Jeon For Sale | JJKBAB 2
"Pertemuan pertama pasti menjadi kenangan terindah bagi setiap pasangan yang menjalinkan kasih."-Jeon Jungkook.
----
Hari yang ditunggu oleh aku sudah tiba. Aku melangkah turun dari kereta yang dipandu oleh Encik Lim,pemandu peribadi keluargaku.
"Restoran El Mariachi.."ujarku satu-persatu. Jam yang dipakai aku tilik sekilas.
Hatiku dicuit rasa ingin tahu yang tinggi untuk berjumpa peneman yang dimaksudkan oleh ayahku.
Siapa 001 JJK? Nama dah serupa watak perisik James Bond. Aku harap dia baik dan mudah untuk mesra dengan orang lain.
Pelayan restoran itu menunduk hormat kepada aku. Aku dibawa untuk masuk ke dalam ruang mewah restoran itu.
"Cik Kang Joo Yeon. Anak kepada Encik Kang Heun Ho bukan? Dipersilakan untuk ikut saya ke meja paling hujung."pelawa seorang pelayan lelaki berpakaian kemas dari atas hingga ke bawah.
Langkah kakiku terhenti di hadapan sebuah meja. Aku terus melabuhkan punggung dan memandang wajah seorang lelaki yang sudah melewati anggaran usia 50-an. Kesan-kesan tattoo jelas kelihatan di sekitar leher dan juga lengannya.
Lelaki itu kemas bersut hitam berjalur biru. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat tangan denganku.
Aku rasa tidak sedap hati. Ayah aku dapatkan peneman aku dari pasaran gelapkah?
"Gembira dapat bertemu salah seorang anak tunggal Encik Heun. Apa khabar , Kang Joo Yeon?"soalnya dengan nada tegas.
Aku mengetap bibir untuk mengawal rasa cuak di hati. Kepala aku angguk dan bibir aku perlahan sahaja menjawab pertanyaan lelaki misteri itu.
"Aku tak nak berbual panjang. Ayah kau ada beritahu pasal urusan jual beli ni kan? Serahkan duit, tandatangan perjanjian dan kau dapat dia, si 001 JJK"terangnya lagi.
"B-baik Tuan. Saya setuju. Ini wangnya. Yang mana satu 001 JJK?"aku soal sambil tanganku menolak sampul bersaiz A4 yang berisi duit dan cek tunai daripada ayahku sendiri.
Lelaki misteri itu tergelak kecil. Sampul surat itu dia capai dan diserahkan kepada bodyguard yang berdiri di sebelahnya.
Dia membisikkan sesuatu dan menepuk bahu bodyguard tersebut.
Aneh. Aku rasa macam nak jual orang je.
Biar betul ayah aku ni. Takkan dia buat deal yang pelik-pelik.
----
Dari sudut yang terlindung, kain yang menekup mulut Jeon Jungkook ditanggalkan.
Jungkook hanya merenung tuan barunya dengan perasaan yang kosong.
Matanya sudah kering dengan air mata. Perasaannya sudah menjadi seperti robot. Bibirnya sudah terhapus daripada sebarang senyuman.
Hanya wajah ibunya yang menjadi penguat semangat. Bahunya dicengkam kasar oleh orang-orang yang terlibat dalam penjualan dirinya.
"Kau dah dijual Jeon Jungkook. Jangan kau harap kau dapat bertemu semula dengan ibu kau. Lihat, Kang Joo Yeon adalah tuan baru kau. Layan dia. Jadi peneman yang setia."
Jungkook menganggukkan kepala dan bergerak menuju ke meja yang menempatkan Joo Yeon dan lelaki yang sedang berurusan dengan wanita itu.
Lelaki misteri itu mendongakkan kepala memandang Jungkook. Dia mengisyaratkan Jungkook untuk bertegur sapa dengan majikannya yang terbaru.
"Inilah 001 JJK. Jeon Jungkook untuk Kang Joo Yeon."
----
Aku menilik wajah lelaki kacak di hadapanku ini. Tiada sebarang cela. Wajahnya kelihatan begitu sempurna.
Aku memandang kertas perjanjian yang terletak di atas meja.
Nampaknya berhabis wang berjuta-juta won jugalah untuk dapatkan kau.
Cek yang tertera amaun duit yang begitu besar jumlahnya aku segera turunkan tandatangan.
"Terima kasih Cik Joo Yeon. Harap cik berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Oleh itu, kami serahkan 001-Jeon Jungkook kepada Cik. Enjoy."
Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Mereka meninggalkan aku berdua dan sendirian bersama lelaki yang baru keluar dari pasaran ini.
Nampaknya aku dah tak sunyi selepas ini. Ada peneman. Peneman yang berbayar.
Jari aku menyentuh hidungnya dan bibirnya yang terbentuk kemas.
"Jeon Jungkook sudah bersedia untuk berkhidmat kepada Kang Joo Yeon?"soalku.
Dia bangun dan menunduk hormat. Dengan wajah polosnya, Jungkook bangun dan merangkul tubuh badanku dari belakang.
"Sekarang. Jeon bukan untuk dijual. Sudah menjadi hak milik Kang Joo Yeon. Sedia berkhidmat."
Aku tersenyum. Mengharapkan ada kesunyian yang dapat dilupuskan kelak.
---
Mata Jungkook redup memandang wajah tuan majikannya yang terbaru.
Hatinya diserang satu perasaan yang aneh.
Memikirkan keselamatan ibunya di rumah membuatkan Jungkook mula berazam untuk menjadi yang terbaik di mata Kang Joo Yeon.
"Jeon for sale. Hanya khas untuk Cik Kang Joo Yeon."
Bisik Jungkook di telinga Joo Yeon. Tangannya menarik telapak tangan kanan wanita itu untuk didaratkan di atas rambutnya.
"Belai aku , Cik Joo Yeon. 001 JJK needs love for today."
Joo Yeon tercengang di tempat duduknya. Jari-jemarinya menyentuh dan mula mengelus rambut lelaki itu dengan rasa hati yang berdebar-debar.
🍟
A/N: Saya jamin cerita ini will be one of your favourite story ever.Thanks for the supports, likes and lovely comment so far. ♥
YOU ARE READING
[C] Jeon For Sale | JJK
FanficKau bayar. Jungkook sedia berkhidmat. Berminat. Hubungi Jeon di talian 001. Start: 13/10/2018 End: 07/11/2018 Cover : @Youngbeast19