikannya untuk keluar dari bilik dan langkah mereka berdua menuju ke arah ruang dapur.

Jung Hoseok yang sedang ralit menghirup kopi panas berhenti seketika. Mata nakalnya merenung kedua-dua manusia yang baru menjejakkan kaki ke dapur itu.

Jungkook mara ke hadapan. Risau jika perhatian Joo Yeon akan terganggu dengan kehadiran Hoseok.

Bibirnya dibuka. Nafasnya dihembus kasar tanda memprotes akan kehadiran Hoseok.

Ala ala comel benor kau Kook. Gigit kang. (Maaf 🌚)

Pinggan berisi pancake ditolak Hoseok ke arah meja yang diduduki oleh Joo Yeon.

"Wah, rajin benor abe Hoseok buat pancake. Macam tahu-tahu je Joo Yeon suka makan ni kan?"puji Joo Yeon.

Hoseok yang sudah terasa bangga mengukirkan senyuman sinis apabila dia menyedari 001 JJK kepunyaan Joo Yeon sudah mahu mengamuk.

"Jeon Jungkook, kenapa ni?"soal Joo Yeon. Wanita itu berasa gelisah memerhati perlakuan mendadak 001 JJK.

Jungkook menggulingkan biji matanya tanda menyampah. Pinggan berisi pancake ditarik lalu dimakannya dengan laju.

'P-padan muka kau. Sape suruh kacau tuan aku.'getus hati Jungkook.

Joo Yeon tergamam. Mata wanita itu menjeling tajam ke arah Hoseok agar tidak lagi membangkitkan kemarahan Jungkook.

Lelehan syrup pancake yang dimakan menyebabkan bibir Jungkook comot. Pipinya kembung dengan pancake buatan musuhnya, Jung Hoseok.

"T-tak sedap. Cik Joo Yeon , 001 JJK lagi pandai masak tahu dari kuda ni."

Perlian padu tahap dewa dilemparkan Jungkook. Kembang kempis hidung Hoseok menahan rasa geram.

"Eh arnab kau ni Joo Yeon. Kau ajar dia cari pasal ke?"

Jungkook tersenyum sumbing. Disumbatnya sarapan pagi yang dibuat Hoseok ke dalam mulutnya.

Kepalanya didaratkan di bahu Joo Yeon.

Mata Jungkook berlawan pandangan tajam bersama Jung Hoseok.

"Cik Joo Yeon sayang 001 JJK. Bukan Encik Hoseok."

Joo Yeon sudah menepuk dahi. Telinga kedua-dua lelaki yang saling berlawan pandangan itu ditariknya sekuat hati.

"Korang ni kan..dah kenapa? Eii, macam budak-budak!"

Pening si Joo Yeon melayan kerenah dua manusia yang tidak sekepala itu.

Tanpa dia sedar, kebahagiaan itu tidak akan bertahan lama.

🍟
A/N:
Untuk yang rindukan Jeon For Sale.

Update khas untuk korang. ♥



[C] Jeon For Sale | JJK Where stories live. Discover now